Sunday, August 18, 2013

Treatments & Appointments

Sepanjang bulan puasa dan beberapa hari sebelumnya dan pelbagai temujanji dan rawatan dilakukan buat Fawwaz. Selepas perjumpaan pertama di Attitude Therapy, umi dan abi mendapat jemputan guru besar pula untuk berbincang tentang masa depan Fawwaz. Macam terancang pula. Perbincangan dengan guru besar membawa kepada langkah yang lebih panjang, pantas dan yang seumpama.

Mula-mula umi dan abi bawa Fawwaz berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Jitra, sebelum mendapat temujanji ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star. Di HSB, bertemu dengan doktor pediatrik yang mengambil masa panjang juga untuk sesi temubual. Selepas itu baru doktor keluarkan surat untuk dirujuk ke pakar psikiatri pula yang terletak di hospital lama pada 5/8/13. Dari doktor klinik psikiatri, dapatlah tarikh temujanji untuk berjumpa pakarnya yang agak lama lagi iaitu 1/10 nanti... huhuhu! Lamanyaaa...

Sebelum ke klinik psikiatri, umi terlebih dulu bawa Fawwaz buat treatment di Attitude Therapy selama 3 hari. Sepatutnya untuk treatment tu, Fawwaz kena mandi ais sebanyak 3 kali. Tapi disebabkan hari terakhir Fawwaz tak mau, umi kena gantikan... Di AT, untuk mandi ais tu, pada hari yang sama umi kena buat solat hajat... Sewaktu proses penyiapan diri untuk mandi pun kena baca Al Fatihah, ayat kursyi dan selawat. Memang sejuklah... kesian Fawwaz. Alhamdulillah, adalah nampak hasil positif untuk beberapa perkara.. Namun autism dan tahap kesedarannya masih memerlukan rawatan susulan untuk beberapa kali lagi.

Hari ni umi membuat beberapa lagi temujanji. Bermula dengan bahagian pemulihan (rehabilitasi) pada 21/8 esok dan speech therapist pada 23/9. Wow! Memang penuh saja jadual pakar2 ni.. Nampanya memang sukar nak dapatkan tarikh terdekat. Memang nak kena buat contingency plan. Jadi, mungkin esok atau lusa umi akan cuba melawat NASOM tu untuk dapatkan gambaran.

Umi berdoa semoga umi mendapat kekuatan untuk melakukan semua itu. Walau umi pernah menyerah kalah dan rasa merajuk, akan umi kikis semua tu. Kerana, kalau bukan umi yang kena lakukan, siapa lagi? Umi yakin, Allah akan sentiasa berada di sisi kita selagi kita redha dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepadaNya.