Hari ni berjaya juga menapakkan kaki ke Hospital Ampang selepas percubaan pertama minggu lepas. Pagi2 bangun sedikit awal, uli menguli tepung utk breakfast dan mandikan Fawwaz. Konon buat roti arab cicah sardin.. Sardin dah settle, tp baru goreng 4 ketul (kecik) roti, gas dah habis! Gas yg dibeli lebih setahun lepas...hahaha!!! Nampak sangat tak masak selalu kat rumah ni... yelah, ini hanya rumah singgahan je.. Paling lama stay 3-4 hari, pastu cabut balik kampung atau balik ke Bahrain... Tak boleh lama2 kat sini, sebab mati kutu dan kesian kat Fawwaz..
Berbalik kisah Hosp Ampang... syukur tak menempuh jam macam jalan sebelah. Ada accident teruk tadi kat highway berhampiran Bkt Jalil. Jam sedari Ampang! Kami terus je ke bahagian pakar. Ini first time ke situ, so saya pun tercangak2 juga. Tanyalah kat sorang staf kat depan pintu.. "saya nak check kan dia ni.. (tunjuk kat fawwaz).. kat mana ye bhg pediatrik (lebih kurang gitu le bunyinye...)". Dia jawab "... masuk pintu kanan..". Sayapun tolehlah tgk pintu (yg sebenarnya bukan pintu hahaa..). "terima kasih..". Go straight, turn right... takde la pulak tulis pediatrik.. yg ada ginekologi, ortopedik, dll... ISk! Tanyalak pada nurse yg jaga kaunter... mmm, naik atas 1st floor... patah balik, naik ke 1st floor...
Dah naik still tak betul lagi... Dah tanya dan ambik nombor giliran, tapi macam tak ramai budak... tak sampai 5 minit duduk, rasa mcm tak betul. Pegi bahagian sebelah, tanya, baru betul unit pediatrik! Adoohhh.... Nasib baik tak ramai orang. Tapi sebenarnya belum boleh jumpa Dr lagi... setakat buat temujanji. Dapat tarikh 15/12 (next week). At least cuma seminggu... Adikku buat kat HUKM, 3 bulan baru dapat appointment.
Tapi ini pun saya tak sure dapat pegi ke tak, sebab esok nak balik kg.. pastu emak dah booking nak bawa dia round Sg Besar hantar kad jemputan walimah. Next week lak 17-18 Dec bawa mak ke KL sebab adik nak balik dari Mekah dan ada jemputan kahwin di Putrajaya. Means, kena ulang alik jugalah nanti... kesian Fawwaz jela, tak boleh nak tinggal sebab bermalam... Makcik pulak sibuk dgn kenduri masa tu. Kalau tak dapat bawa Fawwaz jumpa Dr minggu depan, nampaknya terpaksa find one day utk ke private hosp. Cuti walau sebulan amatlah singkat sebab 25 dec ni adikku kawin. Hanya daku je sedikit free disebabkan tak bekerja dan duduk kampung sepanjang cuti ni... Cuma nak settlekan perkara2 tertentu sebelum balik Bahrain... Nampaknya untuk diri sendiri macam sedikit kesukaranlah... Nak jumpa dentist, Gynae dan macam2 hal ehwal wanita... Memang selalunya macam ni! Kadang2 sangat letih sebab nak buat itu ini... Badan tak berjaga di usia 40an, so cepat sangat letih. Tapi tak boleh stress sgt nak ikut jadual sebab kekadang Fawwaz pun ikut stress dan buat hal... Masa tulah apapun tak jadi...
Kejap tadi dapat message hubby... hari ni instantly saya jadi 'nenek'... Hehee.. rasa tua la pulok!! Tapi pandang Fawwaz yg baru 3thn++ tu, balik rasa muda.. lalala. OK lah, nak berehat sat... pastu nak buat cleaning & clearance.. banyak sangat benda expired kat rumah ni. Sos, jus, spagetti, dll... hahaa. Nasib baik cousin yg turut serta dah faham dan perihatin. Kalau tak makan je la, benda2 expired tu ye... yg tak expired lak, berbau plastik... bilalaa nak kembali normal kehidupanku ini.. huhuuuu!!!!

No comments:
Post a Comment