Saturday, February 25, 2012

Riadah

Pagi tadi waktu nak keluar, Fawwaz dah tak sempat2 nak masuk lift.  Mama pergi buang sampah dulu kat sebelah lift tu, bila tengok Fawwaz dah lesap dalam lift.  Mama tengok lift tu dah naik ke tingkat 13 dan mama berdiri di tingkat 4.  Bila mama tekan, lift satu lagi yg terbuka.. Dup dap dup dap hati mama walau mama selalu tengok Fawwaz tekan butang lift dengan betul iaitu 4 atau G.  Fawwaz tau tekan butang buka bila tunggu mama dan tutup bila mama masuk.. tapi tadi mama rasa Fawwaz tak buat tu.

Alhamdulillah... akhirnya lift tu terbuka juga dan ada wanita bangsa cina jaga Fawwaz.  Dia pun tau Fawwaz tak pandai cakap...mmm memanglah anak mama ni!  Memang mama tercuai... Lepas ni mama nak kena betul2 pastikan Fawwaz tak ulangi lagi..

Petang tadi pula Fawwaz nak naik basikal kat taman.. So, mama layan je lah..  Bersemangat Fawwaz.  Banyak improvement, cuma tayar depan tu kempis sedikit.  Berpeluh juga mama sambil berjogging.. best!


Tuesday, February 21, 2012

Siram Pokok

Abi a.k.a abah adalah pencinta pokok bunga.  Abi suka tanam pokok terutama orkid dan yg jenis gantung tu..

So, sekarang abi nak turunkan minat tu kat Fawwaz.  Setelah pokok2 lama mati ditinggalkan bertahun2, kini abi bawa pokok baru.  Tanggungjawab menjaga dan menyiram diserahkan kepada Ahmad Fawwaz hehe!  Sekarang, hari2 Fawwaz akan ingat tugas dia..  Semoga ianya menjadi terapi yg baik utk dia.




papan tu pula untuk fawwaz belajar memaku lantai....

Thursday, February 16, 2012

Pesanan Untuk Mama..

Setiap kali mama memandang Fawwaz dari tempat mama duduk sekarang ini, mama suka untuk muhasabah dan membuat peringatan untuk diri sendiri..

  • Jangan hanya melihat yg negatif saja pada anak.  Ibarat kata Prof Dr Muhaya, ada 10 perangai anak, kenapa hanya nak melihat 1 perangai yg buruk?  Abi juga sering berpesan agar mama sentiasa positif setiap kali mama mengeluh atau mengadu perilaku anak mama
  • Sabar sabar dan sabar..  Mama cuba menahan diri dari marah terutama apabila Fawwaz tidak menurut kata atau hanya mahu mama yg menurut kata Fawwaz...  Mama cuba elak dari mengeluarkan kata2 tidak elok kerana takut menjadi doa
  • Jangan berputus harap dan sentiasa berdoa.  Memang doa itu santapan mama sepanjang masa.  Terutama selepas solat.  Mama berharap agar Allah sentiasa mendengar dan mengangkat doa mama.    Mama sentiasa memohon Allah mempermudahkan mama dan InsyaAllah, segalanya semakin mudah
Mama harap selepas ini dapat mengajar Fawwaz solat dan membaca muqaddam.  Fawwaz dan kenal alif ba ta.. Cuma mama kena tunggu Fawwaz akur dengan tunjuk ajar mama dan fokus.  Walau mama tak pasti caranya, mama takkan berhenti mengharap...

p/s: tadi mama nampak Fawwaz buat perangai kat cikgu masa nak balik... tak mau dengan arahan cikgu.  Siap suruh cikgu pergi... Bila mama tanya cikgu, katanya Fawwaz tak mau sama2 beratur...lorrr!! Dugaan untuk cikgu2 juga...
"Ya Allah, semoga diberi kesabaran pada guru2 anakku... Berilah mereka ganjaran yg baik kerana merekalah pendidik anak2 yg bakal menjadi pemimpin masa depan.. Amin"

Wednesday, February 15, 2012

Tidur dan Hilang

Mama tengah berehat dari melakukan sesuatu diluar jangkaan.. Iaitu memadam segala contengan yg seperti di luar kawalan pada buku English Fawwaz. Lenguh tangan mama... Dari awal buku sampai ke akhir (sekarang baru di tengah2).

Mama tanya tadi... "Fawwaz yang conteng ke?". Fawwaz menggeleng..
"Habis sapa? Cikgu?". Saja je nak tengok respon. Fawwaz geleng lagi..
"Kawan conteng?". Angguk... Hehehe, bior betul. Malas mama fikir..

Takpelah... Esok mama tanya cikgu kenapa Fawwaz conteng buku sampai begitu sekali.

Kejadian hari ini, songkok Fawwaz hilang. Kalau semalam balik tanpa stokin, hari ni songkok pulak hilang. Merata mama cari, kat kantin, kat bilik darjah.. Tapi tak jumpa. Sempat pulak dengar aduan cikgu2 yang Fawwaz tidur dalam kelas tadi, selain Fawwaz baling2 stokin dan songkok sebab taknak pakai. Hari ni Fawwaz tidur dengan penuh perasaan sampai terbaring. Bila cikgu tegur, Fawwaz tidur duduk pulak. Adoi...

Itulah masalahnya kalau tidur tak cukup. Tidur lambat tapi bangun cepat tanpa perlu dikejutkan. Mana tak lambat tidur malam, petang dekat asar baru nak tidur dan pulun berjam2. Mama dah tak tau macamana nak adjust sebab mama rasa terlalu banyak perkara berlegar2 dalam kepala Fawwaz. Nak main, dengar dan tengok TV, lompat sana sini...

Malam ni juga mbah yu kat Ampang telefon mama, bertanyakan pasal Fawwaz. Beruntungnya Fawwaz sebab ramai yg ambil tahu. Ramai yg risau kalau tak mau pergi sekolah. Mama pun jawablah yg Fawwaz OK.. Suka pergi sekolah. Cuma di alam fantasi je lah, tak mau belajar huhu! Mbah cadangkan mama berikhtiar lebih.. Dan mbah sanggup temankan. Oh, terharu mama ni. InsyaAllah, nanti mama cari ikhtiar selepas kegagalan mama mematuhi temujanji di hospital ampang.

Semoga anak mama terus maju ke arah yg lebih positif. I live my life for you...

Wednesday, February 8, 2012

Jatuh ke?

Pagi ni Fawwaz bangun sebelum pukul 6 pagi.  Bila mama keluar bilik, mama tengok Fawwaz dah duduk kat sofa menonton TV.. Alamak!  Berapa jam je Fawwaz tidur ni?  Mujur tak meragam nak ke sekolah..

Hari ni, masa dah dekat waktu balik, mama intai lagi.. Fawwaz duduk kat belakang sekali, mengelamun kot.. Risau mama ni tau! Mama tau, mesti Fawwaz tak dengar dan ikut apa cikgu cakap.  Cikgu pun ada mengadu tadi... Sampai bila ye nak macam ni?  Walau target utama mama supaya Fawwaz boleh bersosial, mama harap Fawwaz boleh fokus sikit apa cikgu ajar.  Supaya tak ketinggalan.  Mama cuba bertenang... (setenang abi.. :| )

Apa yg mama perhatikan, Fawwaz lagi cepat menangkap bila TV tu cakap.  Sekali cakap dah boleh ingat.  Tau je apa kapten Hook tu nak cari.. katun mana nak buat treasure hunt, apa yg OSO nak buat, Mickey n friends nak cari 'X' sign...  Itulah cikgu2 Fawwaz kat rumah ni.. si Mickey, OSO, Pororo, never land pirates... mmmm.

Masa kat sekolah tadi, Fawwaz tak mau susu strawberry tu.. siap pulangkan balik kat dalam bekas dia.  Awaklah budak kecik paling luar biasa... Sebab susah nak ambil kalau orang bagi barang atau makanan kesukaan budak spt gula2 & jajan.  Sampai susu yg sedap pun Fawwaz tak mau.  Baguslah... Mama pun risau kalau Fawwaz makan jajan.  Susu tu kan kegemaran Fawwaz?  Tapi amalkan ambil pemberian hanya dari orang yg Fawwaz kenal je... untuk elakkan kejadian yg tak diingini.  Cikgu bagi boleh la ambil...

Satu lagi, tadi Saifullah kata "Fawwaz dah tak nangis...".  Mama tak sempat tanya, tadi Fawwaz nangis ke?  Tapi bila balik rumah, mama tengok seluar Fawwaz berlubang.  Haaa... mesti jatuh ye.  Fawwaz kan suka lari2 dan kejar mengejar.  Mesti jatuh dan nangis.  Takpe, anak mama tough boy.  Jatuh sikit2 OK la tu.. merasa sakit tu macamana.  Mama tau Fawwaz takkan nangis berlebih2 macam kalau tengah cari pasal dgn mama.  Sampai malam Fawwaz tak bagi tengok lutut tu.  Mama pun lupa... hehe!

Tuesday, February 7, 2012

Sekolah..


Alhamdulillah... jauh sungguh kita mendaftar sekolah utk darjah 1 sesi 2014, pagi semalam.  First time mama naik Firefly dan 2nd time utk Fawwaz.. OK lah jugak kan.  Dapat minum jus dan makan muffin, tak kedekut macam Airasia.. kekeke!

InsyaAllah, umur panjang Fawwaz akan bersekolah di Tmn Tunku Sarina, Bandar Darulaman.  Nama sekolah tu SK Darulaman Heights.  Lama lagi... tahun 2014 nanti.  So advance kan..?

At the same time, mama pun ambil feel dan mood.  Abi bawa kita ronda2 kawasan sekeliling.  Itulah tempat kita nanti, InsyaAllah... dan Mama rasa tenang dengan suasana sekeliling.. ada bukit bukau, ada tasik, ada sawah bendang... dan pengharapan mama, ada kedamaian nanti di sana... ;)

Sunday, February 5, 2012

Mandi

Kebelakangan ni seksanya jiwa mama kalau nak mandikan Fawwaz..  Dulu2 tak macam ni.  Tapi seminggu dua ni kot mulanya...

Pertama: masa nak sabunkan badan... terguling2, tergeletek2 kegelian atas lantai bilik mandi/toilet.  Kalau tak hati2 mau terhantuk kat mana2 bucu.  Lelah sangat mama nak mengawalnya... Kadang2 air yg dijirus sampai masuk telinga sebab tak mau diam.. Memang mama kena sabar dan kadang2 hilang sabar.  Belum lagi bab nak cuci kepala, gosok gigi... (budak2 lain pun ramai macam ni ke?..)

Kedua: nak lap pun satu perkara. Kalau pandai lap sendiri OK lah juga (tp boleh sikit2..).  Mama bukan apa, risau kalau dengan badan yg basah tu dan Fawwaz lari2 mengelak dari mama, tergelincir kat lantai yg licin dek air dari badan tu... Sebab pernah jadi pun.  Seriau mama...  Dah berapa kali kepala Fawwaz terhantuk kat lantai...  Kalau anak orang lain, mau mama kena saman ngan parents dia..

Saturday, February 4, 2012

Ayat Rojak

Ayat rojak Fawwaz pagi ni :

It's a "sayyarah"... arabic word for "CAR"  :D

Blog Baru Ahmad Fawwaz

Hari ni mama create blog khas untuk Fawwaz.  Sebab mama rasa banyak nak cerita pasal anak mama yg seorang ni.  Anak mama yg tak suka pakai baju dan hanya bercawat je tu.  Mama pening... tak tahu macamana nak buang habit tu.  Macam juga mama 'pening' macamana nak ajar Fawwaz menulis, membaca iqro' & muqaddam...  Salah mama juga.  Sebelum ni elok je Fawwaz baca alif sampai ya, walau sangkut2... Tetiba mama teringat lagu 'alif ba ta' yg selalu mama nyanyikan masa Fawwaz baby... Terus lah dia nak nyanyi je.  Maka fokus pun hilang.  Macam juga baca iqro'.  Nak ikut arahan dia dan suka2 dia je!  Susah hati mama...  Sampai bilalah Fawwaz boleh faham dan nak dengar cakap mama.  Masa sentiasa berjalan..

Dari minggu lepas mama terfikir nak buka semula fail kat hospital Ampang dan Selayang.  Mama perlukan satu kekuatan yg luar biasa... sebab mama tengah lemah.  Fizikal mama je nampak relaks, kepala mama sentiasa berputar macam gasing... :(