Sunday, April 24, 2011

Pakai la baju....

Aduhh... sudah berapa puluh kali aku menyuruh si kecik tu pakai baju.  Jawabnya "NO!"  Mamanya siap tayang pakai abaya gemerlip gemerlap (dah miss dress-up ala Bahrain), pakai bedah, pakai anak tudung... langsung dia tak pandang.

Tanya lagi "Nak jalan tak?"
"NO!"... ya udah!! Sat lagi mama nak tuka baju dan tido lah... (merajuk konon..)

Ingat hari ni nak ajak ke playpen tu.. pastu samada dia mau ke tidak, nak ke Damansara Heights ambil ubat bapa kat office kakak.  Kalau dia dah buat statement "NO" forever, memang tak gerak le keta kat porch tu.  Memang akak duk depan ni je la.. dan memandangkan harini kita puasa, makin slow la pergerakan.

Nak bagi masa sampai Jumaat ni.. Kalau cikmat refuse juga nak pegi ke tempat main2 tu, aku pasrah.  Dah tak larat nak fikir... Mak nak mandi bunga macam ni... 

Saturday, April 9, 2011

Petua Melembutkan Hati Anak

Saya terjumpa petua ni kat blog seseorang bernama Irnis... Agak menarik petua beliau yg diperolehi dari blog insan lain juga.. InsyaAllah, akan cuba mengamalkan ini.  Sebelum ni pun dah banyak amalan dilakukan dan ada kesannya.. cuma iyalah, saya juga insan lemah yg mudah lupa... :)


I)  Boleh cuba cara ni :


1)  Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar)


2)  Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3)  Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4)  Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5)  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
------------

II)   Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali ) - tak pasti apa bismillah 5 tu...
III)  Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

IV)  Cara ini juga boleh dicuba
  • Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
V)  Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

-----------------
Petua ini adalah untuk panduan saya... Saya sendiri sering membacakan surah 3 kul, Insyirah (Alam Nasyrah..), zikir ya Lateef selain selawat dan Al-Fatihah.  Kadang2 lepas ambil wudu', saya sapukan lebihan air pada tangan yg basah ke ubun2 anak.. Sesekali saya memanggilnya "Abdul Lateef" yg bermaksud lembut..  

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah Allah yg suci dan kitalah yg bertanggungjawab menjadikan dia sebagai apa.  Wahai abdul lateef, meh la cepat mandi... dah lebih 2 jam mama ajak, tapi liat bebenor!!  huhuuu... nak  kena tanam susuk SABAR dalam2 kat hati sanubari ni... :D:D:))

Wednesday, April 6, 2011

Sian... Demam Dia

Kesian la pula si kecik ni... Agaknya terkejut dan penat lepas peristiwa semalam, terus demam malamnya... Memang jarang dia demam... mungkin baru kali ke 4 atau 5.  Jadi kira besar juga penangan kena rawat kat hospital semalam... Kalau demam, dia jadi senyap dan diam.. tak minta susu apalagi makan. Tak merengek dan cerewet macam selalu.  Dahle ubat pun takde.  Selalu ada je panadol kanak2 kat beg travel, tapi entah mana ya... Moga2 cepat sembuh dan nyanyi2 lagi.. :)) 

Latihan Penumpuan dan ENT

Alhamdulillah.. selesai sudah urusan Fawwaz untuk musim ini.  Semalam pagi (Selasa) kami ke Jabatan Rehabilitasi di Hospital Ampang untuk latihan penumpuan.  Sampai2 je terus jumpa pegawai terbabit.  Dorang kat situ nampak sangat peramah dan ceria!  So, Fawwaz pun suka.. Terus diajak masuk ke bilik kecil yg banyak mainan dan alat2 bantuan mengajar (macam tadika).  Ada seorang pegawai utk membuat penialaian dan seorang pembantu yg mengajar Fawwaz buat itu ini..

Sesi rehab tu agak successful.. Suruh buat blok.. susun ABC, baca 123.. dia memang dah mahir tu.  Dan sebab peralatan yg agak lain, dia sukalah.. Semalam pulak dia tak berapa nak hilang fokus dan tumpuannya penuh pada mainan2 tu.  Sekejap je, dah habis sesi di situ... Tak sampai 1 jam pun, walau pegawai tu kata dah.. hehe! Macam saya, dia pun berpandangan kalau masuk tadika Fawwaz akan lebih baik lagi dari segi pertuturannya..

Pagi ni pulak follow up di ENT.  Aduss!! Hat yg ni memang la mencabar sikit sebab nak kena pegang2 telinga dia.  Pantang betul cikmat org2 usik kepala dia.. Sebagaimana susahnya nak gosok gigi, potong rambut, cuci telinga.. Mujur2 dia mood baik pagi ni dan jumpa kawan baru nak main kejar2.  Tak payah ceritalah macamana suasana nak masuk bilik Dr tu..hahaha!  Tapi Dr yg comel tu pandai psikologi dan berjaya memeriksa telinga si Fawwaz.  Pastu nak kena sedut la pulak... Dr pun dah bagi alternatif nak bius ke normal. Cuma dia takmau la bius sebab berisiko.  Akhirnya sepasukan misi2 telah membungkus Fawwaz dengan kain putih dan memegang apa yg patut sementara Dr menyedut.  Aduh!! Fawwaz nih... semunya nak guna kekerasan..huhu!  Yg terharunya sebelum tu ada staff lelaki yg pujuk dia dan dukung.. Terus fawwaz akur!  Siann... Dr terus tanya, "ayah dia duduk jauh ke?"... Jangan la Dr, nanti saya sedih!

So, habislah sesi hari ni yg agak memenatkan (sebenarnya dari awal dah sedia penat dan mengantuk!).  Sepatutnya Dr nak check lagi kot2 ada apa2 lagi yg tertinggal kat dalam telinga.  Tapi tak berjaya... Terus ambil appointment.  Ayat2 berulang Fawwaz harini ialah sit down, eh sana!, NO!, la la (no la tu in arabic), shishi, wash hand.. hehe macam2!!  Next June will be full of appointments for this matter.. Satu pengalaman yang menarik dan boleh menjadi panduan mereka2 yg ada masalah seumpama ni.  Bukan masalah besar atau kronik, tapi ada juga yg besar tanpa disedari... Kalau tak, takdelah ambil masa berbulan2 nak dapat sesuatu appointment tu...