Monday, September 26, 2016

Fawwaz Dah Boleh Membaca..

Syukur Alhamdulillah...

Latest development Ahmad Fawwaz as of September 2016, dia dah mula lancar membaca. Walau ada tersekat-sekat juga, semakin hari semakin baik bacaannya. Bukan saja dalam medium Bahasa Melayu, tetapi juga English. Malah bacaan Iqra' juga semakin baik.

Aktiviti Fawwaz yg sekarang berumur 9 thn 3 bulan, antaranya:

1) Menjalani terapi carakerja (OT) secara berkala, mengikut appointment dari Hospital Jitra. Cuma kebelakangan ni selalu ponteng sebab 'clash' masa dengan terapi/aktiviti di sekolah. Kadangkala dia tak mau pergi walau ummi dah jemput di depan kelas sebab 'sayang' nak tinggalkan bilik darjah..

2) Terapi mandian herba yang dimulakan di sekolah. Di rumah ummi teruskan mandian herba tersebut seminggu 3-4 kali dan sapu dengan minyak aromatherapi.

3) SOLAT... masih lopong2 tetapi setiap pagi selepas mandi dan bersiap ke sekolah, solat Subuh dulu, Zohor masih lopong, Asar dan Maghrib hampir tak pernah tinggal, Isya' yang sering tertinggal sebab tidur awal. Solatnya masih tak sempurna tetapi ummi fokus dahulu pada disiplin masa, perbuatan, bilangan rakaat serta niat. Soal bacaan sebenarnya dia dah tahu tetapi nak cepat sahaja dan ummi tak boleh tegur pun kerana dia akan buat pasal. Ummi akan terus berdoa.. Kadang2 di masa lain, ummi akan check dan ajar bacaan secara santai. Moga2 semakin bertambah usia, dia akan lebih faham dan patuh pada rukun solat.

4) IQRA' dan HAFAZAN.. Dah hampir ke penghujung Iqra' 6. Maklumlah, sehari cuma sebaris je bila dah masuk 3-4 dulu. Makan tahun ni.. Selepas baca sebaris, dia kena baca 2 surah pendek.. Cuma kebelakangan ni banyak merajuk bila mengaji. Kalau baca cuma sebaris, ayatnya tergantung. Mesti kena sampai wakaf seterusnya. Tu yang dia tak faham dan protes. Berakhir dengan merajuk dan buat pasal.

Hafazan pun sama. Sejak masuk surah Al-Humazah, terus dia tak mau menginjak ke surah baru. Entah apa yang dia musuh sangat dengan Surah Al-Asr tu.. Kadang ummi terpaksa langkah ke At-Takathur, mau pula. Ini dah lama ummi suruh ulang2 ayat yang sebelumnya saja. Atau ayat Kursi yang dia dah hafal juga.. Memang menguji kesabaran..

Hari ni, ummi ajar lagi satu ilmu untuk Fawwaz iaitu melafazkan Azan. InsyaAllah, sedikit hari lagi ia melekat di ingatan..

5) MEMBACA.. minat membaca secara konsisten baru saja bermula. Rasanya selepas terapi mandian tu.. Bermula dengan tidur di biliknya sendiri, diikuti dengan membaca sebelum tidur setiap malam. Dah lama abinya membelikan buku cerita pendek yang ringkas tetapi menarik tu. Dia pun dah lama tahu membaca sukukata (dari tahun lepas) tetapi disebabkan mood belajar hilang, dia pernah lupa.

Kemahiran membaca ni dimulakan oleh abi dan bila abi dah tak berapa rajin, baru ummi sambung.. huhu! Mengikut hemat ummi, bapa adalah yang paling layak mengajar dan mudah difahami anak. Fawwaz cepat menangkap apa yang abi ajar tetapi mudah merajuk juga dengan teguran abi. Tak lupa juga peranan gurunya di sekolah. Cikgu Jasni selalu juga update ummi bila terserempak, pasal kemahiran membaca dan menulis si Fawwaz. Depa pun dah faham peel Fawwaz yg mudah stress dan tak boleh kalah dengan kawan tu.. hahah.

6) MENULIS.. tang ni ummi kena usaha lagi. Tulisan Fawwaz belum matang lagi tapi ummi belum dapat seruan lagi.. Masih belum dapat pujuk Fawwaz menulis di rumah. Takpalah nak.. InsyaAllah, seperti skill yang lain2 tu, akan datang juga mood menulisnya di rumah.. cayok2!

Lain2 yang semakin baik ialah pemakanannya yang dah tak memilih, tak perlu disuap.. Di sekolah pun kadang2 dia guna tangan untuk makan nasi (menurut ceritanya lah.. ummi lupa nak tanya PM). Kebiasaannya dia makan nasi menggunakan sudu dan garfu. Dia kini mengenali nama rakan2 di pendidikan khas malah balik sekolah je suka 'gosip' pasal kawan2..hihi.

Semoga Fawwaz semakin cemerlang... kalau pun bukan secemerlang atlit2 paralimpik yang ummi tengah minati tu, sekurang2nya mencapai apa yang ummi sasarkan di masa hadapan. InsyaAllah... aamiin.

Terapi mandian herba


Antara buku-buku bacaan setiap malam..