Mama tengah berehat dari melakukan sesuatu diluar jangkaan.. Iaitu memadam segala contengan yg seperti di luar kawalan pada buku English Fawwaz. Lenguh tangan mama... Dari awal buku sampai ke akhir (sekarang baru di tengah2).
Mama tanya tadi... "Fawwaz yang conteng ke?". Fawwaz menggeleng..
"Habis sapa? Cikgu?". Saja je nak tengok respon. Fawwaz geleng lagi..
"Kawan conteng?". Angguk... Hehehe, bior betul. Malas mama fikir..
Takpelah... Esok mama tanya cikgu kenapa Fawwaz conteng buku sampai begitu sekali.
Kejadian hari ini, songkok Fawwaz hilang. Kalau semalam balik tanpa stokin, hari ni songkok pulak hilang. Merata mama cari, kat kantin, kat bilik darjah.. Tapi tak jumpa. Sempat pulak dengar aduan cikgu2 yang Fawwaz tidur dalam kelas tadi, selain Fawwaz baling2 stokin dan songkok sebab taknak pakai. Hari ni Fawwaz tidur dengan penuh perasaan sampai terbaring. Bila cikgu tegur, Fawwaz tidur duduk pulak. Adoi...
Itulah masalahnya kalau tidur tak cukup. Tidur lambat tapi bangun cepat tanpa perlu dikejutkan. Mana tak lambat tidur malam, petang dekat asar baru nak tidur dan pulun berjam2. Mama dah tak tau macamana nak adjust sebab mama rasa terlalu banyak perkara berlegar2 dalam kepala Fawwaz. Nak main, dengar dan tengok TV, lompat sana sini...
Malam ni juga mbah yu kat Ampang telefon mama, bertanyakan pasal Fawwaz. Beruntungnya Fawwaz sebab ramai yg ambil tahu. Ramai yg risau kalau tak mau pergi sekolah. Mama pun jawablah yg Fawwaz OK.. Suka pergi sekolah. Cuma di alam fantasi je lah, tak mau belajar huhu! Mbah cadangkan mama berikhtiar lebih.. Dan mbah sanggup temankan. Oh, terharu mama ni. InsyaAllah, nanti mama cari ikhtiar selepas kegagalan mama mematuhi temujanji di hospital ampang.
Semoga anak mama terus maju ke arah yg lebih positif. I live my life for you...
No comments:
Post a Comment