Saturday, February 25, 2012

Riadah

Pagi tadi waktu nak keluar, Fawwaz dah tak sempat2 nak masuk lift.  Mama pergi buang sampah dulu kat sebelah lift tu, bila tengok Fawwaz dah lesap dalam lift.  Mama tengok lift tu dah naik ke tingkat 13 dan mama berdiri di tingkat 4.  Bila mama tekan, lift satu lagi yg terbuka.. Dup dap dup dap hati mama walau mama selalu tengok Fawwaz tekan butang lift dengan betul iaitu 4 atau G.  Fawwaz tau tekan butang buka bila tunggu mama dan tutup bila mama masuk.. tapi tadi mama rasa Fawwaz tak buat tu.

Alhamdulillah... akhirnya lift tu terbuka juga dan ada wanita bangsa cina jaga Fawwaz.  Dia pun tau Fawwaz tak pandai cakap...mmm memanglah anak mama ni!  Memang mama tercuai... Lepas ni mama nak kena betul2 pastikan Fawwaz tak ulangi lagi..

Petang tadi pula Fawwaz nak naik basikal kat taman.. So, mama layan je lah..  Bersemangat Fawwaz.  Banyak improvement, cuma tayar depan tu kempis sedikit.  Berpeluh juga mama sambil berjogging.. best!


No comments:

Post a Comment