Tuesday, December 29, 2015

Latest Development


Dah lama sangat saya tak menulis tentang anakanda arjuna beta bernama Ahmad Fawwaz ni. Dah lebih 2 tahun ummi membiarkan laman ni berhabuk ya,.. hehe. Al maklum, ummi terlebih rajin sampai ada 3 blogs dan akan menulis kat mana2 rumah yang ummi suka. Tapi yang sebenarnya, sejak akhir-akhir ni memang ummi sangat tak rajin nak blogging. Ummi sibuk nak jadi baker la.. nak jadi toke sambal la.. sudahnya projek dengan anak ummi pun sama terbengkalai.

Dalam jangkamasa 2 tahun memang banyak progress buat Fawwaz. Umurnya pun dah masuk 8 tahun pada Jun lepas dan nak masuk 9 tahun.

Pertuturan
Sejak memasuki kelas PPKI di Sek Keb Sultan Ahmad Tajuddin pertuturan Fawwaz semakin baik walau tak sebaik kanak-kanak lain seusianya. Dia dah banyak berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Tetapi tetap bercakap dalam English untuk keadaan tertentu terutama bila bercakap sendiri dan bermain. Ia bermula dengan kami terminate Astro untuk menghadkan dia dari menonton kartun English sahaja. Kalau dulu-dulu tak boleh ubah channel Disney Jr, sekarang dia dah boleh tengok Upin Ipin, Kampung Boy, Sponge Bob, Ultraman dan lain2. Sedikit membantu dalam penguasaan bahasa dwi bahasanya.

Pemakanan
Sekarang saiz badan dah agak berisi. Makannya sudah kurang memilih tak macam dulu-dulu asyik roti dan western foods saja. Sekarang dah boleh makan nasi dengan lauk yang pedas spt sambal, rendang, masak asam dan lain-lain. Roti canai kena 2 keping ya.. huhu. Yang membimbangkan kami ialah obsesnya dia terhadap air soya sehingga minum berkotak-kotak setiap hari.

Pembelajaran
So far so good. Ummi memang bangga dengan pencapaian Fawwaz. Walau ummi tak betul-betul train Fawwaz macam ibu-ibu lain, sekurang-kurangnya adalah juga sikit2. Ummi cuma mampu consistently ajar Iqra' yang dah masuk penghujung Iqra' 5 pada setiap malam. Alhamdulillah.. cepat juga sangkut walau sangat berkira. Satu malam tak boleh lebih 2 ayat.. Masa awal2 dulu dapatlah baca 1 malam 1 muka..

Mood nak baca Iqra' pun baru tahun lepas (2014) timbul. Selepas Fawwaz makin obsessed kepada LEGO. Beberapa perjanjian dibuat untuk dapatkan LEGO termasuk baca Aa Ba Ta. Alhamdulillah.. hasilnya sangat baik. LEGO banyak merubah karakter dan emosinya hingga kini dan kami jadikan ganjaran buatnya. Memang dah banyak koleksi LEGOnya.

Antara koleksi LEGO milik Fawwaz
Kemahiran membaca masih belum baik tetapi dah boleh mengeja dan membunyikan tiap suku kata. En Abi yang mulakan. Cuma abi tak rajin nak teruskan walau abi is the best teacher for him. Mudah masuk apa yg abi ajar. Takpalah... ummi bantu mana mampu. Ummi dah jadi cikgu maths dan ustazah.. jadi tak maulah masuk territory cikgu abi.. huhuhu. Abi.. please wake up!! (hihi).

Terapi
Sekarang ni cuma 2 tempat yang Fawwaz suka nak pergi. Sekolah dan hospital. Memang pelik sikit la.. Hospital pula ada big and small. Yang big (HSB) memang jarang-jarang sebab appointment makan bulan. Yang small (hospital Jitra), hampir setiap minggu tapi selalunya 2 minggu sekali. Consistently buat terapi carakerja sejak 2013. Ini je yang ummi teruskan selain appointment dengan psikiatris.

Sesekali abi ajak dia bermain hujan.. nampaknya dia dah boleh tolerate dengan keadaan tu berbanding dulu nak yang bersih2 sahaja dan tak mahu pijak rumput dan tanah

Aktiviti lain yang kami kira terapi ialah berenang. Abi jadi trainer. Walau KPI abi tak tercapai semasa di Bahrain lagi, never give up gitu! Kalau ada masa abi bawa ke Kolej Height Resort di Bandar Darulaman atau kalau cuti sekolah tu kami carilah hotel2 yang ada swimming pool sambil cuti2 Malaysia. Sekejap dulu Fawwaz takut padahal masa di Bahrain dah nak pandai berenang.. sekarang dia enjoy balik aktiviti swimming ni tapi back to A step.


Sunat
Yang ini perkara paling baru. Hajat kami nak sunatkan dia masa cuti sekolah ni tapi apakan daya.. Kami lambat buat tindakan. Bermula dengan mendapatkan surat dari MO di klinik biasa untuk bius penuh hingga mendapatkan appointment untuk pemeriksaan di klinik pakar pembedahan padeatrik yang mengambil masa hampir 2 bulan. Semalam baru menjalani pemeriksaan dan dapat tarikh procedure tu pada 5 April 2016. Bermakna lagi 4 bulan. Inilah masanya nak adjust mindset Fawwaz tentang sunat aka khatan.


Semoga tahun 2016 segalanya akan menjadi lebih baik buat kami semua..

Menyertai rombongan sekolah (PPKI) 
Riadah bersama ummi dan abi