Tuesday, January 1, 2013

Hari Pertama Sekolah - 01.01.13


Pagi ni mama tak perlu nak kejutkan Fawwaz. Mama keluar dari mandi je, Fawwaz dah buka mata dan ajak turun. Lepas solat, mama buatkan dulu susu untuk pembuka semangat  :D

Segalanya berjalan lancar dan tersusun. Dari bangun, mandi, sarapan terus ke sekolah. Masuk kelas mama carikan kerusi dan Fawwaz tak banyak soal pun, terus duduk diam. Mama sibuk uruskan pembayaran dll. Lepas salam, mama keluar dan tinjau2 sekejap. Terus balik rumah. Pukul 11.30 mama dah sampai ke sekolah. 1/2 jam kemudian baru pintu pagar terbuka dan ibu bapa masuk. Nampaknya, setakat hari pertama ni tenang je keadaan.


Bila masuk je, mama tengok semua kawan2 dah berbaris. Tapiii..... Fawwaz macam buat tak endah je! Kemudian semua kawan2 bersila. Mama cari2 Fawwaz kat mana. Adohhh! Nak tergelak campur sedih tengok Fawwaz sorang2 duduk kat kerusi tepi tingkap. Ni mesti special case!

Masa nak ambil anak sorang demi seorang, tiba giliran mama.. Sebelum tu Fawwaz dah nampak mama dan jalan ke pintu. Cikgu tak tau dan cakap "Your mummy is not coming yet..". Wahhh! Cikgu kena speaking lak kat Fawwaz. Maknanya, cikgu dah alert lah tuu.. Lepas tu cikgu cakap kat mama, tadi masa sesi bertanyakan nama, Fawwaz tak mau jawab. Baik cakap melayu atau English... huhuhu.

Moga2 esok semakin baik buat Fawwaz. Mama doakan hari2, setiap masa terutama selepas solat. Sekurang2nya dalam sebulan ni, selain boleh sebut nama sendiri, boleh juga sebut nama abi, mama, umur dan lain2 yang asas.