Pagi ni Fawwaz bangun sebelum pukul 6 pagi. Bila mama keluar bilik, mama tengok Fawwaz dah duduk kat sofa menonton TV.. Alamak! Berapa jam je Fawwaz tidur ni? Mujur tak meragam nak ke sekolah..
Hari ni, masa dah dekat waktu balik, mama intai lagi.. Fawwaz duduk kat belakang sekali, mengelamun kot.. Risau mama ni tau! Mama tau, mesti Fawwaz tak dengar dan ikut apa cikgu cakap. Cikgu pun ada mengadu tadi... Sampai bila ye nak macam ni? Walau target utama mama supaya Fawwaz boleh bersosial, mama harap Fawwaz boleh fokus sikit apa cikgu ajar. Supaya tak ketinggalan. Mama cuba bertenang... (setenang abi.. :| )
Apa yg mama perhatikan, Fawwaz lagi cepat menangkap bila TV tu cakap. Sekali cakap dah boleh ingat. Tau je apa kapten Hook tu nak cari.. katun mana nak buat treasure hunt, apa yg OSO nak buat, Mickey n friends nak cari 'X' sign... Itulah cikgu2 Fawwaz kat rumah ni.. si Mickey, OSO, Pororo, never land pirates... mmmm.
Masa kat sekolah tadi, Fawwaz tak mau susu strawberry tu.. siap pulangkan balik kat dalam bekas dia. Awaklah budak kecik paling luar biasa... Sebab susah nak ambil kalau orang bagi barang atau makanan kesukaan budak spt gula2 & jajan. Sampai susu yg sedap pun Fawwaz tak mau. Baguslah... Mama pun risau kalau Fawwaz makan jajan. Susu tu kan kegemaran Fawwaz? Tapi amalkan ambil pemberian hanya dari orang yg Fawwaz kenal je... untuk elakkan kejadian yg tak diingini. Cikgu bagi boleh la ambil...
Satu lagi, tadi Saifullah kata "Fawwaz dah tak nangis...". Mama tak sempat tanya, tadi Fawwaz nangis ke? Tapi bila balik rumah, mama tengok seluar Fawwaz berlubang. Haaa... mesti jatuh ye. Fawwaz kan suka lari2 dan kejar mengejar. Mesti jatuh dan nangis. Takpe, anak mama tough boy. Jatuh sikit2 OK la tu.. merasa sakit tu macamana. Mama tau Fawwaz takkan nangis berlebih2 macam kalau tengah cari pasal dgn mama. Sampai malam Fawwaz tak bagi tengok lutut tu. Mama pun lupa... hehe!
No comments:
Post a Comment