Saturday, April 9, 2011

Petua Melembutkan Hati Anak

Saya terjumpa petua ni kat blog seseorang bernama Irnis... Agak menarik petua beliau yg diperolehi dari blog insan lain juga.. InsyaAllah, akan cuba mengamalkan ini.  Sebelum ni pun dah banyak amalan dilakukan dan ada kesannya.. cuma iyalah, saya juga insan lemah yg mudah lupa... :)


I)  Boleh cuba cara ni :


1)  Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar)


2)  Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3)  Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4)  Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5)  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
------------

II)   Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali ) - tak pasti apa bismillah 5 tu...
III)  Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

IV)  Cara ini juga boleh dicuba
  • Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
V)  Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

-----------------
Petua ini adalah untuk panduan saya... Saya sendiri sering membacakan surah 3 kul, Insyirah (Alam Nasyrah..), zikir ya Lateef selain selawat dan Al-Fatihah.  Kadang2 lepas ambil wudu', saya sapukan lebihan air pada tangan yg basah ke ubun2 anak.. Sesekali saya memanggilnya "Abdul Lateef" yg bermaksud lembut..  

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah Allah yg suci dan kitalah yg bertanggungjawab menjadikan dia sebagai apa.  Wahai abdul lateef, meh la cepat mandi... dah lebih 2 jam mama ajak, tapi liat bebenor!!  huhuuu... nak  kena tanam susuk SABAR dalam2 kat hati sanubari ni... :D:D:))

Wednesday, April 6, 2011

Sian... Demam Dia

Kesian la pula si kecik ni... Agaknya terkejut dan penat lepas peristiwa semalam, terus demam malamnya... Memang jarang dia demam... mungkin baru kali ke 4 atau 5.  Jadi kira besar juga penangan kena rawat kat hospital semalam... Kalau demam, dia jadi senyap dan diam.. tak minta susu apalagi makan. Tak merengek dan cerewet macam selalu.  Dahle ubat pun takde.  Selalu ada je panadol kanak2 kat beg travel, tapi entah mana ya... Moga2 cepat sembuh dan nyanyi2 lagi.. :)) 

Latihan Penumpuan dan ENT

Alhamdulillah.. selesai sudah urusan Fawwaz untuk musim ini.  Semalam pagi (Selasa) kami ke Jabatan Rehabilitasi di Hospital Ampang untuk latihan penumpuan.  Sampai2 je terus jumpa pegawai terbabit.  Dorang kat situ nampak sangat peramah dan ceria!  So, Fawwaz pun suka.. Terus diajak masuk ke bilik kecil yg banyak mainan dan alat2 bantuan mengajar (macam tadika).  Ada seorang pegawai utk membuat penialaian dan seorang pembantu yg mengajar Fawwaz buat itu ini..

Sesi rehab tu agak successful.. Suruh buat blok.. susun ABC, baca 123.. dia memang dah mahir tu.  Dan sebab peralatan yg agak lain, dia sukalah.. Semalam pulak dia tak berapa nak hilang fokus dan tumpuannya penuh pada mainan2 tu.  Sekejap je, dah habis sesi di situ... Tak sampai 1 jam pun, walau pegawai tu kata dah.. hehe! Macam saya, dia pun berpandangan kalau masuk tadika Fawwaz akan lebih baik lagi dari segi pertuturannya..

Pagi ni pulak follow up di ENT.  Aduss!! Hat yg ni memang la mencabar sikit sebab nak kena pegang2 telinga dia.  Pantang betul cikmat org2 usik kepala dia.. Sebagaimana susahnya nak gosok gigi, potong rambut, cuci telinga.. Mujur2 dia mood baik pagi ni dan jumpa kawan baru nak main kejar2.  Tak payah ceritalah macamana suasana nak masuk bilik Dr tu..hahaha!  Tapi Dr yg comel tu pandai psikologi dan berjaya memeriksa telinga si Fawwaz.  Pastu nak kena sedut la pulak... Dr pun dah bagi alternatif nak bius ke normal. Cuma dia takmau la bius sebab berisiko.  Akhirnya sepasukan misi2 telah membungkus Fawwaz dengan kain putih dan memegang apa yg patut sementara Dr menyedut.  Aduh!! Fawwaz nih... semunya nak guna kekerasan..huhu!  Yg terharunya sebelum tu ada staff lelaki yg pujuk dia dan dukung.. Terus fawwaz akur!  Siann... Dr terus tanya, "ayah dia duduk jauh ke?"... Jangan la Dr, nanti saya sedih!

So, habislah sesi hari ni yg agak memenatkan (sebenarnya dari awal dah sedia penat dan mengantuk!).  Sepatutnya Dr nak check lagi kot2 ada apa2 lagi yg tertinggal kat dalam telinga.  Tapi tak berjaya... Terus ambil appointment.  Ayat2 berulang Fawwaz harini ialah sit down, eh sana!, NO!, la la (no la tu in arabic), shishi, wash hand.. hehe macam2!!  Next June will be full of appointments for this matter.. Satu pengalaman yang menarik dan boleh menjadi panduan mereka2 yg ada masalah seumpama ni.  Bukan masalah besar atau kronik, tapi ada juga yg besar tanpa disedari... Kalau tak, takdelah ambil masa berbulan2 nak dapat sesuatu appointment tu...

Saturday, March 26, 2011

Speech Therapy 2

Semalam (Jumaat) adalah sesi speech therapy untuk kali yg ke-2.  Kami tiba awal sikit.. ingatkan bolehle cepat habis.  Rupanya kena ikut waktu appointment juga (9.30pg) walau takde nampak orang sebelum tu (patut 1st app pukul 8.30).. Jenuh juga menunggu.. Untuk kali ke2 cikmat jerit basah... basah lg!  Adoi.. bila dah lama tunggu, air pun dah banyak masuk... maka itulah akhirnya.  Rasanya better kalau tak pakai diapers dan dia boleh cakap bila nak shishi.. Cuma mak dia je nak shorcut selalu.. huhuu!  Oh ya, kalini en abah terpaksa ikut sebab nak bagi dia exposure.. kalau tak bila lagi?

Untuk sesi kali ni tak banyak beza macam yg pertama hari tu.  Selain update apa perkembangan Fawwaz selama 2 bulan ni, adalah sesi menguji kefahaman dan tumpuan dia.  Untuk sesi bersama therapist, Fawwaz tak berapa bekerjasama.  Buat hal dia je... Kemudian therapist menyerahkan kepada kami untuk menguji Fawwaz dan dia memerhati dan mendengar dari biliknya.  Saya memulakan dengan flashcard yg besar, yg menunjukkan aktiviti orang dalam gambar tu.  Fawwaz agak berminat dan menumpukan sepenuh perhatian dan faham dengan senang.  Kira2 dapat A+ utk yg ni... :D

Bila diajak mengenal bahagian tubuh, dia mula buat bolayan.  Gerak sana sini.. tak minat la tu.  Di luar sesi, sebenarnya dia dah kenal nose, mouth, teeth, arm, hand, leg, knee, dll... Tapi satu laa.. kalau dia bukan dalam mode nak belajar dan tunjuk itu ini, dia takkan ikut punya...  Panggil lah nama dia berpuluh kali, takkan ada response.  Tak tau lah mak nak kata apakan.  Macam saya yg dah faham ni, sedikit arif masa bila nak ajak dia belajar.  Jarang nak memaksa melainkan memaksa perkara2 lain spt cuci gigi, basuh rambut, mandi.. yg ni memang aku macam mak tiri!  (ehhh... sebenarnya mak tiri zaman sekarang lagi baik... ngeee..)

Sebab dia memang jenis sentiasa cergas dan tak duduk diam, maka semua yg kami temui mengatakan dia hyperactive termasuk paed dan therapist tu.  Saya positif terhadap level hyper fawwaz.. mungkin dia sedikit cerdik melihat kepada keupayaannya belajar dan melakukan sesuatu kerja terutama yg agak teknikal utk kanak2 spt dia.  Sekarang ni dia dah boleh membentuk duplo dia dgn pelbagai design dengan hanya memerhati gambar...  Therapist menggalakkan saya mengajar seperti sesi yg di atas iaitu menggunakan kad bergambar dan terpulang kepada kreativiti kami utk buat macamana..

Pesanan dia lagi untuk kami ibubapanya menggunakan hanya 1 bahasa di hadapan Fawwaz terutama bila bercakap2.  Hat ni mcm susah bagi saya... sebab memang kami berbahasa melayu je.. playhouse disney tu tak boleh tuka2... paling2 tukar ke channel sebelahnya.. atau sanggup padam je terus dari tgk TV3 ke RTM ke.. pantang tok fawwaz tu!  Dah pulak termula dengan buku2 English.. Jadilah rojak..!

Akhir sekali dia beri referral letter utk pusat rehabilitasi kat HA juga.. Sebabnya, kadar tumpuan Fawwaz amat lemah.. kurang atau takde eye contact.  Kefahaman terhadap sesuatu arahan pun kurang. Appointment 6/4 nanti.. Bakal 2 hari berkampung di HA.  So, setakat ni dah pergi ke klinik pakar kanak2 (paediatrics), audio, ENT, dan speech therapy.  Akan datang ke rehab dan ujian autism di Hospital Selayang (Jun).  Jenuh juga kan..? Hanya kesabaran dan semangat yg bakal menjayakan usahaku ini.  Memangle tak nampak serius dan biasa2 bagi sesetengah orang bagi kes seperti Fawwaz.. Tapi saya lakukan juga atas nasihat yg pakar.. Bermula dari Dr pakar di AnNur sampailah ke klinik2 pakar di Hospital Ampang.  Inilah usaha mama utk Fawwaz selain doa yg berpanjangan.  Kerana saya juga banyak kelemahan dari sudut keibuan..  Bak kata adik saya yg lebih dahulu melalui perjuangan seumpama ini, tiada siapa yg untung kalau give up...


Tuesday, March 22, 2011

Speech Delay : ENT Test dan Peristiwa

Pagi tadi mematuhi appointment di klinik Otorinolaringologi untuk ENT test. Dari keluar rumah, sampai hospital, parking dan masuk ke dalam, semua smooth je.  Tapi demi nak naik escalator utk mendaftar dan ke klinik pakar, Fawwaz mula buat hal.  Sungguh2 tak mau naik.  Rasa dah nak tarik dia ke tempat parking semula.  Tapi selepas dia memasukkan straw ke kotak milo, terus dia nak naik.  Tapi tak mau duduk di kerusi kat tpt pendaftaran tu pulak.  Takpelah, ada kerusi lain yg dia nak parking.

Dapat no 1088... dalam 15 minit dah naik. Masa tu baru pukul 8.20pg kot.  Bab2 pendaftaran memang laju kaunter tu. Kali ni free je sebab pertama kali utk ENT.  Sebelum no naik tu, Fawwaz mula dah nak meragam.  Tapi lepas tu nak juga ke kaunter & tpt otori tu.. Ada mini taman yg agak menarik dia kat belakang tu.  Ada 12-13 no nak kena tunggu.  Mula2 OK, siap baca buku yg saya bawakan.. tapi lama2 dia jerit.. BASAH..!! Adoi!!!! Camna boleh terkucil sampai basah seluar?  Cobaan betul... rasa nak stress pun ada. Pelan2 lap dengan wet tissue, cuci tgn kat toilet... seluar takleh tukarlah.  Ada juga bawa pakaian spare, tapi kat kereta.  Cuma sesekali dia rasa tak selesa dan mula buat hal.. tak bagi duduk tapi suruh duduk, dan macam2!

Lama juga kena tunggu.  Bila no naik, dia OK je ikut ke bilik Dr.  Dr pulak comel dan mesra.  Suruh duduk, dia duduk.  Tapi bila nak check mulut dan telinga, dia mula buat show.  Nak torchlight la, nak itu ini. Situasi sedikit kecoh.  Satu tahap, berkeliling nurse & staff nak pegang dia yg menjerit dan meronta, utk diperiksa telinganya.  Dan nak mengamuk menujuk ke peralatan2 yg banyak tu... Aduuuuu....Fawwaz.. Fawwaz..

Dr dah takleh buat apa.  Dia cuba discuss dgn pakar audio.  Dia dpt detect sekejap ada tahi telinga hehehh.. Katanya kalau tak buang, takleh buat audio test.  Then dia masuk ke bilik Dr yg lebih senior utk nasihat ubat kot (ubat cairkan taik telinga).  Dr tu (Indian) nampak tegas sedikit.  Dia suruh masuk bilik. Tak senyum pun.. Tapi ada magic!  Dia kata kena paksa juga periksa telinga.. Ingat nak kena guna tenaga mcm mula2 tadi.. Rupanya Fawwaz menyerah gitu je, cuma memilih nak duduk kerusi mana.. Siap tunjuk telinga dia suruh dr tu check.. hahaha!  Aku rasa nak tergelak dgn si kecik ni (walau geram..).  Confirm ada blok kat telinga kanan.  Dan kena bagi ubat titis.. lepas 2 minggu kena datang lagi, baru boleh proceed ke audio test.

Lepas tu dia taknak balik le pulak.  Nak masuk bilik Dr lagi.. boleh?? Erkk... macam2 anak ku ini!  Takpelah nak, mama kena kontrol ayu je.. walau teruji kesabaran.  Mama senyummm je... :)  Dan lepas tu, semuanya baik2, settle sebelum pukul 10.30.. Cuma mama lapar bukan main lagi sebab asid stress terkeluar sikit kejap tadi.. Taknak pulak dia ni singgah kat Madina.  Ingat nak makan mee mamak panas2...

So, esok cancel appointment kat HA.  Tengahari boleh jemput En Abi kat Subang Airport.  Esok banyak kerja juga, nak tukar nama kat JPJ dll.  Semoga berbahagia dan semakin sabar diriku ini menghadapi kerenah anak tunggal ku yg sorang ni..

Thursday, January 13, 2011

My Little Einstein...

Sedari pagi akak dah buat macam2... sebab tinggal 2 hari je nak meninggalkan tanah Malaya ini.  Meninggalkan bumi dan negeri yg penuh kontroversi kebelakangan ini, menuju ke negara lain yg tak berapa nak dengar cerita politik apatah lagi kontroversi.  Kerajaan Bahrain itu aman makmur dan kaya, tapi itu bukan negeriku.. yg membahagiakan selain en hubby yg berada di situ, ialah saudara2 seIslam kita.  Namun, Malaysia tetap yg terbaik buatku.. Selangor tetap tanah tumpah darahku...

Semalam setengah hari berkampung di Hospital Ampang... keluar kawasan hospital dah lebih pukul 1 tgh.  Semalam paed bagi referral letter ke Hospital Selayang utk autism test. Dr yg contact sana dan buatkan appointment... the earliest date is April tapi sebab sekitar Jun baru kami bakal ada di M'sia, maka Dr bagi date 7 Jun.  Frankly, dengar perkataan autism saya dah rasa risau... dan berharap itu sekadar andaian Dr dan assessment yang kurang tepat.  Assessment was based on few questions that I had to answer. Dr juga menganggap yg Fawwaz ada symptom hyperactive.  Tak pastilah hyper camna, sebab ada ketika sikecik ni amat bersopan berbanding kanak2 lain.  Memangla ada masa taknak berhenti bergerak...  Berdasarkan jadual pertemuan dgn pakar autism tu, dapat saya jangkakan yang memang ramai pesakit ini atau yg masih tahap 'suspected' macam Fawwaz... Dan setelah melalui beberapa sesi sejak dari pertemuan pertama dulu hingga 3 sesi kemudian ni, saya merasakan bahawa kesabaran dan semangat yg amat tinggi diperlukan selain sokongan dari insan terdekat dan kekuatan mental.  Sebabnya, walau agak penat memenuhi appointment, masih belum bertemu solusi dan jawapan... Keadaan ini dirasai juga oleh adikku yg mengalami masalah yang sama....

Hari ini saya sempat menziarahi makcik dan pakcik di Seri Kembangan.  Ingat nak pegi sekejap sebab lepas tu nak ziarah pakcik yg sakit kat Kg Baru pulak.  Rupanya Fawwaz terseronok kat rumah Pak Bong tuu... sebab, masuk2 si kecik Akhtar ada kat rumah... tak lama kemudian dia suka kejap bila dibawa ke taski makcik kat belakang tu.  Bertambah seronok, rakan sebaya Nazhan dan balik dari taski.  Bermain dan bergembira sampai petang... Puas pujuk ajak balik sampailah hujan lebat turun dan tertidur.. Kesian dia, teruja jumpa kawan2 tapi dah nak balik ke Bahrain pula...

Sepanjang tu, saya berbual panjang dengan makcik yg dah berpuluh tahun mengurus kanak2 tadika.  Banyak tips yg saya dapat.  Macamana nak menguji pendengaran secara kasar... sehingga ke tip terakhir permainan apa yg sesuai untuk dia.  Memandangkan kalau panggil dia dari depan selalu dia buat tak dengar (esp kalau ada bunyi2an lain eg TV), makcik suruh cuba panggil dari belakang... (Nanti akan saya uji..) Dari segi pemakanan (yg ni selalu dah dengar), kena kurangkan makanan manis esp coklat.  Permainan pula, kanak2 yg sebegitu selalunya dia tak berapa peduli dgn permainan kereta, basikal atau yg seumpama.. Mcm Fawwaz mana dia peduli walau sana sini dia ada basikal & kereta.. paling2 sorong ala kadar.  Kereta2 kecik adalah sesekali dia layan... Paling dia suka main ialah Duplo/Lego, komputer games... Makcik kata budak2 jenis ni adalah jenis 'programmer' dan dia tak suka benda yg dah diprogram atau dah siap... Sebab tu kadang2 budak hyper ni dia sebenarnya cerdik... ohhh! dengar perkataan cerdik tu, akak pun semangat.... InsyaAllah... jadi programmer kapalterbang mcm abah kan!  Mcm little einstein yg Fawwaz suka tgk tuu... atau special agent OSO hehehh...  Kalau tak cerdik, takdelah pagi ni dia marah bila masuk jalan lain, bukan jalan yg kita lalu semalam dan kelmarin... Apa nak gi spital lagi ke? No noo... umi dah tak sanggup!   Lain bulan takpe..


Setakat ni saya cuba berfikir se'positif' yg mungkin... Sebelum apa2 conclusion dibuat, anggap ini semua prosidur untuk mengenalpasti masalah sebenar.  Kalau terlalu memikir takut jadi macam doa pulak.  Dah kita yg merujuk pada dia, ikut jelah...  Jun nanti harap2nya adalah ujian terakhir.. Kalau ada yg tertanya2 kat Bahrain takde ke kawan, sekolah atau kindy?  Kawan takde, sekolah baanyaak... cuma kan kami kena kerap balik.  Nanti sebulan sekolah, sebulan lagi cuti... Kenapa nak balik M'sia selalu?  Owwh.. mungkin ada perkara yg belum dapat nak diceritakan.. hehe!  Tapi naluri semua ibu memang nak yg terbaik untuk anak... bukan berharapan tinggi, cuma sanggup melakukan apa saja untuk kebaikan anak... tak gitu?

Tuesday, January 11, 2011

Speech Delay.. Kisah Hari Ini 11.1.11

Pagi tadi saya & Fawwaz keluar rumah dalam pukul 745am.. dah kira lambatlah tu.  Pagi tadi kan hujan lebat dalam pukul 530am.. Fawwaz tersedap tidur sikit, so bangun pun dah dkt pukul 7.  Nak kejutkan kesian.. Lepas tu buka PHD ada Barney, then Little Einstein.. so liat sikit nak ajak mandi, tak macam selalu.  Keluar je kat jalan kereta banyak sangat, bergerak perlahan.  Masuk highway apalagi..slowmotion je.  Dah lepas BTS baru le nampak ada kereta rosak kat jalan belah kanan.  Adusss!!!!

Sampai Hospital Ampang dah pukul 830am.  Harus parking penuh!  Mulanya nak buat jahat sikit, parking luar pagar hospital tu (dekat pintu masuk).  Adalah sebaris kereta parking kat situ, walhal ada papan tanda tunjuk kereta kena tarik.  Fawwaz taknak jalan sendiri, kenalah tolak buggy dia.  Jalan jauhla jugak... Naik tingkat 2, ambil no dapat 1180 sedangkan no yg naik baru je 1114.  Duduk kejap, check beg.. alamak! Surat & kad tertinggal kat kereta.  Maka turunlah semula dan berjalan ke kereta ambil folder.. berjaya pujuk Fawwaz supaya jalan sendiri dan tinggal buggy.  Jumpa mak guard tanya OK ke parking kat situ?  Dia kata baik jangan... hari2 ada org saman & tarik kereta... So, patah balik, masuk kereta dan alih ke kawasan haram lain dgn nasihat pak guard lain (lebih selamat katanya... hehehh).  Actually depan pagar hospital jugak tp belah kiri.. Dah balik ke tpt daftar, kad hospital lak tercicir.. mesti dalam kereta jugak.  So clumsy!!! Makcik pasrah je sebab dah letih dan geram. Org kaunter tu cakap boleh proceed sebab dah ada surat.  Dia bagi replacement card.. Alhamdulillah tarik nafas lega.  Lagi lega kali ni sbb first visit, FOC!

Pagi tadi jumpa pakar audio for hearing test.  Baru tunjuk 1st machine, Fawwaz dah menjerit taknak masuk.  Lepastu pegawai tu bawa masuk ke bilik kecik yg ada speaker dan meja kanak2.  Ada benda macam mainan yg buat Fawwaz nak masuk.  Nak pasang headphone sure takde kerjasama.. So, dia pasang bunyi je, guna speaker.  Kalau dengar bunyi, masukkan benda bulat tu dalam lubang...  Bab masukkan benda tu memanglah Fawwaz pakar..  tapi adakah dia mendengar atau faham arahan?  Jawabnya 50-50.  Kira macam tak berapa nak kesan... Nak kena buat hearing test yg pasang wayar kat kepala/telinga tu, then produce graph.  Tapi dia kenalah dalam keadaan tidur.  So, it will be the next test.. on 24 March (pergh.. balik M'sia lagi.. kaya Gulf Air!!).  Sebelum tu nak kena jumpa pakar ENT dulu..23 March.

Belah petang tadi pula jumpa speech therapist atau pakar pertuturan.  1/2 jam tunggu, bila dia buka pintu, Fawwaz lak nak berak.. menjerit2 meneran & menahan mcm selalu (sorry ye....).  Itupun mujur pakai diapers.  Lama juga nak pujuk ajak ke toilet.. oh! memang daku kena sangat2 bersabar harini...  Lebih 15 minit baru masuk balik jumpa therapist.  So, cerita balik sedikit sebanyak... berapa words dia boleh cakap, words apa, anak keberapa, umur berapa masa beranak, makannya macam mana, dll... then tunjuk kad bergambar.. tanya itu apa.  Aduh! Memangle tak berjawab... senyum je (mujur good mood).  Dia suruh Fawwaz & maknya masuk bilik sebelah.  Ada macam2 kat dalam... dan dia dengar dari bilik dia, nak tengok macamana kalau communicate dgn org yg dia kenal je.  Saya pun ajak dia bercakap, tunjuk itu ini.  Fawwaz pun respond macam selalu tu...

Therapist conclude yg Fawwaz takde masalah lain spt hyper atau kesihatan.  Cuma hearing kena tunggu test nanti.. Ada banyak faktor yg boleh kira spt bahasa yg banyak (setakat ni 3 languages).  Dia nasihat guna satu bahasa je dulu.. Lagi sebab, persekitaran..takde rakan sebaya. Ada juga kes, umur ibu masa mengandung lebih 35..huhu!  Nak kena masuk dunia dia dan banyakkan bersembang.  Mmm... adakah aku tak cukup sembang dan bercakap selamakini?  Mungkin la kott.... tapi taklah membisu.  Makcik ni kekadang memang penyenyap.  Camna nak stimulate dengan lebih berkesan?  Ada juga kes berkaitan pendengaran yg certain level of sound bebudak tak boleh capture.  At this age, dia memang ada problem pertuturan yg masih di level budak 2 thn.

Next appointment 25 March.  Jadinya makcik ala2 fening dan risau... 23-25 mac 2011 bakal berkampung lagi kat hosp Ampang.  Tu belum kira appt dgn paed (esok baru nak jumpa & fix new appt).  Inilah cabaran dan dugaan menjadi ibu.  Dugaan orang lain2 kan.. Takpelah, daku redha dan akan lakukan sebaik2nya demi permata hatiku.  Tapi kalau ikut saya sebaiknya masukkan dia ke sekolah... bukan untuk memaksa dia belajar dan pandai.. tapi lebih kepada social skills dan bantuan rakan2 sebaya termasuk persekitaran yg merangsang otak.  Fawwaz ni fast learner.. cuma speech je mama tak berapa boleh bantu.  Tunggu nanti apa kata abah dia... :|