Monday, September 26, 2016

Fawwaz Dah Boleh Membaca..

Syukur Alhamdulillah...

Latest development Ahmad Fawwaz as of September 2016, dia dah mula lancar membaca. Walau ada tersekat-sekat juga, semakin hari semakin baik bacaannya. Bukan saja dalam medium Bahasa Melayu, tetapi juga English. Malah bacaan Iqra' juga semakin baik.

Aktiviti Fawwaz yg sekarang berumur 9 thn 3 bulan, antaranya:

1) Menjalani terapi carakerja (OT) secara berkala, mengikut appointment dari Hospital Jitra. Cuma kebelakangan ni selalu ponteng sebab 'clash' masa dengan terapi/aktiviti di sekolah. Kadangkala dia tak mau pergi walau ummi dah jemput di depan kelas sebab 'sayang' nak tinggalkan bilik darjah..

2) Terapi mandian herba yang dimulakan di sekolah. Di rumah ummi teruskan mandian herba tersebut seminggu 3-4 kali dan sapu dengan minyak aromatherapi.

3) SOLAT... masih lopong2 tetapi setiap pagi selepas mandi dan bersiap ke sekolah, solat Subuh dulu, Zohor masih lopong, Asar dan Maghrib hampir tak pernah tinggal, Isya' yang sering tertinggal sebab tidur awal. Solatnya masih tak sempurna tetapi ummi fokus dahulu pada disiplin masa, perbuatan, bilangan rakaat serta niat. Soal bacaan sebenarnya dia dah tahu tetapi nak cepat sahaja dan ummi tak boleh tegur pun kerana dia akan buat pasal. Ummi akan terus berdoa.. Kadang2 di masa lain, ummi akan check dan ajar bacaan secara santai. Moga2 semakin bertambah usia, dia akan lebih faham dan patuh pada rukun solat.

4) IQRA' dan HAFAZAN.. Dah hampir ke penghujung Iqra' 6. Maklumlah, sehari cuma sebaris je bila dah masuk 3-4 dulu. Makan tahun ni.. Selepas baca sebaris, dia kena baca 2 surah pendek.. Cuma kebelakangan ni banyak merajuk bila mengaji. Kalau baca cuma sebaris, ayatnya tergantung. Mesti kena sampai wakaf seterusnya. Tu yang dia tak faham dan protes. Berakhir dengan merajuk dan buat pasal.

Hafazan pun sama. Sejak masuk surah Al-Humazah, terus dia tak mau menginjak ke surah baru. Entah apa yang dia musuh sangat dengan Surah Al-Asr tu.. Kadang ummi terpaksa langkah ke At-Takathur, mau pula. Ini dah lama ummi suruh ulang2 ayat yang sebelumnya saja. Atau ayat Kursi yang dia dah hafal juga.. Memang menguji kesabaran..

Hari ni, ummi ajar lagi satu ilmu untuk Fawwaz iaitu melafazkan Azan. InsyaAllah, sedikit hari lagi ia melekat di ingatan..

5) MEMBACA.. minat membaca secara konsisten baru saja bermula. Rasanya selepas terapi mandian tu.. Bermula dengan tidur di biliknya sendiri, diikuti dengan membaca sebelum tidur setiap malam. Dah lama abinya membelikan buku cerita pendek yang ringkas tetapi menarik tu. Dia pun dah lama tahu membaca sukukata (dari tahun lepas) tetapi disebabkan mood belajar hilang, dia pernah lupa.

Kemahiran membaca ni dimulakan oleh abi dan bila abi dah tak berapa rajin, baru ummi sambung.. huhu! Mengikut hemat ummi, bapa adalah yang paling layak mengajar dan mudah difahami anak. Fawwaz cepat menangkap apa yang abi ajar tetapi mudah merajuk juga dengan teguran abi. Tak lupa juga peranan gurunya di sekolah. Cikgu Jasni selalu juga update ummi bila terserempak, pasal kemahiran membaca dan menulis si Fawwaz. Depa pun dah faham peel Fawwaz yg mudah stress dan tak boleh kalah dengan kawan tu.. hahah.

6) MENULIS.. tang ni ummi kena usaha lagi. Tulisan Fawwaz belum matang lagi tapi ummi belum dapat seruan lagi.. Masih belum dapat pujuk Fawwaz menulis di rumah. Takpalah nak.. InsyaAllah, seperti skill yang lain2 tu, akan datang juga mood menulisnya di rumah.. cayok2!

Lain2 yang semakin baik ialah pemakanannya yang dah tak memilih, tak perlu disuap.. Di sekolah pun kadang2 dia guna tangan untuk makan nasi (menurut ceritanya lah.. ummi lupa nak tanya PM). Kebiasaannya dia makan nasi menggunakan sudu dan garfu. Dia kini mengenali nama rakan2 di pendidikan khas malah balik sekolah je suka 'gosip' pasal kawan2..hihi.

Semoga Fawwaz semakin cemerlang... kalau pun bukan secemerlang atlit2 paralimpik yang ummi tengah minati tu, sekurang2nya mencapai apa yang ummi sasarkan di masa hadapan. InsyaAllah... aamiin.

Terapi mandian herba


Antara buku-buku bacaan setiap malam..


Wednesday, June 8, 2016

PUASA DAN SOLAT

Dah masuk hari ke-3 Fawwaz berpuasa... tapi puasa yang tak sempurna. Ummi cuba berlapang dada supaya tak stress demi mencari kesempurnaan. Walau ummi tau belum jatuh wajib untuk Fawwaz berpuasa, usaha ke arah tu mesti dilakukan.

Sebenarnya dah masuk tahun ke-2 ummi trained Fawwaz berpuasa. Dan kini masih mengulangi kisah tahun lepas. Memang sukar nak mengajar tentang erti puasa tu. Sangat2 mencabar sebagaimana mencabarnya nak mengajar dan mendisiplinkan untuk solat. Pasti di hujungnya nanti kemanisan menunggu jika kita tidak jemu berusaha.

Setakat ni, ummi cuma bagi Fawwaz alert tentang PUASA. Tak boleh makan dan minum di siang hari. Jenuh nak explain dan menjawab soalan dan kata2nya yang berulang-ulang berpuluh kali. Macam nak pengsan! Hahaha.. Ummi jawab secara mudah "Tak boleh minum dan makan.. dah azan malam baru boleh..". Ohh marah pula dia bila ummi kata begitu. Sakit juga kena tumbuk2 takpun kena tanduk hehe.. Macam tahun lepas, tahun ni masih training jadi setakat puasa yangyok.. cuma lebih disiplin dari tahun lepas.

Soalan:
Azan pukul berapa..?
Tak boleh minum..? (dia tak kisah pasal makan sangat..)
Berapa hari kena puasa?
Berapa hari puasa kat Fawwaz house?
Berapa hari puasa kat sekolah?
..dan macam2 persoalan.. pastu siap ada "grrrrr..."  marah.. huhuu

Tapi yang tertanam di mindanya, azan je boleh minum.. tak kira azan Zohor, Asar dan Magrib.. hurmmm. Tak boleh kata tidak nanti keluar peel dan ragam ganasnya.

Jadi, ummi buatlah jadual.. (Moga Allah ampunkan ummi sbb bagi ajaran songsang... sobs!)

> Sebelum tidur baca niat puasa. Juga beritahu nak 'sahur' apa (ambil order hihi..)
> Bangun tidur (tak kira pukul berapa), ummi buatkan milo dan apa2 breakfast mengikut citarasanya. Cuti2 ni agak lambat bangunnya pula antara 545-600 pagi. Azan pun dah berkumandang. Maklum, ummi pun sama cuti puasa dan abi belum sempat puasa bersama2. Tapi proceed juga untuk Fawwaz.
> Puasa di siang hari. Setakat ni OK walau setiap kali nampak batang hidung ummi yang tak berapa nampak ni dia akan bertanya pasal jam dan azan. Pukul 9 pagi dah tanya azan pukul berapa.. waaaa.
> Tak boleh nak kompromi, azan zohor berkumandang di TV je terus meluru ke peti sejuk cari air. Diikuti azan seterusnya.. tapi minum segelas air sahaja dan terus sambung "puasa". Lepas azan Maghrib baru boleh makan dan minum. Tapi setakat ni seleranya tak berapa timbul untuk makan banyak (kecuali fries). Minum sahaja yang berulang2 kali.

Ummi tak putus berdoa moga suatu hari nanti Fawwaz boleh berpuasa dan solat penuh macam orang2 lain. InsyaAllah masanya akan tiba macam juga perkara-perkara lain yang Fawwaz dah berjaya lalui. Semoga panjang umur ummi untuk meneruskan harapan ummi ni. Semoga tercapai juga harapan ummi untuk memasukkan Fawwaz ke sekolah Tahfiz menjelang usia remajanya dan mendalami ilmu kemahiran. Ummi mahu anak ummi menjadi insan soleh celik Al Quran dan punyai kemahiran hidup untuk bisa berdiri di atas kaki sendiri dengan cemerlang.

InsyaAllah.. aamiin.


Wednesday, April 6, 2016

Fawwaz Important Day - Berkhatan (Bahagian 2)

ALHAMDULILLAH...

Selesai sudah misi mak yang satu ini..

Semalam Ahmad Fawwaz hero umi dah selamat menjalani prosidur kecil, berkhatan di Hospital Lama Sultanah Bahiyah. Flow yang sangat cantik sedari bangun tidur. Ada sedikit meragam sehinggalah berjaya dipujuk oleh Abi nya. Deal - kena belikan 2 set Lego Hero Factory.. uhuks! Terpaksa keluar lewat sedikit. Waktu daftar 7 pagi...

Hmmm.. nanti Fawwaz nak yang ni.. macam dalam buku ni.. :P
Setibanya di hospital (dalam 7.20 pagi) terus menuju ke blok F yang bersebelahan surau dan menyerahkan dokumen yang patut dan dikehendaki ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran jika perlu. Sebenar ianya percuma untuk pemilik kad OKU. Alhamdulillah.. nikmat yang Allah berikan buat anak Syurga..

Duduk di katil no 7. Perlu ditimbang... Wah! Bambam umi.. beratnya 37.7 (siap hafal dia.. hee). Menukar pakaian kepada baju hospital berwarna putih. Setelah doktor datang memeriksa, tak lama dia pun disorong ke tingkat 1, operation theater (bilik pembedahan) pada pukul 8 pagi. Masih tenang di situ of course with puzzles in his mind.. hihi! Meriah dan mesra acik2 misi menyambut. Bila kena duduk di atas katil di luar OT, pertanyaan dia ialah "tak pakai knife?". Mulanya misi2 tak faham.. Mak kenalah explain.. hahaha ketawa dorang.. Dah tentu tak kann... ;). Kemudian ummi dan abi diminta menunggu di luar. Memang steady Fawwaz masa tu... clap clapp!

Umi salah pakaikan baju.. doktor kata terbalik, baru umi tergelak besaq.. heeee
Nampak steady time ni.. walau mulut duk bertanya je
Disebabkan belum breakfast, disamping menghormati Fawwaz yang sedang berpuasa, kami ambil peluang mengambil giliran breakfast. Abi pergi dulu dan bila abi balik, umi pula pergi mengalas perut (brunch). Jauh pula tempat makan tu... Selesai makan dan sedang membayar makanan tersebut, pesanan di SMS dari abi masuk. Datang segera! Allah.. berdebar ummi sambil berjalan laju. Mujur jumpa juga jalan shortcut dengan bertanya kepada cleaner di situ.

Rupa-rupanya Fawwaz dah sedar dan meronta-ronta menangis. Abi dikehendaki masuk untuk menenangkan. Masa umi sampai abi dah ada di dalam, terus umi pun masuk tapi dihalang... hehe! Ingat boleh masuk gitu2 jer.. :P. Tak berapa lama menunggu di luar, umi pun dipanggil masuk di ruang depan pintu OT sebab Fawwaz dah boleh keluar untuk dibawa ke wad. Menangis sambil bercakap, itulah dia.. Riuh rendah para jururawat memujuk..

"I don't like this place," kata Fawwaz.. hehe..

Babak menangis dan menjerit berlaku beberapa kali di dalam wad. Ada yang tak selesa di telinga mungkin. Kita dengar suara dia, tapi dia tak berapa dengar suara sendiri mungkin.. Membuat dia rasa nak mengamuk. Alahai.. seriau sapa melihatnya. Tak boleh nak dikawal gerakannya. Alhamdulillah semakin lama dia semakin boleh tolerate dengan keadaan tu walau kadang2 merengek sakit. Mula2 kena minum air kosong satu bekas. Bila tak muntah, baru umi upah dengan air milo. Kemudian makan roti krim dan air soya lagi. Maklum, puasa dari sebelum tidur pada pukul 9.. Makan moi hospital lagi.. sungguh selera. Minum banyak-banyak untuk supaya dapat kencing.


Doktor kata selagi tak kencing tak boleh keluar. Umi dan abi berpandangan. Kami dah keletihan sebenarnya. Syukur.. dengan trick abi, akhirnya dapat keluar pada pukul 2 petang selepas doktor kedua yang memeriksa (doktor yang memeriksa di awal pagi tu). Jangan ditanya perilakunya. Sebab dia langsung tidak boleh diam berbaring melainkan ketika tidur. Ummi hanya mampu berdoa.

Sekejap je dia boleh baring macam ni... nak gayakan masa abi mula2 gantung kain tu.. hihi

Membuang air kecil adalah masalah utama kot bagi orang bersunat ni. Maklum dengan keadaan yang sebegitu. Puas memujuk Fawwaz untuk kencing, tapi sehingga pukul 7 malam masih tak berjaya. Sedangkan dia kerap minum. Akhirnya, setelah dipujuk abi dan ummi dah mula tinggikan suara, dia bergegas ke tandas dan kencing. Amat bersyukur walaupun habis berterabur satu tandas dan ummi terjerit2 kerana di samping nak mencuci 'wiwi' nya yang memang dia takkan bagi, dengan nak menjaga supaya najis kencing tidak keluar dari ruang tandas. Memang letih sungguh di hari dan malam yang pertama semalam. Masuk tidur awal pukul 10 malam tetapi Fawwaz pula yang tak dapat tidur sebab petang dah tidur lama.

Akhirnya kami dapat berehat sehingga pukul 4 pagi Fawwaz dan ummi dah terjaga. Ummi ambil kesempatan solat di luar dan bila masuk semula ke bilik tercium bau tidak enak.. dan rupanya dia dah kencing kali ke-2 dan merata2. Tak tau dia cuci ke tidak.. Dalam bersyukur, ummi rasa nak nangis sebab kena cuci tandas sebelum pukul 5 pagi.. huhu.

Hari kedua ni nampak lebih baik dari semalam. Masih sukar dipujuk untuk mencuci 'wiwi'nya, namun dia dah kurang meragam. Memang tak berbaring pun.. Duduk biasa je depan komputer. Tak boleh nak suruh berdiam diri gayanya.. Malah sesekali dia berlari2 dan nak melompat. Sedangkan 'alat' dia tu duk merening2 ummi tengok.. huuu seriau seriau!!

Apapun, sebagai ibu yang seharusnya mustajab doa, ummi sentiasa berdoa agar Fawwaz cepat sembuh dan tidak 'effect' pergerakannya tu pada bekas potongan. Syafakallah permata hati ummi. I love you so much and CONGRATULATIONS for this achievement!! You will always be my HERO!

Gambar pagi tadi.. duk terjatuh je sebenarnya kain pelikat tu sebab asyik bergerak. Lama2 umi letak 'belt', barulah elok sampai ke sudah..


Demikianlah kisah berkhatan anak AUTISTIK ku... sambil mak memerhati dia sedang tidur meniarap.. hehe!


Monday, April 4, 2016

Fawwaz Important Day - Berkhatan (Bahagian 1)

Esok adalah hari penting Fawwaz..

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan akan tiba. Hari BERKHATAN yang mak dah ceritakan beberapa bulan lepas. Setelah langkah pertama dilakukan beberapa hari sebelum cuti sekolah iaitu pada bulan Oktober 2015. Esok barulah hari prosidur akan berlangsung, InsyaAllah..

Mak berdebar-debar juga. Bimbang akan reaksi si bujang. Moga Allah permudahkan urusan kami terutamanya pihak hospital.

KRONOLOGI

29/10/2015
Ke Klinik Kesihatan Banai untuk memohon 'referral letter" berkenaan permohonan berkhatan secara bius penuh, tetapi doktor bertugas mengatakan tidak pernah mengendalikan kes seumpama ini sebelumnya. Jadi doktor tak pasti surat yang bagaimana. Kami terus mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Kota Setar. Alhamdulillah.. akhirnya surat diperolehi walau doktor mengatakan sepatutnya kami ke Klinik Banai sebab ia yang terdekat dengan kawasan rumah kami. Pening sedikit di situ..

Referral letter adalah untuk sesi pemeriksaan dengan bahagian Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Bahiyah (Paeds Surgical).

3/11/2015
Ke Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak (HQ) untuk mendapatkan temujanji iaitu 2 bulan kemudian. Untuk temujanji tak perlu berjumpa doktor. Hanya ke tingkat bawah HSB (bersebelahan dengan kaunter pendaftaran).

28/12/2015
Klinik Pembedahan Padiaterik untuk pemeriksaan di tingkat 1. Berjumpa dengan MO Dr Ashvini dan tarikh prosidur/pembedahan ditetapkan pada 5 April 2016.

5/4/2016
Pembedahan akan dilakukan esok jika tiada apa-apa halangan. Pesakit dikehendaki dalam keadaan sihat, tidak demam, batuk atau selsema. Pesakit juga perlu berpuasa sedari pukul 2 pagi dan perlu ada di sana pada pukul 7 pagi.


Saturday, March 19, 2016

Fawwaz dan Kotak


Cuti sekolah yang lepas kami ke Langkawi... Destinasi yang dikunjungi kali ke-3 bersama Ahmad Fawwaz. Gembiranya dia kali ni tapi tak boleh ke mana2 sangat kerana di sebalik gembiranya tetap ada ragam yang sukar diubah. Takpalah.. ummi dan abi pun ke sana bukan nak beria2 melawat itu dan ini. Temanya cuma FREE and EASY jer.. hehe!

Lagi pun cuaca panas. Tak boleh nak pergi ke tempat2 yang open sangat.

Pergi beach... Fawwaz tak berapa suka sebab pasir.. dan tak suka nak mandi laut kali ni. Mujur abi ambil resort yang ada pool sebab itulah tempat yang Fawwaz paling suka sekarang ni. Walau pool sentiasa happening dengan foreigner yang mengunjungi bar di hujung pool, layankan je lah.. Bukan lama pun bertahan sebab ummi tak ikut, jadi Fawwaz nak cepat naik masuk bilik.

Buka laptop pula.. wifi lebih penting dari segalanya. Sebab nak tengok SHAUN THE SHEEP kat youtube. Lepas tu nak keluar jalan2 kena tunggu pulak movie BATMAN habis pada pukul 11 pagi. Jadilah... ummi sempat shopping sikit2 dalam masa 2 jam kot..

Nak balik, bag penuh dah.. Masa datang haritu bawa juga LEGO yang disimpan di dalam kotak kasut. Jadi, bila nak balik ummi pun rasa nak buang je kotak yang dah buruk tu. Bawa isi sahaja. Tapi Fawwaz tak bagi.. Sanggup pegang pulak tu haha... Ummi dan abi akan sentiasa berkompromi dengan Fawwaz asal tak melampau dan mendatangkan kesan tak baik. Layankan jugalah..


Fawwaz dan kotak kasut berisi LEGO berpisah tiada.. hahahah!


Lariiii.... I don't want!!! :D

Kemana2 pun depa berdua selalu conquer satu pool.. 

Skill terkini... dah boleh diharap untuk snap gambar... 
Nak menyelit jugak... coklat yang cair dek kepanasan cuaca.. hilang bentuk belum sampai bilik hotel pun.. :D