Friday, December 16, 2011

Jangan Stress...

Kadang2 tahap tekanan diri ni tak dapat diungkapkan dengan kata2... Saat2 diri tengah bersemangat, boleh jatuh gitu-gitu saja.  Yang dapat dilafazkan hanyalah istighfar yg berpanjangan supaya terhindar dari mengeluarkan perkataan yg lebih buruk.

Segalanya saling berkait.  Bersendirian tiada teman, komunikasi yg tak sealiran dgn pasangan, kelelahan menguruskan rumahtangga, kekangan untuk melakukan itu dan ini, plan yang tak terbuat, fizikal dan ingatan yg sudah tidak kuat, dan macam2.  Kadang2 dada ini terasa berdenyut-denyut, mungkin dek kerana tak mampu mengawal stress.  Tarik nafass... lepas.  Mula lah terfikir, kalau aku pengsan atau mati di saat ini, macamanalah orang nak tahu. Macamanalah Fawwaz...  Nau'zubillah... fikir yg bukan2.  Tapi betulla.. bukan siapa yg ada melainkan Fawwaz.  Jiran pun tak kenal dan tak pernah nampak walau pintu berhadapan.. sunyi sepi.  Hanya doa kepada Allah supaya aku tidak mati dalam keadaan yg tidak disedari.

Kenapa nak stress sangat?  Entahlah... Kadang2 mungkin sebab bosan tak dapat melakukan apa2, tak dapat nak bekerja, tak dapat gaji yg setimpal.. ishh! bunyi yg sangat materialistik dan tak bersyukur... Seharusnya dah seronok sebab dapat balik ke tanahair tercinta, dan bebas ke mana saja.  Tak bebas sangat sebenarnya.  Terpaksa membawa si kecil ke sana sini, kesian sebenarnya.  Kita penat, dia pun lagi penat.. Masalah terkini, ialah diri sendiri yg sudah mula menunjukkan kelanjutan usia.  Walau baru beberapa minit tiba di satu2 destinasi yg setakat 2-3 km, tandas sudah terbayang di mata.  Jangan ketawa.  Itu tanda kita sudah tidak seperti masa muda.  Lagi masalah, macamana nak tinggalkan si kecil kalau ke tandas.

Kerana itu saya cuba mengurangkan pergerakan.  Kalau keluar 1-2 tempat saja boleh pergi dan sekejap.  Adakala saya bertindak nekad meninggalkan anak sendirian di dalam kereta demi nak ke tandas.  Memang bahaya, tapi saya hanya mampu berdoa.  Mujurlah kebelakangan ni dia sangat baik bila diminta menunggu.

Tapi kalau di rumah pula bikin ribut.  Pantang duduk di dapur, dia pun mengekor dan suruh cepat ke depan.  Dapur dan ruang tamu setakat 3-4 meter je dan dia sangat takut.  Kenapa ya?  Bukan berfikir soal mistik, tapi kenapa anak saya begitu takut di rumah yg sangat comel ni berbanding rumah di kampung.  Saya jadi sangat tertekan dan marah sebab sukar buat kerja.  Kalau duduk depan komputer ni, elok je dia tak kacau.

Tapi adakala selepas saya marah, segera saya bertukar jadi kesian.  Marah sayapun adakala melampau!  Macam tadi.. dek kerana geram sangat, saya melepaskan pada bakul pakaian kotor yg tak berdosa apatahlagi bernyawa.  Lepastu tinggalkannya baju yg bertabur di situ dan masuk ke dapur.  Tak lama, Fawwaz datang membawa bakul tersebut dengan baju2 yg dah dimasukkan semula.  Nak cover kesal, saya tergelak dan ucap terima kasih.

Memang pada satu2 perkara, sikecil tu sangat pandai.  Mengemas tilam tidurnya, cepat2 membetulkan pengalas kaki kalau tergulung waktu dia menarik tilamnya dan mengenai alas tu, bersungguh2 membersihkan tangan yg kotor, mengucapkan terima kasih selepas kita memberi bantuan terutama selepas masuk toilet, dan macam2...  Terasa 'cute' sangat.  Dan terasa lerai segala yg terpendam bila dia kata "terima kasih." yg kadang2 "thank you", juga "syukran".  Yg dah 2-3 hari dia agak lupa ialah "asto'azim (astaghfirullahal 'azim)".

Semoga esok keadaan menjadi lebih baik.  Esok nak jumpa kawan2.. Harap2 ada kerjasama oleh boss kecik ni.  Kesia tau.. harini dia duk sebut aeroplane je.. Mesti rindu nak terbang2 lagi naik gulf air.  Ataupun rindu kat abah... Entahlah, biarlah abah tu habiskan tugasannya dengan tenang.  Mama nak rest dulu dan membuang apa yg patut.. tadi satu kotak besar berisi langsir lama sudah keluar dari bilik kecil... ;)

No comments:

Post a Comment