Wednesday, April 25, 2012

Masa Untuk Tidur

Alhamdulillah... senangnya mama nak suruh Fawwaz tidur sekarang ni.  Sejak Abi bagi rules supaya tidur pada pukul 10 malam, rupanya tugas mama menjadi mudah.

Pukul 10.15 mlm mama akan tutup TV.. Kalau dulu Fawwaz akan marah atau tak setuju selagi belum pukul 11 malam ke atas, kali ni Fawwaz cool je.. Tanpa bicara, walau baru je nak mula main supercow, Fawwaz akan lari masuk ke bilik.. Bukan bilik mama, tapi bilik Fawwaz sendiri.

Ya!  Fawwaz dah boleh tidur sendiri di bilik sejak seminggu dua lepas.  Lepas mama bacakan doa tidur dan bagi good night kiss, mama akan tinggalkan Fawwaz sendiri melayan perasaan sampai tertidur dan bangun keesokannya.  Macam ni lah budak baik dan bijak!  Kan lebih selesa tidur di atas katil dan tilam, dari tidur di depan TV atas comforter tu... Dan sejak 2 hari lepas (selepas seminggu lebih meragam), Fawwaz bangun dengan lebih segar dan ceria.  Dan mudah diajak ke sekolah.  Cuma part beratur je Fawwaz masih pantang!

OK lah.. setakat ni mama bagi 4 1/2 bintang.. lagi 1/2 tu mama saja reserve.  Moga anak mama semakin baik untuk setiap hari yang mendatang.  Sweet dream!

Sunday, April 8, 2012

Minggu Yang Mencabar

Dah masuk bulan ke-4... Bulan 2 & 3 nampak macam dah OK.  Tapi sejak minggu lepas, mama terpaksa mengharungi semula cabaran menghantar anak mama ke sekolah.  Ya Allah.. semoga tabah dan kental jiwa mama Fawwaz ni.

Sejak hari Khamis lepas, Fawwaz tak mau ke sekolah.  Walau dah lengkap berpakaian dan siap bersarapan.  Demi nak keluar rumah je, macam-macam alasan keluar.  Hari Jumaat pula, dari rumah dan sepanjang perjalananan ke sekolah menangis. Sampai di sekolah, rupa-rupanya sekolah cuti untuk semua sesi tadika dan SRA.

Hari ni, walau pelbagai alasan Fawwaz beri, mama berjaya juga hantar sampai depan pagar sekolah.  Malangnya Fawwaz tak mau keluar sampai menangis-nangis.  Sungguh-sungguh tak mau keluar.  Kebetulan hari Isnin ialah hari perhimpunan dan mama tengok murid-murid semua sampai duduk di dataran sambil dengar apa ustaz dan ustazah cakap.  Nampaknya kena tunggu lama.  Puas mama pujuk, Fawwaz berdegil tak mau keluar juga.

Mama tutup pintu dan start enjin.  Geram mama, jalan juga jari mama kat peha Fawwaz.  Maaflah, mama tak berdaya melawan stress ni.  Mama cuba kawal diri waktu memandu.  Mama cuba bawa Fawwaz ke tadika mbah di Seri Kembangan tu.  Kalau Fawwaz mau, mama tak kisah hantar jauh pun.  Mama pulak tak bawa HP untuk hubungi sesiapa.  Sampai je di situ, Fawwaz tak mau keluar juga.

Mau tak mau, mama pandu balik ke rumah.  Dalam kepala mama macam nekad nak unsubscribe Astro sebagai hukuman.  Biar stop sahaja Disney Junior tu!  Mama dan abah pun jarang dapat peluang tengok TV.  Sebagai hukuman hari ini, duduk je lah dalam bilik tu.  No TV, no game!  Tau pula bila mama marah tu.. Diam je, tak demand apa2 macam selalu.

Mama bukan nak straight sangat supaya Fawwaz ke sekolah, sebab baru nak masuk 5 tahun je.  Tapi kalau tak pergi sampai ke sudah, siapa yang rugi nanti?  Kawan-kawan dah boleh buat macam2. OK lah, mama tak patut buat perbandingan.  Cuma, seperti tujuan asal, mama nak Fawwaz berkawan dan faham bahasa kawan2.  Dan kalau di rumah Fawwaz mau ikut apa kata mama untuk belajar pelajaran asas, mungkin mama tak risau sangat nak hantar ke sekolah.  Fikiran mama boleh relaks macam abi tu..

Sekarang ni, mama tak tau apa yang Fawwaz fikirkan.  Macam abi cakap, kena faham.. Memang susah nak faham sebab Fawwaz masih belum pandai nak deliver apa yang dalam hati dan fikiran Fawwaz.  Yang selalu Fawwaz beritahu cuma 'cikgu' dan 'buku', tanpa ayat.  Apa yang tak seronoknya di sekolah tu.  Masa ni mama rasa, biar abi je fikirkan.. Mama nak masak.  Nak baking.  Nak terapi diri..

Friday, March 23, 2012

Poems

Malam semalam, setelah hampir 5 tahun, akhirnya dapat juga mama bacakan buku untuk Fawwaz sebelum waktu tidur.  Sebelum ni bukan tak mau buat, tapi Fawwaz tak mau semua tu. Sebenarnya semalam, Fawwaz yang sungguh2 suruh mama bacakan buku sambil baring2 atas tilam dan tersengih2.  Dan buku tu ialah buku "Poems in Your Pocket".  Mama pun bacakan sambil adakalanya menyanyi ala2 auntie yg selalu bercerita kat Disney Jr dekat pukul 11 malam tu... :D

Keep a Poem in Your Pocket

Keep a poem in your pocket
and a picture in your head
and you'll never feel lonely
at night you're in bed

GOOD NIGHT MY DEAR BABY... HAVE A SWEET DREAM!

Monday, March 12, 2012

Latihan 1

Hari ni mama tinggalkan Fawwaz di kampung bersama mbah mama/babah, cikyum, paksu n cik balkis.  Mama balik ke KL sendirian..huhuhu!  First time kita berjauhan macam ni kan.. Mama akan tinggalkan Fawwaz selama 3 hari 2 malam.  Mama ada projek nak buat.. :)

Mesti Fawwaz seronok di kampung tu.  Ramai yang melayan.  Yang penting, Fawwaz lebih OK tanpa mama.. tak 'buli' mama macam selalu kan.. hehe!  Cikyum pun cakap Fawwaz ikut je apa dia suruh.. mmm nampaknya cikyum yg 'buli' Fawwaz :D

Ini gambar terkini Ahmad Fawwaz.. dengan uniform sekolah yg baru.  Macam bakal ustaz je mama tengok!  Moga2 anak mama bisa menjadi pakar agama yg disegani.. Kadang2 mama berangan, nanti anak mama jadi ulama.. tak macam Imam Al-Qardawi, jadi macam Ustaz Don pun Alhamdulillah.. Tak mustahilkan kalau hari2 mama doa?


dan bakal ustaz ni, kalau tengok TV macam di bawah ni.. di tutup semuanya.  Tengok guna telinga je!  Hafal semua jalan cerita...

Mama tengah sedih yang amat sangat.. bila ikuti kes adik Nurul tu.. Yg mama ternampak poster kehilangannya di pondok tol hari Sabtu semalam. Dia sebaya dgn Fawwaz.  Semoga Allah lindungi Fawwaz dan kawan-kawan yg lain dari angkara manusia yg berhati iblis yg semakin ramai di bumi kita ini... Semoga Allah tempatkan Nurul di syurga seperti yg dijanjikanNya...

Saturday, February 25, 2012

Riadah

Pagi tadi waktu nak keluar, Fawwaz dah tak sempat2 nak masuk lift.  Mama pergi buang sampah dulu kat sebelah lift tu, bila tengok Fawwaz dah lesap dalam lift.  Mama tengok lift tu dah naik ke tingkat 13 dan mama berdiri di tingkat 4.  Bila mama tekan, lift satu lagi yg terbuka.. Dup dap dup dap hati mama walau mama selalu tengok Fawwaz tekan butang lift dengan betul iaitu 4 atau G.  Fawwaz tau tekan butang buka bila tunggu mama dan tutup bila mama masuk.. tapi tadi mama rasa Fawwaz tak buat tu.

Alhamdulillah... akhirnya lift tu terbuka juga dan ada wanita bangsa cina jaga Fawwaz.  Dia pun tau Fawwaz tak pandai cakap...mmm memanglah anak mama ni!  Memang mama tercuai... Lepas ni mama nak kena betul2 pastikan Fawwaz tak ulangi lagi..

Petang tadi pula Fawwaz nak naik basikal kat taman.. So, mama layan je lah..  Bersemangat Fawwaz.  Banyak improvement, cuma tayar depan tu kempis sedikit.  Berpeluh juga mama sambil berjogging.. best!


Tuesday, February 21, 2012

Siram Pokok

Abi a.k.a abah adalah pencinta pokok bunga.  Abi suka tanam pokok terutama orkid dan yg jenis gantung tu..

So, sekarang abi nak turunkan minat tu kat Fawwaz.  Setelah pokok2 lama mati ditinggalkan bertahun2, kini abi bawa pokok baru.  Tanggungjawab menjaga dan menyiram diserahkan kepada Ahmad Fawwaz hehe!  Sekarang, hari2 Fawwaz akan ingat tugas dia..  Semoga ianya menjadi terapi yg baik utk dia.




papan tu pula untuk fawwaz belajar memaku lantai....

Thursday, February 16, 2012

Pesanan Untuk Mama..

Setiap kali mama memandang Fawwaz dari tempat mama duduk sekarang ini, mama suka untuk muhasabah dan membuat peringatan untuk diri sendiri..

  • Jangan hanya melihat yg negatif saja pada anak.  Ibarat kata Prof Dr Muhaya, ada 10 perangai anak, kenapa hanya nak melihat 1 perangai yg buruk?  Abi juga sering berpesan agar mama sentiasa positif setiap kali mama mengeluh atau mengadu perilaku anak mama
  • Sabar sabar dan sabar..  Mama cuba menahan diri dari marah terutama apabila Fawwaz tidak menurut kata atau hanya mahu mama yg menurut kata Fawwaz...  Mama cuba elak dari mengeluarkan kata2 tidak elok kerana takut menjadi doa
  • Jangan berputus harap dan sentiasa berdoa.  Memang doa itu santapan mama sepanjang masa.  Terutama selepas solat.  Mama berharap agar Allah sentiasa mendengar dan mengangkat doa mama.    Mama sentiasa memohon Allah mempermudahkan mama dan InsyaAllah, segalanya semakin mudah
Mama harap selepas ini dapat mengajar Fawwaz solat dan membaca muqaddam.  Fawwaz dan kenal alif ba ta.. Cuma mama kena tunggu Fawwaz akur dengan tunjuk ajar mama dan fokus.  Walau mama tak pasti caranya, mama takkan berhenti mengharap...

p/s: tadi mama nampak Fawwaz buat perangai kat cikgu masa nak balik... tak mau dengan arahan cikgu.  Siap suruh cikgu pergi... Bila mama tanya cikgu, katanya Fawwaz tak mau sama2 beratur...lorrr!! Dugaan untuk cikgu2 juga...
"Ya Allah, semoga diberi kesabaran pada guru2 anakku... Berilah mereka ganjaran yg baik kerana merekalah pendidik anak2 yg bakal menjadi pemimpin masa depan.. Amin"