Thursday, January 13, 2011

My Little Einstein...

Sedari pagi akak dah buat macam2... sebab tinggal 2 hari je nak meninggalkan tanah Malaya ini.  Meninggalkan bumi dan negeri yg penuh kontroversi kebelakangan ini, menuju ke negara lain yg tak berapa nak dengar cerita politik apatah lagi kontroversi.  Kerajaan Bahrain itu aman makmur dan kaya, tapi itu bukan negeriku.. yg membahagiakan selain en hubby yg berada di situ, ialah saudara2 seIslam kita.  Namun, Malaysia tetap yg terbaik buatku.. Selangor tetap tanah tumpah darahku...

Semalam setengah hari berkampung di Hospital Ampang... keluar kawasan hospital dah lebih pukul 1 tgh.  Semalam paed bagi referral letter ke Hospital Selayang utk autism test. Dr yg contact sana dan buatkan appointment... the earliest date is April tapi sebab sekitar Jun baru kami bakal ada di M'sia, maka Dr bagi date 7 Jun.  Frankly, dengar perkataan autism saya dah rasa risau... dan berharap itu sekadar andaian Dr dan assessment yang kurang tepat.  Assessment was based on few questions that I had to answer. Dr juga menganggap yg Fawwaz ada symptom hyperactive.  Tak pastilah hyper camna, sebab ada ketika sikecik ni amat bersopan berbanding kanak2 lain.  Memangla ada masa taknak berhenti bergerak...  Berdasarkan jadual pertemuan dgn pakar autism tu, dapat saya jangkakan yang memang ramai pesakit ini atau yg masih tahap 'suspected' macam Fawwaz... Dan setelah melalui beberapa sesi sejak dari pertemuan pertama dulu hingga 3 sesi kemudian ni, saya merasakan bahawa kesabaran dan semangat yg amat tinggi diperlukan selain sokongan dari insan terdekat dan kekuatan mental.  Sebabnya, walau agak penat memenuhi appointment, masih belum bertemu solusi dan jawapan... Keadaan ini dirasai juga oleh adikku yg mengalami masalah yang sama....

Hari ini saya sempat menziarahi makcik dan pakcik di Seri Kembangan.  Ingat nak pegi sekejap sebab lepas tu nak ziarah pakcik yg sakit kat Kg Baru pulak.  Rupanya Fawwaz terseronok kat rumah Pak Bong tuu... sebab, masuk2 si kecik Akhtar ada kat rumah... tak lama kemudian dia suka kejap bila dibawa ke taski makcik kat belakang tu.  Bertambah seronok, rakan sebaya Nazhan dan balik dari taski.  Bermain dan bergembira sampai petang... Puas pujuk ajak balik sampailah hujan lebat turun dan tertidur.. Kesian dia, teruja jumpa kawan2 tapi dah nak balik ke Bahrain pula...

Sepanjang tu, saya berbual panjang dengan makcik yg dah berpuluh tahun mengurus kanak2 tadika.  Banyak tips yg saya dapat.  Macamana nak menguji pendengaran secara kasar... sehingga ke tip terakhir permainan apa yg sesuai untuk dia.  Memandangkan kalau panggil dia dari depan selalu dia buat tak dengar (esp kalau ada bunyi2an lain eg TV), makcik suruh cuba panggil dari belakang... (Nanti akan saya uji..) Dari segi pemakanan (yg ni selalu dah dengar), kena kurangkan makanan manis esp coklat.  Permainan pula, kanak2 yg sebegitu selalunya dia tak berapa peduli dgn permainan kereta, basikal atau yg seumpama.. Mcm Fawwaz mana dia peduli walau sana sini dia ada basikal & kereta.. paling2 sorong ala kadar.  Kereta2 kecik adalah sesekali dia layan... Paling dia suka main ialah Duplo/Lego, komputer games... Makcik kata budak2 jenis ni adalah jenis 'programmer' dan dia tak suka benda yg dah diprogram atau dah siap... Sebab tu kadang2 budak hyper ni dia sebenarnya cerdik... ohhh! dengar perkataan cerdik tu, akak pun semangat.... InsyaAllah... jadi programmer kapalterbang mcm abah kan!  Mcm little einstein yg Fawwaz suka tgk tuu... atau special agent OSO hehehh...  Kalau tak cerdik, takdelah pagi ni dia marah bila masuk jalan lain, bukan jalan yg kita lalu semalam dan kelmarin... Apa nak gi spital lagi ke? No noo... umi dah tak sanggup!   Lain bulan takpe..


Setakat ni saya cuba berfikir se'positif' yg mungkin... Sebelum apa2 conclusion dibuat, anggap ini semua prosidur untuk mengenalpasti masalah sebenar.  Kalau terlalu memikir takut jadi macam doa pulak.  Dah kita yg merujuk pada dia, ikut jelah...  Jun nanti harap2nya adalah ujian terakhir.. Kalau ada yg tertanya2 kat Bahrain takde ke kawan, sekolah atau kindy?  Kawan takde, sekolah baanyaak... cuma kan kami kena kerap balik.  Nanti sebulan sekolah, sebulan lagi cuti... Kenapa nak balik M'sia selalu?  Owwh.. mungkin ada perkara yg belum dapat nak diceritakan.. hehe!  Tapi naluri semua ibu memang nak yg terbaik untuk anak... bukan berharapan tinggi, cuma sanggup melakukan apa saja untuk kebaikan anak... tak gitu?

No comments:

Post a Comment