Monday, June 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY AHMAD FAWWAZ


Hari ni, pada pukul 2.30pm genaplah Fawwaz berumur 3 tahun. Kejap je rasa...

Teringat masa tu aku masuk labour room ditemani makcik Ika, wife pakcik ku. Husband belum mula cuti, lagi sempat meeting kat S'pore. Cuti dah booking 17/6 onwards, tapi Fawwaz tercepat 3 hari. Keluar2 Fawwaz tak menangis.. dah few minutes, kena tepuk2 kat luar baru terdengar suara nyaringnya. Lepas dr bawa jumpa aku kejap (lepas dibersihkan), terus dia masuk incubator sebab disyaki kena jangkitan kuman. First night aku blur, rimas dan sedikit sedih dgn layanan hospital dan ketiadaan suami.. sampai Dr Khamsiah datang menenangkan dan menegur staff hospital. Terpaksalah customer service minta maaf kat aku. Kelakar pun ada bila kenang.. bikin kecoh je aku! Dahlah lepas tu kena stay lama sebab Fawwaz kena jaundice. Dekat seminggu aku kat hospital.. urggh memang stress!!! Kejap2 kena panggil ke nursery utk bagi susu. Rasa nak terkoyak jahitan sebab turun naik katil. Sudahnya aku give up, bagi je susu Enfamama. Bila tak gemuk2 lepas sebulan, tukar je Lactogen. Maka chubby lah anakku... :D Kejadian2 selepas tu memang berbagai.. tapi memang pengalaman hidup yang amat berharga buat seorang aku..

Hari ni belum celebrate harijadinya lagi. Nak tunggu esok sebab balik kampung.. Apa2pun, harapan ku sama seperti ibu2 lain. Sudah pasti doaku agar anakku menjadi insan soleh dan penenang jiwa kami. Semoga permata hati mama juga menjadi insan cemerlang dan bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment