Wednesday, December 15, 2010

Speech Delay.. Part III

Pagi tadi first appointment Fawwaz di Hospital Ampang.  Appt pukul 9.00 pagi di klinik pakar pediatrik.  Pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah.  Alhamdulillah jalan clear... jam sikit nak masuk Pandan Indah.  Dapat pulak parking kat dalam... Fawwaz pulak tak meragam atau buat hal.  Mula2 pegi kaunter pendaftaran level 1, ambik no... kejap je kena panggil walau masa datang tu hampir 20 org tunggu giliran.  Bagus la kalau macam tu, takdelah berakar kaki tu berdiri (fawwaz tak kasi duduk :)).  Sebab kes referred by private hospital dan kita bukan pegawai kerajaan, kos pendaftaran ialah RM30.  Untuk ujian2 lain kalau ada eg ujian darah, kos dalam RM100-300.  Kalau bukan dari hosp swasta, murah sikit rasanya... Takpelah, atleast semua ada dalam satu bumbung...

First meet ni lebih kepada interview... macam2 Dr tanya bermula dengan bersalin cara apa, pregnant ada masalah tak, bila mula jalan... hujung2 tanya perkataan apa yg boleh dan selalu dituturkan... Kadang ada soalan yg saya tak pasti apa nak jawab sebab lupa atau tak pasti... maklum nak ingat kisah dari zaman dia baby.  Pastu suruh lukis circle, straight line... susun blok.  Hat susun blok ni yg mokcik sedih sket... bukan sedih apa, Dr tak jumpa blok banyak2... cuma ada 4 ketul je huhuuu.... Pukul 10 lebih habis sesi... Dr kata nampak semua OK, cuma bab speech tu mcm budak 2 yrs...

Dr bagi referral letter ke pakar audiologi dan speech therapist.  Kejap je dapat fix appointment utk 2 sesi pg dan ptg pada 11 Jan nanti.. Just few days sebelum balik Bahrain.  12 Jan lak appointment dgn paed semula... Wah!  Nampaknya agak sibukle hujung2 hari nak balik tu... waduh waduhh!!!  Demi Fawwaz takpelah... harap2 mid year nanti boleh masuk sekolah mcm yg abah cakap...kan kan abah!!?  Sekolah kat M'sia..kan kan abah!!!?

Keluar dari perkarangan hospital terus menuju ke Kg Baru rumah pakcik..  Semalam datang dari kampung bawa 2 makcik untuk lawat pakcik yg warded due to CA colon dan mata.  Operation ditangguhkan lagi.. lepas turunkan dorang, pusing2 tak dapat juga parking, terus balik rumah... Taulah HKL tu... nak parking nun kat tepi jalan keluar tu kesian kat Fawwaz.  Ingat nak pegi hari ni, Fawwaz lak tido dan parking surely problem lagi sebab dah pukul 12tgh.  So, kirim salam je melalui makcik ros... Macam nilah kalau ada "handbag" ke mana2... Hopefully orang faham (setakat ni sedara mara yg selalu jd saksi memang amat faham)... sebab di mana aku berada, pasti ada dia... Supaya tak stress, kena jaga mood dia... coz he's the boss!!  :D :D

Sunday, December 5, 2010

Perjalanan Panjang ke Hospital Ampang

Hari ni berjaya juga menapakkan kaki ke Hospital Ampang selepas percubaan pertama minggu lepas.  Pagi2 bangun sedikit awal, uli menguli tepung utk breakfast dan mandikan Fawwaz.  Konon buat roti arab cicah sardin.. Sardin dah settle, tp baru goreng 4 ketul (kecik) roti, gas dah habis!  Gas yg dibeli lebih setahun lepas...hahaha!!!  Nampak sangat tak masak selalu kat rumah ni... yelah, ini hanya rumah singgahan je.. Paling lama stay 3-4 hari, pastu cabut balik kampung atau balik ke Bahrain... Tak boleh lama2 kat sini, sebab mati kutu dan kesian kat Fawwaz..

Berbalik kisah Hosp Ampang... syukur tak menempuh jam macam jalan sebelah.  Ada accident teruk tadi kat highway berhampiran Bkt Jalil.  Jam sedari Ampang!  Kami terus je ke bahagian pakar.  Ini first time ke situ, so saya pun tercangak2 juga.  Tanyalah kat sorang staf kat depan pintu.. "saya nak check kan dia ni.. (tunjuk kat fawwaz).. kat mana ye bhg pediatrik (lebih kurang gitu le bunyinye...)".  Dia jawab "... masuk pintu kanan..".  Sayapun tolehlah tgk pintu (yg sebenarnya bukan pintu hahaa..).  "terima kasih..".  Go straight, turn right... takde la pulak tulis pediatrik.. yg ada ginekologi, ortopedik, dll... ISk!  Tanyalak pada nurse yg jaga kaunter... mmm, naik atas 1st floor... patah balik, naik ke 1st floor...

Dah naik still tak betul lagi... Dah tanya dan ambik nombor giliran, tapi macam tak ramai budak... tak sampai 5 minit duduk, rasa mcm tak betul.  Pegi bahagian sebelah, tanya, baru betul unit pediatrik!  Adoohhh.... Nasib baik tak ramai orang.  Tapi sebenarnya belum boleh jumpa Dr lagi... setakat buat temujanji.  Dapat tarikh 15/12 (next week).  At least cuma seminggu... Adikku buat kat HUKM, 3 bulan baru dapat appointment.

Tapi ini pun saya tak sure dapat pegi ke tak, sebab esok nak balik kg.. pastu emak dah booking nak bawa dia round Sg Besar hantar kad jemputan walimah.  Next week lak 17-18 Dec bawa mak ke KL sebab adik nak balik dari Mekah dan ada jemputan kahwin di Putrajaya.  Means, kena ulang alik jugalah nanti... kesian Fawwaz jela, tak boleh nak tinggal sebab bermalam... Makcik pulak sibuk dgn kenduri masa tu.  Kalau tak dapat bawa Fawwaz jumpa Dr minggu depan, nampaknya terpaksa find one day utk ke private hosp.  Cuti walau sebulan amatlah singkat sebab 25 dec ni adikku kawin.  Hanya daku je sedikit free disebabkan tak bekerja dan duduk kampung sepanjang cuti ni...  Cuma nak settlekan perkara2 tertentu sebelum balik Bahrain...  Nampaknya untuk diri sendiri macam sedikit kesukaranlah... Nak jumpa dentist, Gynae dan macam2 hal ehwal wanita...  Memang selalunya macam ni!  Kadang2 sangat letih sebab nak buat itu ini... Badan tak berjaga di usia 40an, so cepat sangat letih.  Tapi tak boleh stress sgt nak ikut jadual sebab kekadang Fawwaz pun ikut stress dan buat hal... Masa tulah apapun tak jadi...

Kejap tadi dapat message hubby... hari ni instantly saya jadi 'nenek'... Hehee.. rasa tua la pulok!!  Tapi pandang Fawwaz yg baru 3thn++ tu, balik rasa muda.. lalala.  OK lah, nak berehat sat... pastu nak buat cleaning & clearance.. banyak sangat benda expired kat rumah ni.  Sos, jus, spagetti, dll... hahaa.  Nasib baik cousin yg turut serta dah faham dan perihatin.  Kalau tak makan je la, benda2 expired tu ye... yg tak expired lak, berbau plastik... bilalaa nak kembali normal kehidupanku ini.. huhuuuu!!!!