Friday, December 16, 2011

Jangan Stress...

Kadang2 tahap tekanan diri ni tak dapat diungkapkan dengan kata2... Saat2 diri tengah bersemangat, boleh jatuh gitu-gitu saja.  Yang dapat dilafazkan hanyalah istighfar yg berpanjangan supaya terhindar dari mengeluarkan perkataan yg lebih buruk.

Segalanya saling berkait.  Bersendirian tiada teman, komunikasi yg tak sealiran dgn pasangan, kelelahan menguruskan rumahtangga, kekangan untuk melakukan itu dan ini, plan yang tak terbuat, fizikal dan ingatan yg sudah tidak kuat, dan macam2.  Kadang2 dada ini terasa berdenyut-denyut, mungkin dek kerana tak mampu mengawal stress.  Tarik nafass... lepas.  Mula lah terfikir, kalau aku pengsan atau mati di saat ini, macamanalah orang nak tahu. Macamanalah Fawwaz...  Nau'zubillah... fikir yg bukan2.  Tapi betulla.. bukan siapa yg ada melainkan Fawwaz.  Jiran pun tak kenal dan tak pernah nampak walau pintu berhadapan.. sunyi sepi.  Hanya doa kepada Allah supaya aku tidak mati dalam keadaan yg tidak disedari.

Kenapa nak stress sangat?  Entahlah... Kadang2 mungkin sebab bosan tak dapat melakukan apa2, tak dapat nak bekerja, tak dapat gaji yg setimpal.. ishh! bunyi yg sangat materialistik dan tak bersyukur... Seharusnya dah seronok sebab dapat balik ke tanahair tercinta, dan bebas ke mana saja.  Tak bebas sangat sebenarnya.  Terpaksa membawa si kecil ke sana sini, kesian sebenarnya.  Kita penat, dia pun lagi penat.. Masalah terkini, ialah diri sendiri yg sudah mula menunjukkan kelanjutan usia.  Walau baru beberapa minit tiba di satu2 destinasi yg setakat 2-3 km, tandas sudah terbayang di mata.  Jangan ketawa.  Itu tanda kita sudah tidak seperti masa muda.  Lagi masalah, macamana nak tinggalkan si kecil kalau ke tandas.

Kerana itu saya cuba mengurangkan pergerakan.  Kalau keluar 1-2 tempat saja boleh pergi dan sekejap.  Adakala saya bertindak nekad meninggalkan anak sendirian di dalam kereta demi nak ke tandas.  Memang bahaya, tapi saya hanya mampu berdoa.  Mujurlah kebelakangan ni dia sangat baik bila diminta menunggu.

Tapi kalau di rumah pula bikin ribut.  Pantang duduk di dapur, dia pun mengekor dan suruh cepat ke depan.  Dapur dan ruang tamu setakat 3-4 meter je dan dia sangat takut.  Kenapa ya?  Bukan berfikir soal mistik, tapi kenapa anak saya begitu takut di rumah yg sangat comel ni berbanding rumah di kampung.  Saya jadi sangat tertekan dan marah sebab sukar buat kerja.  Kalau duduk depan komputer ni, elok je dia tak kacau.

Tapi adakala selepas saya marah, segera saya bertukar jadi kesian.  Marah sayapun adakala melampau!  Macam tadi.. dek kerana geram sangat, saya melepaskan pada bakul pakaian kotor yg tak berdosa apatahlagi bernyawa.  Lepastu tinggalkannya baju yg bertabur di situ dan masuk ke dapur.  Tak lama, Fawwaz datang membawa bakul tersebut dengan baju2 yg dah dimasukkan semula.  Nak cover kesal, saya tergelak dan ucap terima kasih.

Memang pada satu2 perkara, sikecil tu sangat pandai.  Mengemas tilam tidurnya, cepat2 membetulkan pengalas kaki kalau tergulung waktu dia menarik tilamnya dan mengenai alas tu, bersungguh2 membersihkan tangan yg kotor, mengucapkan terima kasih selepas kita memberi bantuan terutama selepas masuk toilet, dan macam2...  Terasa 'cute' sangat.  Dan terasa lerai segala yg terpendam bila dia kata "terima kasih." yg kadang2 "thank you", juga "syukran".  Yg dah 2-3 hari dia agak lupa ialah "asto'azim (astaghfirullahal 'azim)".

Semoga esok keadaan menjadi lebih baik.  Esok nak jumpa kawan2.. Harap2 ada kerjasama oleh boss kecik ni.  Kesia tau.. harini dia duk sebut aeroplane je.. Mesti rindu nak terbang2 lagi naik gulf air.  Ataupun rindu kat abah... Entahlah, biarlah abah tu habiskan tugasannya dengan tenang.  Mama nak rest dulu dan membuang apa yg patut.. tadi satu kotak besar berisi langsir lama sudah keluar dari bilik kecil... ;)

Thursday, December 15, 2011

Sembang Petang

SEMBANG I
Sejuk jugak petang ni ye.. walau hujan turun kejap je tadi.  Tetiba rasa merindui 'tempat2' yg sejuk tu... Teringat2 London yg hingaq tetapi tertutup dengan kacantikan pemandangan dan bangunan2 lama dia.  Tak pernah daku menyukai tempat yg ramai orang sebegitu.. tp rasa teringin nak ke London lagi hehehe!  Mungkin sebab sejuk...  Aishhh! Lupokan lah yo... Pasni kalau nak yg ramai orang, bior ke tempat yg lebih baik.  Ke tempat yg ada Kaabah... InsyaAllah.  Moga2 dibukakan jalan ke sana.. Amin.

Tadi pagi rasa nak ronda2 dengan Fawwaz.  Menyusuri jalan2 yg tak pernah sunyi..  Keluar rumah pukul 9.50 pagi, tapi di jalan masih banyak kenderaan.  Orang nak pergi kerja atau nak ronda2 jugak macam akak? hehe..  Masuk highway kesas, keluar ke tol Sunway.  Akak dah himpit baik punya sebab nak masuk lorong TnG yg kat tengah/kanan tu.  Dah set tak mau ke kanan sangat sebab nanti terbabas ke smartag.  Dah masuk lorong TnG pun tapi alih2 masuk jugak ke smartag.  Ishh... gitulah!  Itulah punca kesesakan kat tol tu yg bukan jenis 'bottle neck' tapi agaknya kalau tgk dari udara macam rupa ekzos.  Mula2 jalan kecik, pastu membesar, pastu mengecik balik...  Kereta dok himpit2 ke kiri dan kanan sebab salah lorong, atau tercari2 lorong nak bayar tol.  Kalau kat Bahrain, mesti hon bunyi tak renti2.  Ramai drivers M'sia sebenarnya masih berkesabaran tinggi dan tak tamak untuk memberi laluan...
--------------------------------------------


SEMBANG II
Baru sambung setelah beberapa jam... Tadi dekat maghrib, ni dekat nak tido.  Baru lepas mengacau kuah rojak... Waduhh!! Enak banget.. Buahannya je kat kedai lagi!  Tapi sebenarnya akak tak berapa gemar rojak buah ni.  Sebab selalunya guna buah2an masam yg akak tak suka, terutama mangga muda.  Kalau nenas tu boleh tahan lagi. Adakala beli juga bila betul2 teringin.  Tapi entah ngapa, bila menyelak2 buku resepi makcikku, dan terjumpa resipi kuah rojak, terus teringin nak buat.  Penuh satu pan beso saya... Sapa nak makan?  Alamatnya, inilah nanti yg akan kubawa hari Sabtu nanti.  Sebab dah cancel nak ikut rombongan meminang ke Kedah (utk adik bujangku), akak teringin la nak join kekawan piknik.  Bukan apa, nak ke Kedah dan drive sorang, memang tak daya.  Bawak si che mat lak tu..

Talking about che mat... Masa masak kuah rojak ni heboh dia datang dan pergi.. Nak 'wash hand'... nak lap hand... kejap2 cium tangan.  Kekeke... taujelah bau kuah rojak yg bercampur petis ni.. Tu kita tak letak belacan.  Bau boleh tahan... serumah bau garam belacan.  Tu yg dia rasa bau tu melekat kat tangan.. Lama2 mama naik rimas.. Pantang tul kalau tengah semangat nak masak dan baru nak mula, terganggu gitu.  Susahla akak nak menceburi bisnes makanan nih  :P  Memang selalunya gitu... Macam dah lali, tapi kadang tertekan juga.  Kalau kat Bahrain dulu kurang sikit.  Tak tau apasal kat Bukit Jalil ni takut dia lebih... nak mengekor je dan suruh cepat2 keluar dari dapur.

Masa drive siang tadi, terfikir satu perkara... Nak cari seat belt kereta yg rupa seat belt kapalterbang.  Sebab apa, sampai ke sudah che mat tak mau pakai belt tu.  Tahun depan dah nak impose dengan serius undang2 seat belt.  Sekarang ni nak tak nak terpaksa juga diamkan (sebab dah puas pujuk).  Hanya doa je yg jadi pendinding.  Dan tangan ni sentiasa pantas pegang dia kalau brek mengejut.  Lagi satu sebab, dia suka ke depan dan belakang.  Jalan2 dlm kereta.. Maklum dah terbiasa sorang2.  Kalau abi tau, mesti mama yg kena sound baekk punya!  huhu..

Apa2 pun, doa naik kenderaan ni penting.  Saya dah banyak kali terdedah kepada perkara2 yg melemahkan semangat ketika memandu.  Contohnya masa balik kampung haritu.  Elok je sebuah lori panjang yg baru masuk ke jalan dari belah kiri, ambil lorong terkanan (2 lane), tiba-tiba dia belok kiri dan masuk ke kawasan rumah/kedai dalam waktu tu jugak.  Jarak dgn kereta saya dalam 3-4 meter je kot.  Mujur tengah pandu perlahan, lepas tekan break bila lori tu masuk ke jalan.  Tapi buat emergency break la juga sambil tangan pegang fawwaz.  Kus semangat!  Sempat beristighfar je.. sambil bunyikan hon bertalu2. Mak yang duduk di belakang pun terkejut.  Kalau takde mak mungkinkah perkataan lain yg keluar? hoho..  Tapi itulah.. mungkin doa naik kenderaan yg mendindingi kami.. InsyaAllah!! Adik2... jangan lupa, hafal doa tu..