Monday, September 12, 2011

Ikutkan Je lah....

Sepatutnya pukul 8 pagi ni Fawwaz ada appointment dgn psychiatrist di Autism Centre, Hosp Selayang. Ini percubaan appoint ke-2 setelah yg lepas pun gagal.  Tapi sehingga jam dah melepasi 8 dia masih taknak mandi. Alih2 hospital telefon dulu tanya datang ke tidak.. Dengan serba salah, makcik cakap cancel... until further notice atau sampai budak ni betul2 ready dan senang diajak.  Nampak saya macam tak serius nak ajak.. tapi sebenarnya saya dah tak suka nak paksa2 dia berbuat sesuatu yg dia taknak atau tak suka.  Nanti akan lebih huru hara sebab dia jadi meragam, apatah lagi umi dia.. hehe!

Hati memang berbelah bagi nak pergi tu... Sebab saya nampak dia semakin OK dari segi tingkah laku dan daya belajar.  Orang sekeliling pun kata dia normal.  Cuma mungkin dia memang jenis lambat cakap.  Saya nak tengok macamana Dr nak assess dia.  Faktor manja tu memang ada sebab dia seorang.. Ramai yg suka nak manjakan dia terutama sejak balik raya ni.  Kalau ada orang lain dalam rumah ni, memang dia taknak mandi dengan saya.  Orang lain mandikan dia macamana pun dia akur je.. tapi kalau dgn uminya, macam2 gaya dia menepis!  Kalau boleh tidur pun nak dengan orang lain.  Kalau dia tak mau keluar dari kereta, hanya dengan sekali ajak je dia akan keluar... tapi dengan orang lain lah!  Memang dia buli saya secara mentally.. huhu!  Harap2 dia tak buli sampai umi tua nanti... :(

Hari tu dah jumpa satu tadika Islam di Seri Petaling.  Kira terdekat sekali lah.. Nampaknya macam OK sebab ia di bangunan sendiri, bercampur dengan sekolah rendah agama.  Kawasan kira selamat.  Tapi dia tak mau masuk... terpaksa saya berbincang sambil berdiri dan berjalan di luar kelas.  Cuma tadika tu takde sediakan perkhidmatan nursery.  Kenalah fikir dulu, kot2 saya bekerja semula.  Sekarang ni saya cuba fokus kepada bahasa melayu, walau dia banyak juga bertutur dengan English.  Boleh kata ini cabaran baru utk saya, nak menyekolahkan anak pulak... Semua kena buat sendiri termasuk membuat keputusan.  Rasa nak pindah pun ada.. nak cari rumah yg dekat2 ngan tadika & nursery. Tapi tahankan jelah ye... tak elok pindah randah selalu, boleh pape kata orang heeee....

Thursday, September 8, 2011

Belajar Menabung

Abi belikan tabung buluh ni untuk Fawwaz... Jadi sekarang, hari2 Fawwaz akan masukkan syiling ke dalam tabung tu dan letak semula tabung ke tempat asal... Asal nampak syiling je, dia pun kutip dan masuk tabung.  Tapi dia tak usik duit syiling umi kat dalam mangkuk atas rak tu sebab dah dilarang awal2 melainkan bila umi bagi... So, ada 2 perkara di sini.  (1) Menabung  (2) Disiplin - jangan main ambil je duit orang dan di mana nak simpan tabung tu semula..  :)

Tuesday, July 26, 2011

Al Kisah Si Kecil...

Lama tak cerita pasal perkembangan jantung hati yg sorang ni - Ahmad Fawwaz.  Anakku yg manja, tak berapa nak lasak tapi aktif bebenor... jenis tak reti penat.  Sehingga kini, Fawwaz yg dah menginjak 4 thn 1 bulan, masih belum lancar bertutur... tapi adalah perkembangan juga sedikit-sedikit... Sejak balik dari M'sia dan kini demam postman pat (dari buka mata sampai nak tidur..), vocabnya bertambah.  Walau dah dinasihatkan oleh speech therapist supaya parent bercakap 1 bahasa supaya anak tak keliru, kami tak boleh nak buat apa2..

Pengaruh katun tu amatlah kuat!  Di KL pasang playhouse disney tanpa boleh tukar saluran lain. Di sini pulak katun Arabic & English... Jadi, banyak yg sangkut adalah english vocab dan sedikit arab.  Paling selalu keluar dari mulutnya ialah "what's this?, what's that?, where are you?, where you go?, there it is.." hahah... Macam nak hafal dah dialog postman pat yg ber'telo' british tu.. Bagus jugaklah.. sebab pakar di luar kata, jangan tunjukkan katun bisu.. tak membantu nanti.

Susah nak diajak melihat buku apatah lagi pegang pewarna atau pensil dan yang sewaktu.  Paling2 umi dia yg dipaksa mewarna.. Tapi mau juga melakar dengan doodle pro tu.. Disebabkan tu weekend lepas kamipun membelikan doodle yg baru.. tp sebab ternampak yg murah sikit kat Mothercare tu, beli je terus tanpa tau rupanya kurang berkualiti berbanding jenama Fisher Price.  Takpelah... what to do?!!

Perangai terkini, sifat yg konon2 pembersih.. :)  Sebenarnya penggeli kott... Setiap apa yg dipegang, pasti akan cium tangan tu semula, takut2 kotor atau busuk.. Ini sebenarnya perangai lama tapi semakin menjadi2.  Macam tadi, saya duk perati je dia mengalihkan semua permainan keretanya dengan hanya menggunakan kedua bahagian belakang tangan (dgn tangannya digenggam).  Gelihati pun ada menengoknya, geram pun ada.  Sekarang ni memang susah dia nak bersalaman dengan umi dan abi sebab nilah... kalau pun nak bersalam, cepat2 dia tarik dan cium tangan dia. Jangan sekali tangan kita basah atau berpeluh... Bila tadi saya lap semua kereta mainan tu, baru dia nak pegang sikit2...

Toilet/Potty training belum berjaya sepenuhnya.  Jangan harap dia nak duduk atas potty yg comel gambar kawan si Pooh tu... Setakat nak pee dah lama boleh cakap dan takde masalah kecuali tidur malam dan sesekali terrr.... Cuma kalau nak poo, cepat2 minta diaper, no compromise.. Dah mati akal umi dia!  Risau jugak dah nak masuk tadika nanti... Gosok gigi? Mmmm... sentuh pun dia jarang beri.. Sama juga dengan telinga.  Nampak gaya, sampai ke sudah KPI umi tak tercapai.  Bila fikir ni, kekadang mengeluh panjang saya... Macamana lah orang2 tu buat kat anak2 dorang... elok je ikut arahan.  Ke, sebab anak sorang jadi besar sikit pancarobanya... hehehhh!  Tulah... bak kata orang "Every child is unique"...  :D

Monday, June 13, 2011

HAPPY 4TH BIRTHDAY AHMAD FAWWAZ

Hari ni birthday Fawwaz... anakku yg seorang ni.  Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh dan cemerlang... Tiada kata2 melainkan bersyukurnya mama dikurniakan seorang anak yg mewarnai hidup ini.. Lahirmu adalah kurniaan Allah yg terbesar... Alhamdulillah dan syukur kepada Allah di atas rezeki mu ini.... Love you dearly my son!!

 Jaundice @ annur...kena tutup mata! :D

Tembam!

Tahun lepas @ rumah kuning...

 Wajah terkini... dah mengurus!

Kek tak cukup bahan, buat syarat je... Maklum, sejak sampai di Bahrain Sabtu lepas masih belum keluar lagi.  Nanti dah keluar shopping mama buat yg lain ye.. hahaha!

Monday, June 6, 2011

Tukar Arah

Sepatutnya waktu ni saya & Fawwaz dah di Hospital Selayang untuk buat autism check.  Temujanji pukul 8 pg.. Tapi setelah berfikir panjang, saya ambil keputusan tak pergi walau punya lama saya nak dapatkan tarikh tu.. dari bulan Jan lepas.  Saya re-schedule ke bulan Sept pula.. Ada beberapa faktor yang saya ambil kira...


  • Naluri berkata yg Fawwaz takde masalah tu... tapi masih perlukan pemerhatian juga
  • Lokasi yg sedikit jauh dan saya fikirkan andai ada follow-up, sukar saya nak lalui sedirian..
  • Setakat ni, belum ada apa2 petunjuk positif dari hospital selepas beberapa kali jumpa Dr dan pakar.. melainkan perkembangan semulajadinya... Adalah bertambah vocab dan kefahaman Fawwaz atas sesuatu arahan.  Yg saya suka cuma di Rehab Centre tu.. tp terpaksa cancel sebab masa tu dah sampai Bahrain, InsyaAllah.. ENT pulak Fawwaz kurang bekerjasama... tengoklah esok ni
  • Pandangan insan2 sekeliling terhadapnya yg mengatakan dia OK
  • Banyak kebolehan lain mampu dilakukannya selain bertutur dgn lancar
Setakat ni usaha saya hanya doa yg berpanjangan terutama selepas solat... dan sentiasa cuba mengawal emosinya walau kadang tu naik antu juga hehehe... dah tentu takde kena mengena dgn masalah pertuturan.

Pagi ni nak ke Bandar Baru Bangi... nak cari supplement "Excel Supreme" produk Dr Fadhilah Kamsah.. Dah merata cari kat Sg Besar takde pulak.. Dan trip akan datang, kalau perlu, nak bawa ke Kg Baru.. tak ingat nama tempat tu (cadangan adik yg turut berhadapan masalah yg serupa).

Saya masih berharap agar ada peluang nak hantar dia ke tadika dengan segera.  Terlalu lama rasanya saya menaruh impian tapi belum ada ruang dan tertangguh2 dek kerana tanggungjawab yg lebih besar.  Kadang2 umpama pengorbanan, tapi anak yg jadi mangsa.  Balik kali ni walau lama, banyak sungguh yg saya terkejar2 dan tak dapat buat.  Saya sedikit terkilan sebab tak berjaya menghantar Fawwaz ke playpen sebelah ni.  Betullah, masa terlalu singkat dirasakan dan kita tersedar yg sebenarnya tak banyak dilakukan.  Itulah petanda kiamat sudah hampir... takutnya lah!

Bila dah dekat tarikh balik, macam2 pulak rasanya..  Sakit belakang ni bermula balik.  Nak mandikan anak pun seksa bila tertunduk2.  Hari tu macam dah OK, so takdelah buat apa2 melainkan minum collagen.  Rasanya sekarang perlu di x-ray.. tapi macamana nak buat?  Masa awal2 balik kg hari tu tak rasa.. Kalau tak ada juga orang jaga Fawwaz.. mmmm macam tu lah! Tangguh lagi jawabnya... :(((

Sunday, May 29, 2011

Si Jantung Hati...


Sering sangat saya mengadu akan sikecil yg selalu membuat diri tak keruan ni.. Buka nak bercerita yg tak elok je pasal dia, cuma blog ni lah tempat saya mengadu.  Dah kita ni tak boleh sangat nak keluar ke mana2 dan tak jumpa sapa2... Kat siputih lappy ni jelah kita bercerita...

Konon pagi2 tadi selepas dah siap apa yg patut, saya nak buat cheese tart untuk 2 org adik2 yg beberapa hari lepas duk mengidam cheese tart.  Yg sorang demam haritu, yg sorang memang mengandung.  Haritu saya pun tak berapa sihat, so dah buat gambaran malas tu.  Mujur batuk dan selsema tak berpanjangan.  Saya cuma sapu vicks dan minyak aromatherapy kat dada, leher dan belakang.  Alhamdulillah....

Saya pun uli bahan dan konon2 ajak Fawwaz sama2 mengadap kat depan TV.  Kalau kat dapur memang la ni dia pantang saya berlama kat situ... Dari diberi kelonggaran ikut sama memegang tepung, lama2 dia buat kacau.  Malas nak bergaduh, saya pun simpan terus tepung tu dan biarkan jelah...!  Kalau ada mood buat, kalau tak masuk je dalam fridge (jgn buang dulu, sayang...).  Esok dah nak balik kampung, memang tak sempatle nak hantar kat dorang... hehe.


So, tukar aktiviti lain untuk fawwaz... buat batik tangan je lah.. Ambil tepung jagung + pewarna + air... cap cap cap... hehehe!!  Tapi comot sikit sebab tercair... takpelah, fawwaz suka, mama pun sama...

Hat atas ni permainan kegemaran Fawwaz... duplo.  Dah macam2 bentuk dia boleh buat terutama macam gambar kat kotaknya... Fawwaz ni bukan jenis yg concentrate pada sesuatu permainan, mahupun program TV yg dia hari2 wajib buka tu.  Kekadang dia membelakangi je TV tu, tapi hafal apa katun tu cakap atau buat seterusnya.  Kalau ada puzzle atau soalan kat situ, selalu dia jawab tepat.  That's the latest devt.

Permainan pula, dia memang tak berapa suka basikal dan tak akan naik kereta bermuzik atau seumpama yg selalu kat shopping kompleks tu.  Saya dok pandang je cucu jiran yg sebaya naik basikal dan bebudak duk enjoy muzikal vehicles tu.  Teringin betul nak tengok dia cycling... tapi tak maulah paksa.  Ikut jelah apa yg dia suka.. kan?!

Friday, May 20, 2011

Baraem

Semalam petang tiba2 rasa nak buka website Baraem.  Preschool cartoon programme di Mid East yg ala2 Playhouse Disney.  Tapi saya rasa Baraem ni lebih baik dan mudah difahami oleh kanak2.  Websitenya ialah baraem.tv/today-on-tv/ untuk tayangan hariannya.  Melalui channel Baraem tulah Fawwaz boleh pick-up beberapa perkataaan arab termasuk mengira 1-10.  Yang tak bestnya dia jadi confuse.. Sampai sekarang kalau nak cakap ye dia kata "Naam (nam)" dan kalau tidak "No".  Bukan ke confuse namanya tuuu...huhu!

Bila buka semalam, dia macam teruja dan sengih sorang2.  Mesti dia rindu channel Baraem tu.  Terus mak tak dapat menggunakan laptop ni sebab dia dah conquer sampai nak tidur.  Sekejap je dia dah boleh kawal keyboard dan cursor untuk menukar2 page dan memilih katun yg nak ditengok.

Pagi ni Fawwaz explore lagi website ni.  Rupanya dia jumpa game yg menarik dan sesuai utk dia.  Game puzzle dan lain2.  Pandaile dia hehehe... lambat cakap takpe, rupanya cerdik.  Semoga Allah terangkan hati permata hatiku yg seorang ni.. Ameen!