Wednesday, April 6, 2016

Fawwaz Important Day - Berkhatan (Bahagian 2)

ALHAMDULILLAH...

Selesai sudah misi mak yang satu ini..

Semalam Ahmad Fawwaz hero umi dah selamat menjalani prosidur kecil, berkhatan di Hospital Lama Sultanah Bahiyah. Flow yang sangat cantik sedari bangun tidur. Ada sedikit meragam sehinggalah berjaya dipujuk oleh Abi nya. Deal - kena belikan 2 set Lego Hero Factory.. uhuks! Terpaksa keluar lewat sedikit. Waktu daftar 7 pagi...

Hmmm.. nanti Fawwaz nak yang ni.. macam dalam buku ni.. :P
Setibanya di hospital (dalam 7.20 pagi) terus menuju ke blok F yang bersebelahan surau dan menyerahkan dokumen yang patut dan dikehendaki ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran jika perlu. Sebenar ianya percuma untuk pemilik kad OKU. Alhamdulillah.. nikmat yang Allah berikan buat anak Syurga..

Duduk di katil no 7. Perlu ditimbang... Wah! Bambam umi.. beratnya 37.7 (siap hafal dia.. hee). Menukar pakaian kepada baju hospital berwarna putih. Setelah doktor datang memeriksa, tak lama dia pun disorong ke tingkat 1, operation theater (bilik pembedahan) pada pukul 8 pagi. Masih tenang di situ of course with puzzles in his mind.. hihi! Meriah dan mesra acik2 misi menyambut. Bila kena duduk di atas katil di luar OT, pertanyaan dia ialah "tak pakai knife?". Mulanya misi2 tak faham.. Mak kenalah explain.. hahaha ketawa dorang.. Dah tentu tak kann... ;). Kemudian ummi dan abi diminta menunggu di luar. Memang steady Fawwaz masa tu... clap clapp!

Umi salah pakaikan baju.. doktor kata terbalik, baru umi tergelak besaq.. heeee
Nampak steady time ni.. walau mulut duk bertanya je
Disebabkan belum breakfast, disamping menghormati Fawwaz yang sedang berpuasa, kami ambil peluang mengambil giliran breakfast. Abi pergi dulu dan bila abi balik, umi pula pergi mengalas perut (brunch). Jauh pula tempat makan tu... Selesai makan dan sedang membayar makanan tersebut, pesanan di SMS dari abi masuk. Datang segera! Allah.. berdebar ummi sambil berjalan laju. Mujur jumpa juga jalan shortcut dengan bertanya kepada cleaner di situ.

Rupa-rupanya Fawwaz dah sedar dan meronta-ronta menangis. Abi dikehendaki masuk untuk menenangkan. Masa umi sampai abi dah ada di dalam, terus umi pun masuk tapi dihalang... hehe! Ingat boleh masuk gitu2 jer.. :P. Tak berapa lama menunggu di luar, umi pun dipanggil masuk di ruang depan pintu OT sebab Fawwaz dah boleh keluar untuk dibawa ke wad. Menangis sambil bercakap, itulah dia.. Riuh rendah para jururawat memujuk..

"I don't like this place," kata Fawwaz.. hehe..

Babak menangis dan menjerit berlaku beberapa kali di dalam wad. Ada yang tak selesa di telinga mungkin. Kita dengar suara dia, tapi dia tak berapa dengar suara sendiri mungkin.. Membuat dia rasa nak mengamuk. Alahai.. seriau sapa melihatnya. Tak boleh nak dikawal gerakannya. Alhamdulillah semakin lama dia semakin boleh tolerate dengan keadaan tu walau kadang2 merengek sakit. Mula2 kena minum air kosong satu bekas. Bila tak muntah, baru umi upah dengan air milo. Kemudian makan roti krim dan air soya lagi. Maklum, puasa dari sebelum tidur pada pukul 9.. Makan moi hospital lagi.. sungguh selera. Minum banyak-banyak untuk supaya dapat kencing.


Doktor kata selagi tak kencing tak boleh keluar. Umi dan abi berpandangan. Kami dah keletihan sebenarnya. Syukur.. dengan trick abi, akhirnya dapat keluar pada pukul 2 petang selepas doktor kedua yang memeriksa (doktor yang memeriksa di awal pagi tu). Jangan ditanya perilakunya. Sebab dia langsung tidak boleh diam berbaring melainkan ketika tidur. Ummi hanya mampu berdoa.

Sekejap je dia boleh baring macam ni... nak gayakan masa abi mula2 gantung kain tu.. hihi

Membuang air kecil adalah masalah utama kot bagi orang bersunat ni. Maklum dengan keadaan yang sebegitu. Puas memujuk Fawwaz untuk kencing, tapi sehingga pukul 7 malam masih tak berjaya. Sedangkan dia kerap minum. Akhirnya, setelah dipujuk abi dan ummi dah mula tinggikan suara, dia bergegas ke tandas dan kencing. Amat bersyukur walaupun habis berterabur satu tandas dan ummi terjerit2 kerana di samping nak mencuci 'wiwi' nya yang memang dia takkan bagi, dengan nak menjaga supaya najis kencing tidak keluar dari ruang tandas. Memang letih sungguh di hari dan malam yang pertama semalam. Masuk tidur awal pukul 10 malam tetapi Fawwaz pula yang tak dapat tidur sebab petang dah tidur lama.

Akhirnya kami dapat berehat sehingga pukul 4 pagi Fawwaz dan ummi dah terjaga. Ummi ambil kesempatan solat di luar dan bila masuk semula ke bilik tercium bau tidak enak.. dan rupanya dia dah kencing kali ke-2 dan merata2. Tak tau dia cuci ke tidak.. Dalam bersyukur, ummi rasa nak nangis sebab kena cuci tandas sebelum pukul 5 pagi.. huhu.

Hari kedua ni nampak lebih baik dari semalam. Masih sukar dipujuk untuk mencuci 'wiwi'nya, namun dia dah kurang meragam. Memang tak berbaring pun.. Duduk biasa je depan komputer. Tak boleh nak suruh berdiam diri gayanya.. Malah sesekali dia berlari2 dan nak melompat. Sedangkan 'alat' dia tu duk merening2 ummi tengok.. huuu seriau seriau!!

Apapun, sebagai ibu yang seharusnya mustajab doa, ummi sentiasa berdoa agar Fawwaz cepat sembuh dan tidak 'effect' pergerakannya tu pada bekas potongan. Syafakallah permata hati ummi. I love you so much and CONGRATULATIONS for this achievement!! You will always be my HERO!

Gambar pagi tadi.. duk terjatuh je sebenarnya kain pelikat tu sebab asyik bergerak. Lama2 umi letak 'belt', barulah elok sampai ke sudah..


Demikianlah kisah berkhatan anak AUTISTIK ku... sambil mak memerhati dia sedang tidur meniarap.. hehe!


Monday, April 4, 2016

Fawwaz Important Day - Berkhatan (Bahagian 1)

Esok adalah hari penting Fawwaz..

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan akan tiba. Hari BERKHATAN yang mak dah ceritakan beberapa bulan lepas. Setelah langkah pertama dilakukan beberapa hari sebelum cuti sekolah iaitu pada bulan Oktober 2015. Esok barulah hari prosidur akan berlangsung, InsyaAllah..

Mak berdebar-debar juga. Bimbang akan reaksi si bujang. Moga Allah permudahkan urusan kami terutamanya pihak hospital.

KRONOLOGI

29/10/2015
Ke Klinik Kesihatan Banai untuk memohon 'referral letter" berkenaan permohonan berkhatan secara bius penuh, tetapi doktor bertugas mengatakan tidak pernah mengendalikan kes seumpama ini sebelumnya. Jadi doktor tak pasti surat yang bagaimana. Kami terus mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Kota Setar. Alhamdulillah.. akhirnya surat diperolehi walau doktor mengatakan sepatutnya kami ke Klinik Banai sebab ia yang terdekat dengan kawasan rumah kami. Pening sedikit di situ..

Referral letter adalah untuk sesi pemeriksaan dengan bahagian Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Bahiyah (Paeds Surgical).

3/11/2015
Ke Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak (HQ) untuk mendapatkan temujanji iaitu 2 bulan kemudian. Untuk temujanji tak perlu berjumpa doktor. Hanya ke tingkat bawah HSB (bersebelahan dengan kaunter pendaftaran).

28/12/2015
Klinik Pembedahan Padiaterik untuk pemeriksaan di tingkat 1. Berjumpa dengan MO Dr Ashvini dan tarikh prosidur/pembedahan ditetapkan pada 5 April 2016.

5/4/2016
Pembedahan akan dilakukan esok jika tiada apa-apa halangan. Pesakit dikehendaki dalam keadaan sihat, tidak demam, batuk atau selsema. Pesakit juga perlu berpuasa sedari pukul 2 pagi dan perlu ada di sana pada pukul 7 pagi.