Thursday, February 16, 2012

Pesanan Untuk Mama..

Setiap kali mama memandang Fawwaz dari tempat mama duduk sekarang ini, mama suka untuk muhasabah dan membuat peringatan untuk diri sendiri..

  • Jangan hanya melihat yg negatif saja pada anak.  Ibarat kata Prof Dr Muhaya, ada 10 perangai anak, kenapa hanya nak melihat 1 perangai yg buruk?  Abi juga sering berpesan agar mama sentiasa positif setiap kali mama mengeluh atau mengadu perilaku anak mama
  • Sabar sabar dan sabar..  Mama cuba menahan diri dari marah terutama apabila Fawwaz tidak menurut kata atau hanya mahu mama yg menurut kata Fawwaz...  Mama cuba elak dari mengeluarkan kata2 tidak elok kerana takut menjadi doa
  • Jangan berputus harap dan sentiasa berdoa.  Memang doa itu santapan mama sepanjang masa.  Terutama selepas solat.  Mama berharap agar Allah sentiasa mendengar dan mengangkat doa mama.    Mama sentiasa memohon Allah mempermudahkan mama dan InsyaAllah, segalanya semakin mudah
Mama harap selepas ini dapat mengajar Fawwaz solat dan membaca muqaddam.  Fawwaz dan kenal alif ba ta.. Cuma mama kena tunggu Fawwaz akur dengan tunjuk ajar mama dan fokus.  Walau mama tak pasti caranya, mama takkan berhenti mengharap...

p/s: tadi mama nampak Fawwaz buat perangai kat cikgu masa nak balik... tak mau dengan arahan cikgu.  Siap suruh cikgu pergi... Bila mama tanya cikgu, katanya Fawwaz tak mau sama2 beratur...lorrr!! Dugaan untuk cikgu2 juga...
"Ya Allah, semoga diberi kesabaran pada guru2 anakku... Berilah mereka ganjaran yg baik kerana merekalah pendidik anak2 yg bakal menjadi pemimpin masa depan.. Amin"

No comments:

Post a Comment