Wednesday, December 15, 2010

Speech Delay.. Part III

Pagi tadi first appointment Fawwaz di Hospital Ampang.  Appt pukul 9.00 pagi di klinik pakar pediatrik.  Pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah.  Alhamdulillah jalan clear... jam sikit nak masuk Pandan Indah.  Dapat pulak parking kat dalam... Fawwaz pulak tak meragam atau buat hal.  Mula2 pegi kaunter pendaftaran level 1, ambik no... kejap je kena panggil walau masa datang tu hampir 20 org tunggu giliran.  Bagus la kalau macam tu, takdelah berakar kaki tu berdiri (fawwaz tak kasi duduk :)).  Sebab kes referred by private hospital dan kita bukan pegawai kerajaan, kos pendaftaran ialah RM30.  Untuk ujian2 lain kalau ada eg ujian darah, kos dalam RM100-300.  Kalau bukan dari hosp swasta, murah sikit rasanya... Takpelah, atleast semua ada dalam satu bumbung...

First meet ni lebih kepada interview... macam2 Dr tanya bermula dengan bersalin cara apa, pregnant ada masalah tak, bila mula jalan... hujung2 tanya perkataan apa yg boleh dan selalu dituturkan... Kadang ada soalan yg saya tak pasti apa nak jawab sebab lupa atau tak pasti... maklum nak ingat kisah dari zaman dia baby.  Pastu suruh lukis circle, straight line... susun blok.  Hat susun blok ni yg mokcik sedih sket... bukan sedih apa, Dr tak jumpa blok banyak2... cuma ada 4 ketul je huhuuu.... Pukul 10 lebih habis sesi... Dr kata nampak semua OK, cuma bab speech tu mcm budak 2 yrs...

Dr bagi referral letter ke pakar audiologi dan speech therapist.  Kejap je dapat fix appointment utk 2 sesi pg dan ptg pada 11 Jan nanti.. Just few days sebelum balik Bahrain.  12 Jan lak appointment dgn paed semula... Wah!  Nampaknya agak sibukle hujung2 hari nak balik tu... waduh waduhh!!!  Demi Fawwaz takpelah... harap2 mid year nanti boleh masuk sekolah mcm yg abah cakap...kan kan abah!!?  Sekolah kat M'sia..kan kan abah!!!?

Keluar dari perkarangan hospital terus menuju ke Kg Baru rumah pakcik..  Semalam datang dari kampung bawa 2 makcik untuk lawat pakcik yg warded due to CA colon dan mata.  Operation ditangguhkan lagi.. lepas turunkan dorang, pusing2 tak dapat juga parking, terus balik rumah... Taulah HKL tu... nak parking nun kat tepi jalan keluar tu kesian kat Fawwaz.  Ingat nak pegi hari ni, Fawwaz lak tido dan parking surely problem lagi sebab dah pukul 12tgh.  So, kirim salam je melalui makcik ros... Macam nilah kalau ada "handbag" ke mana2... Hopefully orang faham (setakat ni sedara mara yg selalu jd saksi memang amat faham)... sebab di mana aku berada, pasti ada dia... Supaya tak stress, kena jaga mood dia... coz he's the boss!!  :D :D

No comments:

Post a Comment