Sunday, December 30, 2012

Fawwaz Kembali ke Sekolah

Wahh... dah lama juga mama tak update blog Fawwaz yg satu ni. Kalau ada cerita sikit2, mama boh je dalam blog Cik Siti.

Dah 11 hari kami berada di bumi Kedah Darulaman. In Shaa Allah, di sinilah kami akan menetap selagi mampu dan panjang umur.

Setelah beberapa tadika kami singgahi dan kaji, akhirnya mama dan abi ambil keputusan mendaftarkan Fawwaz di kelas Pra, Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights iaitu sekolah di mana mama dan abi dah daftarkan Fawwaz untuk tahun 1 tahun 2014 nanti. Mama yakini yang guru2 di situ adalah benar2 terlatih dan supaya mudah nanti untuk Fawwaz membiasakan diri semasa tahun 1.

Gambar masa mendaftar kemasukan thn 1 sesi 2014 awal tahun ni

Peristiwa hari ni.. sesi taklimat waris dan anak2

Nampaknya Fawwaz pun tak kekok. Walau tertoleh2 dan berhenti2 mencari  nak masuk kelas, tetap tidak buat hal. Sempat juga mama mengejar cikgu yg asyik kena tunggu Fawwaz dan beritahu secara ringkas tentang masalah Fawwaz. Lepas tu mama tengok je dari jauh sebelum masuk bilik taklimat.

Dan laporan pertama cikgu yang menjaga kelas tadi ialah "rupanya cakap English baru faham...". Hahaha... Selamat menempuh persekolah dengan suasana baru 1/1/13 nanti.