Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan akan tiba. Hari BERKHATAN yang mak dah ceritakan beberapa bulan lepas. Setelah langkah pertama dilakukan beberapa hari sebelum cuti sekolah iaitu pada bulan Oktober 2015. Esok barulah hari prosidur akan berlangsung, InsyaAllah..
Mak berdebar-debar juga. Bimbang akan reaksi si bujang. Moga Allah permudahkan urusan kami terutamanya pihak hospital.
KRONOLOGI
29/10/2015
Ke Klinik Kesihatan Banai untuk memohon 'referral letter" berkenaan permohonan berkhatan secara bius penuh, tetapi doktor bertugas mengatakan tidak pernah mengendalikan kes seumpama ini sebelumnya. Jadi doktor tak pasti surat yang bagaimana. Kami terus mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Kota Setar. Alhamdulillah.. akhirnya surat diperolehi walau doktor mengatakan sepatutnya kami ke Klinik Banai sebab ia yang terdekat dengan kawasan rumah kami. Pening sedikit di situ..
Referral letter adalah untuk sesi pemeriksaan dengan bahagian Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Bahiyah (Paeds Surgical).
3/11/2015
Ke Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak (HQ) untuk mendapatkan temujanji iaitu 2 bulan kemudian. Untuk temujanji tak perlu berjumpa doktor. Hanya ke tingkat bawah HSB (bersebelahan dengan kaunter pendaftaran).
28/12/2015
Klinik Pembedahan Padiaterik untuk pemeriksaan di tingkat 1. Berjumpa dengan MO Dr Ashvini dan tarikh prosidur/pembedahan ditetapkan pada 5 April 2016.
5/4/2016
Pembedahan akan dilakukan esok jika tiada apa-apa halangan. Pesakit dikehendaki dalam keadaan sihat, tidak demam, batuk atau selsema. Pesakit juga perlu berpuasa sedari pukul 2 pagi dan perlu ada di sana pada pukul 7 pagi.
No comments:
Post a Comment