Rupanya dah lama ummi tak update blog Fawwaz. Tapi sebenarnya dah banyak juga ummi tulis tentang Fawwaz, di blog sembang ummi. Malam ni Fawwaz tidur awal. Baru je masuk pukul 8, Fawwaz dah senyap di atas sofa. Mungkin hari ni Fawwaz guna tenaga ekstra, tu yang cepat penat.
Rupanya dah banyak perkara Fawwaz lalui. Banyak penemuan, rawatan dan terapi sudah dilalui. Alhamdulillah, kali ini urusan tidak sesukar beberapa tahun lalu. Waktu kita berulang ke Hospital Ampang untuk rawatan yang sama. Fawwaz hari ini sangat bekerjasama. Sangat suka dengan doktor. Sangat teruja bila diajak berjumpa doktor.
Sepanjang 2 bulan, sebenarnya macam-macam dah Fawwaz lalui. Bermula dengan mandi ais di Attitude Therapy, pertemuan dengan doktor di klinik kesihatan Jitra, kemudian dirujuk ke Pakar Kanak2 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Lepas tu dapat appointment dengan Klinik Psikiatri di hospital lama, sebelum dapat berjumpa dengan psikiatris kelmarin (1/10). Rawatan OT (occupational therapy) menyusul sebelum tu. Begitu juga terapi percakapan (speech therapy) yang baru berjalan sekali.
Setakat ni, yang dah buat beberapa kali dan hampir setiap minggu ialah OT. Kali ni ummi nak cerita tentang rawatan OT untuk Fawwaz. OT ni buatnya di Hospital Jitra yang tenang itu. Fawwaz suka tempat tu dan akan masuk ke bilik rawatan dengan gembira. Ummi akan tunggu di luar menonton sinetron Indonesia & Filipina sambil membaca majalah... hehe!
Sekarang setiap hari ummi kena brush Fawwaz dengan sejenis berus khas untuk memperbaiki tahap sensory nya. Kemudian kena betulkan sendi tangan dan wrap ketat-ketat.
Semalam.. teacher cadangkan beberapa aktiviti untuk ummi buat di rumah..
1. Brushing seperti biasa
2. Buat puzzle - tak perlu banyak, cukup dengan yang 20 keping dahulu
3. Ummi buat titik2 dan sambung beberapa titik tu (buat corak) dan Fawwaz tiru
4. Angkat 2 kerusi yang diletakkan sesuatu di atasnya spt abjad dll. Fawwaz kena angkat dari point satu ke point dua
5. Arahan untuk mengambil barang cth abjad atau nombor di tempat yang agak berjarak. Minta ambil 2 atau 3 barang serentak
Teacher juga mengatakan yang level frustration Fawwaz agak tinggi. Contohnya apabila disuruh membuat puzzle, Fawwaz akan tekun menyelesaikannya. Tetapi, jika ada yang Fawwaz tak boleh buat, Fawwaz cepat give up atau minta ditolong.
Ini sama keadaannya bila di rumah. Bila sedang main game, selalu Fawwaz marah bila tak dapat menggerakkan benda.. Dia akan kata "tolong! tak boleh!!!"
Yang umi kena cari juga berdasarkan cadangan trainer pertama masa di HSB (sebelum dirujuk ke Hospital Jitra) ialah bola besar, yoga mat, checkered mat, dan lain-lain. Moga-moga langkah ummi bisa panjang lagi demi Fawwaz.
No comments:
Post a Comment