Thursday, January 13, 2011

My Little Einstein...

Sedari pagi akak dah buat macam2... sebab tinggal 2 hari je nak meninggalkan tanah Malaya ini.  Meninggalkan bumi dan negeri yg penuh kontroversi kebelakangan ini, menuju ke negara lain yg tak berapa nak dengar cerita politik apatah lagi kontroversi.  Kerajaan Bahrain itu aman makmur dan kaya, tapi itu bukan negeriku.. yg membahagiakan selain en hubby yg berada di situ, ialah saudara2 seIslam kita.  Namun, Malaysia tetap yg terbaik buatku.. Selangor tetap tanah tumpah darahku...

Semalam setengah hari berkampung di Hospital Ampang... keluar kawasan hospital dah lebih pukul 1 tgh.  Semalam paed bagi referral letter ke Hospital Selayang utk autism test. Dr yg contact sana dan buatkan appointment... the earliest date is April tapi sebab sekitar Jun baru kami bakal ada di M'sia, maka Dr bagi date 7 Jun.  Frankly, dengar perkataan autism saya dah rasa risau... dan berharap itu sekadar andaian Dr dan assessment yang kurang tepat.  Assessment was based on few questions that I had to answer. Dr juga menganggap yg Fawwaz ada symptom hyperactive.  Tak pastilah hyper camna, sebab ada ketika sikecik ni amat bersopan berbanding kanak2 lain.  Memangla ada masa taknak berhenti bergerak...  Berdasarkan jadual pertemuan dgn pakar autism tu, dapat saya jangkakan yang memang ramai pesakit ini atau yg masih tahap 'suspected' macam Fawwaz... Dan setelah melalui beberapa sesi sejak dari pertemuan pertama dulu hingga 3 sesi kemudian ni, saya merasakan bahawa kesabaran dan semangat yg amat tinggi diperlukan selain sokongan dari insan terdekat dan kekuatan mental.  Sebabnya, walau agak penat memenuhi appointment, masih belum bertemu solusi dan jawapan... Keadaan ini dirasai juga oleh adikku yg mengalami masalah yang sama....

Hari ini saya sempat menziarahi makcik dan pakcik di Seri Kembangan.  Ingat nak pegi sekejap sebab lepas tu nak ziarah pakcik yg sakit kat Kg Baru pulak.  Rupanya Fawwaz terseronok kat rumah Pak Bong tuu... sebab, masuk2 si kecik Akhtar ada kat rumah... tak lama kemudian dia suka kejap bila dibawa ke taski makcik kat belakang tu.  Bertambah seronok, rakan sebaya Nazhan dan balik dari taski.  Bermain dan bergembira sampai petang... Puas pujuk ajak balik sampailah hujan lebat turun dan tertidur.. Kesian dia, teruja jumpa kawan2 tapi dah nak balik ke Bahrain pula...

Sepanjang tu, saya berbual panjang dengan makcik yg dah berpuluh tahun mengurus kanak2 tadika.  Banyak tips yg saya dapat.  Macamana nak menguji pendengaran secara kasar... sehingga ke tip terakhir permainan apa yg sesuai untuk dia.  Memandangkan kalau panggil dia dari depan selalu dia buat tak dengar (esp kalau ada bunyi2an lain eg TV), makcik suruh cuba panggil dari belakang... (Nanti akan saya uji..) Dari segi pemakanan (yg ni selalu dah dengar), kena kurangkan makanan manis esp coklat.  Permainan pula, kanak2 yg sebegitu selalunya dia tak berapa peduli dgn permainan kereta, basikal atau yg seumpama.. Mcm Fawwaz mana dia peduli walau sana sini dia ada basikal & kereta.. paling2 sorong ala kadar.  Kereta2 kecik adalah sesekali dia layan... Paling dia suka main ialah Duplo/Lego, komputer games... Makcik kata budak2 jenis ni adalah jenis 'programmer' dan dia tak suka benda yg dah diprogram atau dah siap... Sebab tu kadang2 budak hyper ni dia sebenarnya cerdik... ohhh! dengar perkataan cerdik tu, akak pun semangat.... InsyaAllah... jadi programmer kapalterbang mcm abah kan!  Mcm little einstein yg Fawwaz suka tgk tuu... atau special agent OSO hehehh...  Kalau tak cerdik, takdelah pagi ni dia marah bila masuk jalan lain, bukan jalan yg kita lalu semalam dan kelmarin... Apa nak gi spital lagi ke? No noo... umi dah tak sanggup!   Lain bulan takpe..


Setakat ni saya cuba berfikir se'positif' yg mungkin... Sebelum apa2 conclusion dibuat, anggap ini semua prosidur untuk mengenalpasti masalah sebenar.  Kalau terlalu memikir takut jadi macam doa pulak.  Dah kita yg merujuk pada dia, ikut jelah...  Jun nanti harap2nya adalah ujian terakhir.. Kalau ada yg tertanya2 kat Bahrain takde ke kawan, sekolah atau kindy?  Kawan takde, sekolah baanyaak... cuma kan kami kena kerap balik.  Nanti sebulan sekolah, sebulan lagi cuti... Kenapa nak balik M'sia selalu?  Owwh.. mungkin ada perkara yg belum dapat nak diceritakan.. hehe!  Tapi naluri semua ibu memang nak yg terbaik untuk anak... bukan berharapan tinggi, cuma sanggup melakukan apa saja untuk kebaikan anak... tak gitu?

Tuesday, January 11, 2011

Speech Delay.. Kisah Hari Ini 11.1.11

Pagi tadi saya & Fawwaz keluar rumah dalam pukul 745am.. dah kira lambatlah tu.  Pagi tadi kan hujan lebat dalam pukul 530am.. Fawwaz tersedap tidur sikit, so bangun pun dah dkt pukul 7.  Nak kejutkan kesian.. Lepas tu buka PHD ada Barney, then Little Einstein.. so liat sikit nak ajak mandi, tak macam selalu.  Keluar je kat jalan kereta banyak sangat, bergerak perlahan.  Masuk highway apalagi..slowmotion je.  Dah lepas BTS baru le nampak ada kereta rosak kat jalan belah kanan.  Adusss!!!!

Sampai Hospital Ampang dah pukul 830am.  Harus parking penuh!  Mulanya nak buat jahat sikit, parking luar pagar hospital tu (dekat pintu masuk).  Adalah sebaris kereta parking kat situ, walhal ada papan tanda tunjuk kereta kena tarik.  Fawwaz taknak jalan sendiri, kenalah tolak buggy dia.  Jalan jauhla jugak... Naik tingkat 2, ambil no dapat 1180 sedangkan no yg naik baru je 1114.  Duduk kejap, check beg.. alamak! Surat & kad tertinggal kat kereta.  Maka turunlah semula dan berjalan ke kereta ambil folder.. berjaya pujuk Fawwaz supaya jalan sendiri dan tinggal buggy.  Jumpa mak guard tanya OK ke parking kat situ?  Dia kata baik jangan... hari2 ada org saman & tarik kereta... So, patah balik, masuk kereta dan alih ke kawasan haram lain dgn nasihat pak guard lain (lebih selamat katanya... hehehh).  Actually depan pagar hospital jugak tp belah kiri.. Dah balik ke tpt daftar, kad hospital lak tercicir.. mesti dalam kereta jugak.  So clumsy!!! Makcik pasrah je sebab dah letih dan geram. Org kaunter tu cakap boleh proceed sebab dah ada surat.  Dia bagi replacement card.. Alhamdulillah tarik nafas lega.  Lagi lega kali ni sbb first visit, FOC!

Pagi tadi jumpa pakar audio for hearing test.  Baru tunjuk 1st machine, Fawwaz dah menjerit taknak masuk.  Lepastu pegawai tu bawa masuk ke bilik kecik yg ada speaker dan meja kanak2.  Ada benda macam mainan yg buat Fawwaz nak masuk.  Nak pasang headphone sure takde kerjasama.. So, dia pasang bunyi je, guna speaker.  Kalau dengar bunyi, masukkan benda bulat tu dalam lubang...  Bab masukkan benda tu memanglah Fawwaz pakar..  tapi adakah dia mendengar atau faham arahan?  Jawabnya 50-50.  Kira macam tak berapa nak kesan... Nak kena buat hearing test yg pasang wayar kat kepala/telinga tu, then produce graph.  Tapi dia kenalah dalam keadaan tidur.  So, it will be the next test.. on 24 March (pergh.. balik M'sia lagi.. kaya Gulf Air!!).  Sebelum tu nak kena jumpa pakar ENT dulu..23 March.

Belah petang tadi pula jumpa speech therapist atau pakar pertuturan.  1/2 jam tunggu, bila dia buka pintu, Fawwaz lak nak berak.. menjerit2 meneran & menahan mcm selalu (sorry ye....).  Itupun mujur pakai diapers.  Lama juga nak pujuk ajak ke toilet.. oh! memang daku kena sangat2 bersabar harini...  Lebih 15 minit baru masuk balik jumpa therapist.  So, cerita balik sedikit sebanyak... berapa words dia boleh cakap, words apa, anak keberapa, umur berapa masa beranak, makannya macam mana, dll... then tunjuk kad bergambar.. tanya itu apa.  Aduh! Memangle tak berjawab... senyum je (mujur good mood).  Dia suruh Fawwaz & maknya masuk bilik sebelah.  Ada macam2 kat dalam... dan dia dengar dari bilik dia, nak tengok macamana kalau communicate dgn org yg dia kenal je.  Saya pun ajak dia bercakap, tunjuk itu ini.  Fawwaz pun respond macam selalu tu...

Therapist conclude yg Fawwaz takde masalah lain spt hyper atau kesihatan.  Cuma hearing kena tunggu test nanti.. Ada banyak faktor yg boleh kira spt bahasa yg banyak (setakat ni 3 languages).  Dia nasihat guna satu bahasa je dulu.. Lagi sebab, persekitaran..takde rakan sebaya. Ada juga kes, umur ibu masa mengandung lebih 35..huhu!  Nak kena masuk dunia dia dan banyakkan bersembang.  Mmm... adakah aku tak cukup sembang dan bercakap selamakini?  Mungkin la kott.... tapi taklah membisu.  Makcik ni kekadang memang penyenyap.  Camna nak stimulate dengan lebih berkesan?  Ada juga kes berkaitan pendengaran yg certain level of sound bebudak tak boleh capture.  At this age, dia memang ada problem pertuturan yg masih di level budak 2 thn.

Next appointment 25 March.  Jadinya makcik ala2 fening dan risau... 23-25 mac 2011 bakal berkampung lagi kat hosp Ampang.  Tu belum kira appt dgn paed (esok baru nak jumpa & fix new appt).  Inilah cabaran dan dugaan menjadi ibu.  Dugaan orang lain2 kan.. Takpelah, daku redha dan akan lakukan sebaik2nya demi permata hatiku.  Tapi kalau ikut saya sebaiknya masukkan dia ke sekolah... bukan untuk memaksa dia belajar dan pandai.. tapi lebih kepada social skills dan bantuan rakan2 sebaya termasuk persekitaran yg merangsang otak.  Fawwaz ni fast learner.. cuma speech je mama tak berapa boleh bantu.  Tunggu nanti apa kata abah dia... :|