Wednesday, August 19, 2009

Psikologi kanak-kanak

Aku tengah duduk di meja makan sambil memerhatikan anakku bermain di depan TV. Pagi ni aku tak buka Playhouse Disney untuk dia sebab aku geram. Bangun tidur belum ada pukul 6 pagi tapi sampai sekarang pukul 9.13 pg dia masih belum mandi. Dah puas pujuk..tak mau. Guna sedikit kekerasan, pun tak mau.. Sebolehnya aku taknak cubit ke apa ke, takut nanti kesannya kt jiwa.. tapi sebenarnya dah selalu kena pun bila aku naik angin! Kemudian aku akan rasa menyesal sebab dia kecik lagi.. baru 2 thn.

Kalau balik kampung dia langsung tak mau turun kereta bila bawa ke rumah datuk & neneknya. Langsung tak mau dengan nenek2 sia.. apa lagi dengan orang lain kecuali isi rumah makcikku atau rumah yang kami duduk di kampung. Bawa jumpa doktor untuk check batuknya pun dia menjerit2 sampai tak boleh diperiksa. Dia memang tak suka dengan semua orang! Sebab tak mau layan dia melalak dan yang sewaktu dengannya, sebab akan guna tenaga aku yg banyak, aku ikut saja mood dia. Tak taulah.. samada dia tak suka, malu, takut, phobia atau apa?

Aku sedang terfikir nak rujuk kat pakar psychology kanak2. Nak find out apa masalah dia atau ini memang biasa kat kanak2. Tapi aku rasa luar biasa, sebab selalu aku tgk kat luar dan juga pengalaman menjaga sepupu2 aku dulu tak macam ni. Tak keterlaluan ragam dorang. Taklah sampai melalak2 bila jumpa orang tak dikenali atau sedara mara. Bayangkan setiap bulan naik flight, tapi tetap sama ragamnya! Disebabkan kerana terpaksa, aku tempuh juga walau hati aku amat susah. Dalam k/terbang selalu ramai budak2 sebaya, tapi tak ramai yg buat hal macam Fawwaz ni.. Kesian pada diriku sendiri. Kalau sapa2 pernah ikuti pengalaman aku travel dari dia baby lagi, memang amat memenatkan! Tapi sampai sekarang pun macam tu, cuma kurang sikit bila travel dengan kereta.

Aku selalu salahkan keadaan dan diri sendiri and of course hubby aku. Keadaan yang membuat aku dan anak aku terpaksa travel selalu. Keadaan yang membuat dia tak tau berkawan, tak mesra dengan orang lain, dsbnya. Aku sendiri memang tak pakar dalam pembangunan minda kanak2. Kalau aku cuba bacakan buku, dia akan rampas buku tu dan buat suka hati dia. Kalau aku cuba ajar benda2 lain, dia buat tak tau. Tapi sekurang2nya aku dapat menyelesaikan masalah emosinya dengan sabar. Aku sangat2 berharap untuk menghantar dia ke nursery atau taska yang ada sistem yang baik untuk kanak2 seperti dia. Sebelum terlambat! Tapi masa dan keadaan belum mengizinkan. Dulu beria2 kami plan nak masukkan playschool di S'pore, tapi asyik ke hulu ke hilir macamana nak buat? Sekarang di Bahrain, lagi laa... tinggal angan2 aku.

Sekejap tadi aku berjaya memaksa dia mandi dengan sedikit kekerasan. Angkat dan jirus dengan air walau dia meronta2 baring atas lantai toilet tu. Kalau orang lain dengar kat luar, bunyinya macam mendera sebab dia menjerit dan menangis sekuat hati. Badan merah2 sebab aku guna cengkaman dan tenaga yang maksimum. Habis nak buat macamana?

Target aku bulan Disember nanti aku akan selesaikan masalah anak aku ni.. Macam laama sangat tu, tapi sebelum dia masuk 3 tahun dan terkenal sebagai kanak2 yang sukar! Sebenarnya kalau mood dia OK, dia sangat menyeronokkan dan nampak cerdik. He has a very good memory, dah nampak yg itu. Dia suka menyanyi kalau happy... sentiasa ingat melodi lagu apa pun yg dia suka walau baru dengar. Kalau aku sembahyang atau mengaji, dia pun ikut sama perbuatanku. Apa2 pun yang menjadi concern aku adalah social skill nya. Memang aku perlu bantuan...