Monday, October 18, 2010

Terbang Bersama Si Kecil..


Dah lebih 3 tahun aku jadi perantau dan frequent flyer. So, hari ni aku nak cerita dan bagi tips sikit pada sapa2 yang ada anak dan bakal ada anak untuk dibawa berjalan2 melalui udara. Memang mencabar dan sedikit renyah kalau travel dengan anak nih, terutama yang masih diperingkat 'infant' dan 'toddler'.

Masa aku mula2 bawa Fawwaz terbang ke S'pore naik SIA, umur dia baru 3 bulan. Masa baby macam ni orang kata mudah sikit... Ada benar dan kurangnya. Masa nak terbang, perkara yg mesti ada dalam hand luggage atau beg baby adalah diapers, baby wipes, extra pakaian dan towel/napkin. Kalau fully breasfeed (bf) senang sikit... kalau tak, kena ada bekalan susu yg cukup dan pacifier (alt). Jangan risau bawa susu atau air yg banyak atau lebih 100ml, sebab kalau bawa baby selalunya ada pelepasan sikit. Masa nak take off dan landing, kena bf atau bagi hisap susu sebab masa ni tekanan tinggi sikit dan akan menyakitkan telinga. First time naik flight, Fawwaz poo poo demi nak landing. Adoh! Keluar je dari kapal, terus menuju ke toilet (tak jumpa baby changing room). Kebetulan ada random security check kat Changi Airport, flight yg kiterang naik terpilih, so lama la security officers tu kena tunggu kiterang kat pintu heheh... nasib la tu.

Tapi itu bukan pertama kali kejadian seumpama itu, ada ulangannya. Mama kena sabar dan sabarrr dan tenang... Belum kira part2 meragam, dsb. Kalau dah pandai main dan makan (umur lebih 6 bulan), jangan lupa bawa permainan dan biskut. No 1 kalau menangis, terus offer susu (sebab anakku peminat susu)... kalau tak laku, buatla apa yg patut seperti bawa jalan2 ke... Kalau dia dapat tidur sepanjang perjalanan, itu memang bonus. Bawa juga bekalan minyak telon ke apa... mana tau kembung perut esp perjalanan jauh. Lagi satu kalau masih baby, kendung pakai carrier terus..


kalau berdua je, senang macam ni... ringkas

Bila dah besar sikit terutama peringkat 'toddler' macam Fawwaz sekarang.. ada xtra lagi kena masuk hand luggage. Macam aku sekarang, dah tak pernah sangkut handbag, tapi knapsack terus. Dalam tu ada air kosong, botol2 susu (2-3), susu kotak/botol yg segera, susu powder, snack termasuk gula2/jelly yg boleh kunyah, permainan (selalu kena beli permainan baru kat airport supaya lebih teruja), pakaian, napkin, sapu tangan, colouring pencil, buku mewarna, diapers, baby wipes, dll. Banyak nih! Bayangkan beratnya beg tu. Belum kira stroller/buggy lagi.. Masa nak takeoff terutamanya, bagi gula2 atau aku suka ribena strepsil yg bentuk jelly tu... bagi dia leka dan kurangkan tekanan kat telinga.

Pakaian kena yg selesa.. Ada budak jenis tak kisah. Tapi kalau macam anak aku... ada masa Ok, ada masa tak. Pernah dari Bahrain ni, aku pakaikan baju tidur harian yg agak lusuh je supaya dia tidur selesa. Selalunya aku tukar kat dalam flight demi settle down kat dalam. Buat macam rumah sendiri.. tukar diaper sekali. Masa ni kalau dapat satu row tu kita saja, senang cerita. Kalau flight penuh, kena sabar dan doa banyak2 supaya OK. Siap2 minta air suam masuk botol, nanti dia minta tinggal tuang je dari bekas. Masa check in aku suka tanya dan minta seat yg kat belakang sekali, dekat cabin crew. Senang nak refill botol dan dekat toilet. Selain minta satu row seat untuk kiterang je sebab sering berlaku ketegangan disaat orang2 nak santai (kalau flight tak penuh laa..). Gulf Air ni kalau dapat carrier jenis Boeing 777 selesa dan besar sikit. Tapi sekarang ni dia pakai Airbus... seat economy 2-4-2. Tak berapa nak selesa untuk budak2 kalau duduk tepi tingkap..


Bukan selalu dapat layanan macam ni... kadang2 kebetulan 1 team semua ramah tamah

Yang best bawa budak2 ni ialah kita akan jadi VIP... dapat boarding dulu dari orang lain. Setakat ni aku dan fawwaz dah naik macam2 carrier i.e. MAS, SIA, Gulf Air, Emirates, AirAsia, Tiger, JetStar dan flyDubai. 4 airlines pertama paling baik layanan cabin crew.. tapi kadang ada juga yg kureng, jenis bolayan dan garang. Rules SIA agak strict tapi cabin crew OK. Kadang2 dorang beramai2 kerumun aku bila fawwaz meragam.. tolong menenangkan hehee.. Semua tu tinggal kenangan. Sekarang ada juga ragamnya si Fawwaz ni, tapi boleh ditangani dengan mudah. Kecuali kalau tengah malam dia tak dapat tidur lena... menangis sambil pejam mata. Memang payah mokcik... Menggelisahlah orang2 sekeliling. Sesekali aku senyum je bila dengar budak2 kecik lain meragam sepanjang jalan.. Aku dah rasa semua tu. Dan most of the time, aku sorang je yang terpaksa menangani. Sebab hubby hantar sampai airport je.. Kalau dari KL lak, A to Z aku sorang... dan pemandu teksi yg tolong ambilkan trolley. Aku pun tak pasti sampai bila keadaan ni... Mungkin sampai hujung November ni je. Mokcik rasa semput nih..


Monday, October 11, 2010

Speech Delay.. Part II

Aku dapat PM dari sorang forumer... Bila baca message dia memang dirasakan ada sebab kenapa kita kena sedikit concern dgn anak2 yg ada masalah lambat cakap. Aku saja nak share kat sini untuk tatapan sesiapa je yg mungkin ada pengalaman seumpama ni. Kisah Fawwaz kira tutup untuk sementara sebab aku belum bawa dia ke rawatan selanjutnya. Tunggu December nanti.

Kawan ni cakap anak dia masa 6 bulan dan boleh sebut papa mama.. tapi lama2 takde progress. Bila jumpa ped kat satu hospital swasta agak terkenal Dr tu duk cakap normal je. Pastu jumpa pakar psychology kanak2 untuk minta referral letter untuk jumpa speech therapist, Dr tak setuju dan prescribed pil kecerdasan otak untuk anak dia (konon macam ala2 lembab sket). Padahal bila dia search kat internet, pil tu tak boleh kasi kat anak2 below 16th ke bulan.. (x clear).

Masa anak dia umur 3 1/2 thn, dia pindah Melaka dan jumpa ped kat sana sebab flu, pastu sembang2 pasal anak pelat melampau. So, Dr tu lak risau dan suruh buat hearing test. Dia tanya balik "perlu ke?" sebab selama ni dipanggil macam dengar je. Cuma kengkadang buat dek je (macam anak aku la tu huhuhu..). Sesekali budak tu bila tengok TV pi dekat sangat kat TV, mak dia ingat rabun kot.. Tapi at last dia buat juga test tu kat audiologist. Sah anak dia ada hearing problem, maybe lepas umur 6 bulan. Masalah berpunca dari flu yg menyebabkan tekanan luar dan dalam tak seimbang. Adalah panjang lagi ceritanya.. pasal koklea la, getaran la... ada min Db yang boleh diterima (lower x terima). Lepas buat test, jumpa specialist kat UKMSC Prof Dr Lokman. Then buat surgery... Dan amazingly, lepas 1 bulan buat surgery, budak tu dapat pickup semua perkataan yang dia dah missed...

Anak dia sorang lagi pun jenis lambat cakap sampai umur 3thn. Tapi takde masalah apa2... masuk 4 thn dah jadi macam murai hahah... So, dia suggest aku buat test juga takut2 mcm kes anak pertama dia. Ada beberapa lagi kes aku baca ala2 citer dia ni...

Kadang2 aku nampak juga ciri2 anak ke2 dia macam Fawwaz... Cik Mat ku ni suka ulang balik apa aku cakap, jarang flu... tapi kerap naik kapalterbang yg boleh menyakitkan gegendang kita terutama masa takeoff dan nak landing. Bayangkan dari masa umur 4 bulan sampai 2 thn tiap bulan ulang alik dari S'pore. Kadang 2 minggu sekali. Sekarang lak tiap 2-3 bulan. Nanti dah besar panjang, tiap-tiap hari (kalau jadi pilot la... hehhe). Anak aku kira tahap frequent flyer dohh.. Tiba2 aku teringat movie "Up in the Air" yg entah hapa2..

Itulah dia ceritanya...