Monday, September 27, 2010

Speech Delay..

Sehari nak balik ke Bahrain aku sempat jumpa dr pakar di An Nur. Ke situ sebab Fawwaz dah sedia ada rekod kesihatan kat klinik tu. Walau tak dapat jumpa Dr Ar, ped Fawwaz sebelum ni, at least aku dapat sesuatu dan plan sesuatu untuk dia.

Kami jumpa Dr Azman untuk pertama kali. Masalah yg nak dirujuk ialah "lambat bercakap atau speech delay". Beberapa soalan ditanya spt masa bersalin ada masalah ke, bersalin macamana, tidur malam selalu bangun ke, suka hantuk kepala kat dinding ke, eye contact macamana, dll. Jawapanku - bersalin cara vacuum dan forceps, lepas lahir presumed sepsis dan masuk incubator kejap, tak hantuk kepala tapi selalu jatuh dan terhantuk kepala, tidur memang tak berapa lena tapi ikut keadaan, memang kurang eye contact...

Dr beritahu few steps dalam mengenalpasti masalah kanak2 ni.. bermula dengan 'hearing test', kemudian check ada autisme ke tak, hyperactive ke tak, baru rujuk ke speech therapist. Bila dia cuba tarik perhatian Fawwaz dengan memanggil nama, mengetuk meja dan membunyikan loceng, Fawwaz buat dek je.. langsung tak pandang...huhu! Fawwaz lak khusyuk dengan permainan kat klinik. Kadang2 explore bilik Dr tu.. kali ni memang tak takut dah kat Dr macam dulu..

Dr suspek dia ada hearing problem sebab dia bagi respond yg lambat bila dipanggil. Aku pun naik heran... Kalau betul, macamana dia boleh respond dengan cepat bila dengar muzik atau lagu2 kegemaran dia. Cepat je dia hafal lagu walau entah apa2 tuturnya.. Atau kalau pasang VCD yg dia selalu tengok, dengan membelakangkan TV pun dia boleh menyampuk apa katun tu nak cakap. Kadang2 dia mengajuk apa aku cakap sampai aku selalu sound suruh buat ayat sendiri. Tapi dia memang semakin aktif (mulut dan pergerakan), tak tau penat dan dah kurang takut. Dia juga memang suka buat tak tau bila aku panggil melainkan aku tinggikan sikit suara. Satu lagi dia boleh kira one - ten dan wahid (1) - 'asharoh (10) dengan hanya ikut TV.

Apa nak buat, aku dah di Bahrain. Walau boleh juga buat kat sini, macam biasa aku kurang selesa. Dr buat referral letter utk mana2 hospital dan aku mula plan untuk kepulanganku ke tahanair Disember nanti. Tengah nak kenalpasti hospital mana yg OK. Adik aku pun refer anaknya ke hospital utk masalah yg sama (kes serupa tapi mungkin tak sama). Tapi nak dapatkan appointment di HUKM kena paling kurang 3 bulan. Untuk monthly appointment selepas tu pun susah. Ramainya kanak2 bermasalah kan.... Belum kira HKL lagi huhuhuuu... Aku ingat nak bawa Fawwaz ke hospital Ampang atau last resort ke swasta untuk jumpa ped dan buat hearing test. Lamanya nak tunggu Disember... dahlah bulan tu adik2 nak kawin dan tunang.. sisbuks lahs askus!

Sekarang ni aku asyik nak perhati apa Fawwaz buat. Selalu panggil nama dia atau tarik perhatian dia. Nampak normal, tapi ada sesuatu... Suatu ketika aku dah give up sebab takde sokongan, tapi kini aku bersemangat semula untuk bantu dia. Next year mesti nak register ke mana2 kindy supaya berkawan. Aku lak pelan2 hint mr hubby nak stay kat M'sia je sebab pergerakan ku di sini memang terbatas, otak pun tak berapa jalan... Takpelah, akupun dah terbiasa jadi 'single' mother bila kat M'sia... InsyaAllah, segalanya akan baik kalau kita berlapang dada, berusaha dan berserah pada Allah di hujungnya.. Dlm tu duk fikir juga, pekerjaan apa yg masih sesuai lagi untuk aku yg dah 3 tahun bersara ni.. laku kah lagi? Huhu.. dilema tul! Mesti ada 2-3 plan utk diri sendiri... 2 bulan untuk planning je. Implementation paling lewat January 2011 lah.. Jangan nanti keluar lagi cerita aku naik Gulf Air tiap 2-3 bulan...helppp!