Tuesday, January 31, 2012

Semakin Baik... tapi.. :D

Selepas cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina, semalam Fawwaz balik ke sekolah.  Mula2 macam tak mau sarung baju.. mama dah suspen.  Cepat2 mama doa dalam hati "Allahumma Yassir...".  Alhamdulillah, akhirnya mau juga Fawwaz masuk ke pagar sekolah tanpa meragam. Siap pakai songkok yg mama beli di Bangi haritu.  Cuma mama nak kena berbaris sama dengan kawan2 dan abang/kakak sewaktu perhimpunan.  Lama pulak tu... dalam 1/2 jam walau tiba agak lewat.  Abi sound mama sebab hantar lambat hehehe...

Mama hantar sampai depan pintu dewan dengan senang hati dan terus salam dan babai2 kat Fawwaz.  Hari ni pun sama... mama hantar sampai dewan dan terus ke Tabung Haji, buka akaun Fawwaz dan daftar haji.  Ya Allah, lama lagi rupanya giliran kita.  Sebelum ni banyak sangat yg mama fikirkan sebelum ambil keputusan daftar tu.  Banyak tahun mama bazirkan.  Fikiran mama serabut sebelum ni.. mama rasa hidup tak menentu, asyik ke sana sini dan mama tak seronok... Sampailah mama ambil keputusan daftar bersama Fawwaz dalam sebulan ni dengan izin abi.  Moga2 seruan tu datang lebih awal dari yg dijadualkan... amin!

Balik dari Tabung Haji, mama terus ke tadika.  Mama intai kelas Fawwaz.. Alamak!  Mama tengok Fawwaz tidur dalam kelas.  Dahlah duduk belakang sekali, badan beralun ke kiri kanan dan depan.  Mesti kes tidur lambat dan bangun cepat.. Maklum, masa tu dah pukul 11.45 pg.  Setakat ni memang mama tak ada masalah nak kejutkan Fawwaz sebab Fawwaz boleh bangun sendiri seawal 6.15 pagi (hari ni) atau selewat2nya 6.30 pagi.  Itulah Fawwaz sedari bayi, tidurnya sikit je... Mudah nak bangun pagi, kecuali kalau ada appointment kat hospital macam dulu.

Balik sempat mama menegur Cikgu Afidah.  Cikgu cakap.."OK.. tapi tak nak belajarr... Cuma tak nangis je..".  Risau nampaknya cikgu tu... Nanti abislah KPI dia.. ekekeke!  Memang budak2 lain masih ada yg nangis2 masuk kelas.  Fawwaz setakat ni, bila dah masuk tak pernah nangis.  Cuma tulah... hayal je!  Semalam cikgu bagi kerja bawak balik, suruh warnakan merah pada semua benda... sebijik tomato je yg Fawwaz color betul2.  Rambutan tu suka2 je nak letak warna kuning... hat cili dan bunga raya, langsung tak pandang.  Adoiii.....

Sekarang mama dah tak beri supplement excell tu kat Fawwaz.  Mama tukar ke jus kurma, madu, buah tin dll tu.. Supaya minda Fawwaz semakin cergas dan fokus.

Takpelah... usaha dan harapan mama masih belum terhenti walau kadang2 timbul risau.  Sesungguhnya Fawwaz kini penuh lindungan doa2 mama dan mbah2 di kampung.  Mbah mama sampai solat hajat utk cucu saudaranya ni.. Mbah2 tulah tempat mama mengadu dan berkongsi kerisauan.  Cikwa pula tempat rujukan mama sebab dia lebih berpengalaman.  Kenapa mama risau sangat?  Antaranya, sampai sekarang kalau mama tanya "siapa nama awak?" atau "what is your name?".. Fawwaz masih belum dapat jawab.  Tak taulah kenapa mama tak boleh nak kongsi perkara ni dengan abi..

Thursday, January 19, 2012

Lukisan

Hari ni pertama kali mama tinggalkan Fawwaz dengan hati senang.. Waktu rehat mama dah tak perlu datang dan mama serahkan segala urusan pada cikgu2 Fawwaz.  Tengahari baru mama datang jemput. Mama tak sedar yg Fawwaz dah lama turun dan tunggu di depan pintu pagar kecik.  Mama duk relaks je tunggu kat kantin.. Rupanya bila hujan macam hari ni, pelajar kena turun ikut tangga lain.. Sebelum tu, mama intai sekejap kat kelas.. Mama tengok Fawwaz duduk depan sekali mengadap cikgu.. :)  Moga2 anak mama semakin fokus pada apa yg cikgu ajar..

Browsing gambar2 masakan mama, terjumpa gambar lukisan Fawwaz ni.. Entah bila dia lukis sebab mama malas betul nak tukar setting kamera tu... Takpe, mula2 rupa gini.. kalau dah pandai nanti, boleh lukis gambar mama.. OK!

Terjumpa juga gambar comot ni.. waktu rambut Fawwaz tak bergunting selama berbulan2.  Dah ala2 k-pop gitu..hehehe!

Mama boleh mula berfikir apa nak buat next and next.. Sebab tiba2 mama rasa free sangat selepas hantar Fawwaz...

Tuesday, January 17, 2012

Hari Ini Lebih Baik..

Allahumma yassir wala tuassir... Rabbi yassir wala tuassir... berkali2 mama membacakan ayat ini di dalam hati pagi tadi.  Betapalah bimbangnya hati mama setiapkali hendak mempersiapkan Fawwaz ke sekolah.  Dari semalam, kepala mama berlegar2 memikirkan apa akan jadi kepada anak mama ni.  Semalam seharian mama duduk di sekolah sebab abi guna kereta untuk ke kelas arab di UIA.  Pergi dengan abi, balik naik teksi.  Dah petang, baru baru kereta MyVi K.Aimi tiba... untuk diguna abi hingga habis tempoh kelas.

Semalam mama intai Fawwaz di dalam kelas.  Alhamdulillah Fawwaz nak masuk sebab di awal pagi masa perhimpunan tu Fawwaz dah buat 'show' yg buat mama tersipu2 termalu2 sebab semua pandang kita.  Akhirnya cikgu favourite Fawwaz ajak masuk ke dalam bilik guru sebelum menghantar Fawwaz ke kelas.  Masa mama intai sebelum waktu balik, Fawwaz duduk sendiri di meja membelakangkan cikgu.  Dan di atas meja tu, penuh dengan botol air.  Fawwaz kena denda ke? Sebab tak mau belajar... Mama tertanya2, tapi mama cuba cool je.. mungkin ada sebabnya Fawwaz duduk kat situ.

Sampai rumah mama tanya abi, betul ke cara tu?  Abi macam biasa, relaks je..  Ish!! Sampai bila?  Mama rasa macam tak kena je..  Mama risau kalau perkara ni berlanjutan walau kawan2 mama dah bagi kata2 semangat yg InsyaAllah things will be OK.  Dah 3 minggu, belum ada peningkatan apa2..  Setakat ni cuma dah mula ada kawan2 untuk bermain.  Itupun tanpa komunikasi..  Dan Fawwaz (mungkin) tak meragam di dalam kelas.  Sebab memikir sangat, malam tu mama tak lena tidur... Mama asyik fikir nak tukar sekolah tapi di mana ya?  Mama juga fikir sambil berharap yg anak mama tiada masalah lain (biarlah mama simpan dalam hati masalah apa tu.. takut jadi doa).

Pagi ni, dengan berkat doa mama yg berulang2 tu, tak banyak masalah nak bawa Fawwaz masuk ke kawasan sekolah.  Mama memang cuba skip dari perhimpunan nak tengok macamana... Mama terus serahkan Fawwaz kepada cikgu favourite (yg sampai kini mama belum tau namanya...). Fawwaz terus je mengekori cikgu tu ke bilik guru selepas bersalam dgn mama dan mama cium dia.  Leganya hati mama dan terus mama pecut ke UKM untuk jemput Cik Nya.  Masa rehat, mama datang lagi kejap dan Fawwaz pun elok je cuma taknak makan dan minum.  Kadangkala fikir, syukur juga sebab sekolah ni membenarkan mama menyibuk setiap waktu (tak taule kalau cikgu rimas!).

Kesimpulannya, hari ni kurang masalahnya dan mama harap Fawwaz semakin boleh menyesuaikan diri di dalam kelas.  Hari ni di rumah, Fawwaz asyik mengulangkaji peta London di iPad je.  Agaknya bercita2 nak pergi ke sana lagi ye.. heheh!!  Membaca A-B-C.. (sejak abi balik, dah tak mau pula pegang pensil/warna pulak).  Petang tadi, mama & abi bawa Fawwaz berjalan/jogging dari Anjung Hijau - taman - Anjung.. dan Fawwaz sangat happy dengan aktiviti ini walau akhirnya Fawwaz mengadu penat.  Semoga anak mama membesar dengan suasana yg sihat...

 Tempat ini sangat mendamaikan hati...
 Tengok ikan dan sulahfah (turtle)..

Friday, January 13, 2012

Semoga Aku Tidak Merungut

Semoga bahagia ke akhir hayat.. :)

"Ma... common!  I don't know"  Rayu Fawwaz petang semalam.
"It's too high.. I can't see (it).."  Untuk perkara lain pula.  Masih di tempat sama.  Depan laptop ni..

Dia tengah mengadap skrin Baraem.tv.  Macam2 kat situ.. ada game, ada puzzle, drawing tools dll. Saya pun datang membantu...
"Terima kasih..."  Lembut je ucapnya.
"Sama-sama.."  Jawab saya tersengih-sengih suka.

Memang lemah hati tiap kali dia berbudi bahasa dengan saya.  Kadang2 cakap terima kasih, kadang2 thank you, syukran.. ikut keadaanlah!  Hilang segala bengang dengannya sedari pagi (sebab tak mau ke sekolah), kemudian melalak2 dan meragam tak tentu pasal di BBB waktu makan tengahari tadi.  Sakit badan mak kejap 'berlawan' di dalam kereta sambil memandu.  Saya balik dengan perut yg lapar semula dan fikiran yg kosong.  Ya Allah... berikanlah hambaMu ini kekuatan jiwa.

Sebab tulah kadang2 saya tahan duduk di depan FB lama2.  Kadang2 merapu je.. Tapi ada teman nak bersembang walau hanya melalui tulisan.  Di situ ada penasihat, ada penglipur lara, ada teman suka duka.  Maklum, saya ni banyak bersendirian.  Macam juga masa di Bahrain dulu.  Bezanya, saya masih boleh memandu keluar jika rasa bosan, tak macam di Bahrain memerap je.  Ada ketika saya perlu en suami di sisi, banyak ketika saya suka lagi berjauhan begini hehehe.  Jangan pula salah sangka.. Sebabnya, macam selalu saya kata, saya dah trained diri saya macam tu sejak awal perkahwinan.  Bior jauh tapi bau bunga.. *wink*.

Tapi bila anak membuat hal, saya perlukan 'a shoulder to cry on and to rely on'.  Tak mampu nak mengatasi sorang2.  Namun, tak pasti ye.. Pada satu ketika, saya bersemangat untuk mencari penawar atau membawa Fawwaz berjumpa pakar.  Dan saya rasa, tiada kata2 semangat seperti yang saya harapkan darinya.  Saya hentikan sesi2 perjumpaan tersebut secara mendadak.  Sebenarnya dalam hati berkata "saya tak akan mengambil kisah lagi!  Biar orang lain pula 'take charge' di masa akan datang jika bermasalah.."  Jadi, bila si anak tak mau sekolah, atau tak fokus dan tak faham cakap cikgu, boleh ke saya tak kisah?.  Biarlah saya diam dulu... Saya buat apa yg termampu je setakat ni.  Saya risau.. saya berdoa siang dan malam.. dalam waktu yg sama, saya pasrah!  Saya berharap sesuatu yg 'miracle'..

Bila kawan2 ramai yg berkata ini dan itu, juga berkongsikan pengalaman anak2 mereka, saya sedikit lega.  Anak2 mereka pun ramai juga yg lebih kurang macam Fawwaz dan kini terbukti mereka berjaya dalam pelajaran.  Lalu saya berpendapat, "anak-anak GENIUS memang begitu..".  Ini kata2 yg InsyaAllah doa... Dari sisi cerita lain, Fawwaz memang mempunyai abang dan kakak2 yg lain yg sudah melepasi tahap ujian besar zaman persekolahan dan universiti.  Peperiksaan PMR ke SPM mereka semuanya straight A's.  Dalam itu meletakkan satu pengharapan besar juga tekanan kepada saya untuk mengekalkan rekod tersebut, walau masih terlalu awal.  Mungkin sebab tu abi dia pun 'cool' aje, sebab pengalaman lalu dah terbukti memberangsangkan.  Cuma saya yakin, perangai anak yg terakhir ini agak memeningkan kepala en abi hehehe.. orang kata extra!!  Yang penting, doa mama Fawwaz akan menjadi anak yg soleh.

OKlah... dalam saya terus berharap akan pencapaian anak, saya juga berharap untuk pencapaian diri sendiri. Pagi ini saya bangun dari tidur dengan semangat "AKU MAHU MENJADI AHLI SYURGA!".  Saya mahu lebih positif terhadap kehidupan ini.  Akan ku lawan segala bisikan2 jahat yg sering menerpa di telinga ini.  Ya Allah, semoga Kau bukakan segala pintu kebaikan buat diriku ini.  Tidak lupa kupinta, bukakanlah pintu rezeki yg luas dan terang buatku.  Kurniakan kepadaku rezeki yg halal supaya tidak terhalang tujuanku menjadi AHLI SYURGA.  Rabbi Yassir wa tuassir.. Amin!

Wednesday, January 11, 2012

Setiap Hari Adalah Mendebarkan

Semalam Fawwaz dah ponteng satu hari.  Walau awal bangunnya, macam biasa.. dan dah kena sogok dengan susu, masih tak mau mandi.  Balik2 cakap nak tidur, walhal sampai ke petang tak tidur pun.  Takpelah, mama bagi excuse satu hari.  Sampai petang juga baru Fawwaz mau diajak keluar.  Bersiar2 kat taman depan ni..  Memang indah dan menenangkan taman tu..

Malam tadi mama solat hajat lagi.. Pagi ni Fawwaz nampak OK.  Mau bersarapan dan pakai baju sampai tahap stokin je.  Kasut tak mau pakai, melainkan kasut getah spiderman yg tahap muat tak muat tu je.  Favourite kasut gitu!  Hantam sajalah labu.. asal nak pergi sekolah.  Kat kereta, adalah 3 pasang kasut dia yg lebih baru, yg ada gambar cars berlampu2, yg angry birds, yg ben10.. tapi tetap nak pakai kasut buruk tu juga.

Sampai sekolah, buat dah dia... tak mau keluar.  Sampai kawan2 dah masuk dewan pun dia tak mau keluar.  Nak je mama panggil cikgu suruh jemput, tapi batin tak terucap.  Mama tau trick dia tu..  Masa tu mama teringat acik2 yg selalu jadi pengiring dia i.e. ciknya, cikyun or paksu.  Kalau dengan dorang, mesti Fawwaz ikut.  Demi pak guard nak kunci pintu kecil, mama terus minta dia tolong jemput Fawwaz.  Macam mama agak, elok je Fawwaz menurut.  Sampai tak sedar mama terpacak kat tepi tu pegang beg dia. Pakcik hantar sampai masuk dewan. Mmmmm.... what can I say?

Macam biasa, mama intai Fawwaz buat hal sendiri kat dalam dewan.  Mama biarkan dan keluar dari kawasan tu.  Rehat mama intai lagi kat celah pagar.  Mama tengok Fawwaz terpinga2 selepas cuci tangan kat hujung sana.  Semua cikgu dan kawan2 dah pergi kantin.  Ada cikgu kelas lain tengah perhatikan Fawwaz, tapi sebab dia pun dah tak lalu nak jalan secara aktif kot sebab dah 6 bulan mengandung.  Nak tak nak, mama masuk dan panggil Fawwaz.  Macam biasa Fawwaz tak mau makan pun, cuma main2 sendiri.

Sebelum tinggalkan Fawwaz yg tengah leka main, mama jumpa cikgu kelas sekejap.  Dia kata, Fawwaz tetap macam tu.  Dia sorang tak buat apa2 dan buat tak tau je.  So, mama pun terangkanlah perkara yg selalu mama cakap.  Sebab takut dia ingat Fawwaz lembab ke apa... Mama cakap Fawwaz satu2nya anak dan tak biasa berkawan.  Malah takde kawan.  Sesi therapi pun terbantut sebab mama tak teruskan.. Kat rumah, Fawwaz pandai ucap salam malah akan berkali2 ucap salam selagi kita tak jawab.  Fawaz dah kenal angka dan huruf.  Boleh kira one (1) sampai thirty (30).  Satu sampai sepuluh.  Huruf dah kenal habis (letakle huruf bersepah camanapun, dia boleh susun balik).  Waheed (1) sampai a'sharo (10).. Multi language gitu!  Alif Ba Ta pun kenal dah sikit2 (sampai Jim).  Boleh disuruh dan buat macam2 lagi.  Cuma pelik, kat sekolah macam 'zero' je.

"Ohhh..." kata cikgu.
"Maknanya dia boleh, cuma tak biasa kot dengan keadaan luar"

Mama kata susah nak suruh dia pegang pensil sebab pembersih sangat.  Dia rasa pensil tu kotor sambil cium2 tangan atau pensil bila lepas pegang.  Dalam hati, mama berharap cikgu ada mekanism untuk mengatasi dan menarik minat kanak2 bermasalah seperti Fawwaz.  Dalam fikiran mama sejak awal pagi tadi juga ialah untuk mencari tadika alternatif yg lebih kecil ruangnya, yg segala2nya ada di satu tempat dan lebih ceria.  Yang penting, tadika Islam dan tak terlalu stressed dgn akademik.  Bagi mama, kanak2 kecil seusia Fawwaz, tak perlu 'homework' dan kerja2 latih tubi.  Banyak menyanyi, berdoa, bermain dan belajar sudah tentu.

Itu saja yg mama fikirkan.  Kepala mama masih berlegar2 memikirkannya.  Mama tak pasti kalau abi pun sama berfikir macam mama.  Mama rasa macam nak cari pakar psikologi kanak2 dalam masa terdekat untuk bantu mama.  Sebelum kita pergi jauh ke utara dan mama jauh dari rakan2 dan saudara.

Malam tadi Fawwaz tidur pun mengigau dalam English... Fawwaz kata "Ma.. I can't see.. I can't see!"  Pastu entah cakap apalagi... Now, should I continue speaking to you in English or what?  I speak Malay, you answer in English... and you slowly forgot your arabic.. Dunno whether the Baraem.tv website could help.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aktiviti petang semalam di Taman Rekreasi Bukit Jalil yg mengadap Anjung Hijau... 
Sebab tu mama suka rumah kita ni...




Tuesday, January 10, 2012

Mari Berdoa

Hari ni mama kagum dengan kawan2 Fawwaz.  Kebanyakan dorang dah pandai baca banyak doa.  Dari lafaz syahadah, doa terang hati, doa makan, doa nak balik dan macam2 doa dorang dah hafal.  MasyaAllah, hebatnya mereka.  Kalau abang2 pula dah pandai Asmaul Husna... Jadi, mama rasa tak salah pilih tadika.  Walau banyak kekurangan, target utama mama ialah supaya Fawwaz mengarah kepada ajaran agama.

Mama masih tak mampu nak tinggalkan Fawwaz sendirian.  Hari ni mama banyak perhatikan Fawwaz dari jauh je dan mau tengok apa Fawwaz boleh lakukan.  Mama nak tergelak juga bila hantar beg ke dewan, tengok Fawwaz selamba je baring sorang2 sedangkan kawan2 semua duduk dengar apa cikgu cerita.  Sedih pun ada..  Bila keluar kelas, Fawwaz terpinga2 nak cari kasut.. Ohh!  Mama terlalu manjakan Fawwaz selamakini sampai Fawwaz tak pandai nak sarung kasut sendiri (tp memang kasut tu sedikit payah..).  Tapi bukan ke Abi dah selalu train Fawwaz pakai kasut?

Masa makan pun Fawwaz terpinga2 nak ambil pinggan nasi lemak tu.  Mama dah suspen sebab Fawwaz hari2 mama suapkan. Mama la jugak yg salah kan.. huhu!  Sudahnya walau nasi dah terhidang, Fawwaz tak makan pun sebab harapkan mama suap (dan mama tak buat).  Mujur Fawwaz dah sarapan dengan seketul donut masa nak ke sekolah tadi.  Mulai esok, mama mesti kuat tekad nak suruh Fawwaz makan sendiri.  Selama ni pun banyak kali Fawwaz makan sendiri.. tapi entah bila berhentinya, mama tak perasan.  Setakat makan cereal sendiri je.  I have spoilt you my dear!!  Sebab apa.. kalau mama tak suap, Fawwaz taknak makan.  Selain tak suka tengok anak mama comot.  Kesannya, comot sikit je, Fawwaz dah menjerit minta lap!  Sekali gigit donut, sekali lap.. gitu.

Paling seronok bila tengok Fawwaz turun dari kelas untuk balik ke rumah.  Sangat ceria wajahnya.  Berlari2 sambil tersengih2 hensem. Haha! Sapa lagi nak puji kan... Balik2 kelaparan sampai habis 2 ketul roti krim vanilla gardenia.  Sekotak susu stoberi.  Sebotol lagi susu biasa.. perghh!! lepas geram nampak... Bila mama buat pau petang tadi, makan lagi.. Sudahnya tak termakan nasi.  Dan mama pun semakin malas nak masak.  Nak kena tunggu abi ada minggu depan, baru semangat mama masak nasi kott!  Takpe, jimat tenaga dulu.

Esok pagi agak2 macamana ye?  InsyaAllah, semakin baik... Esok mama akan cuba untuk tidak membantu Fawwaz..  Biar Fawwaz boleh berdikari.  Biar Fawwaz sendiri buat atau cikgu yg bantu.  Masalahnya, tegakah mama nak buat begitu?  Adoii... tepuk dahi daaa.. :D

Monday, January 9, 2012

Week 2, Day 1

Wahh.. seronok mama buat diari Fawwaz kat sini!

Pagi ni Fawwaz bangun dengan bersemangat walau malam tadi tidur menjelang pukul 12.  Tak sampai 7 jam Fawwaz tidur.  Lepas minum susu, terus mintak mandi.  Lepas tu nak pakai baju.. nak naik 'car'..  Wahhh.. tandanya nak ke sekolah le tuu :)  Sampai tak mau sarapan.  Mama pulak duk lengah2 sebab tak mau awal sangat.

Dah sampai sekolah pun OK je, tak buat ragam.  Tapi entah apa kejadiannya (cikgu cakap tag nama jatuh), dia menangis mengongoi2.  Satu tahap macam nak naik agresif bila cikgu pujuk.  Mama yg tengok je dari meja belakang terpaksa juga datang ke tempat beratur tu.  Konon nak biar je cikgu handle.  Tapi tak lama.. guru besar bawa masuk ke bilik guru (bilik penenang), mama tengok Fawwaz terus elok.  Masa nak hantar beg, mama tengok Fawwaz khusyuk bermain lego.. mmm permainan kegemaran dia!  Mama pun terus keluar start enjin kereta hehe...

Tapi macam tak sampai hati pulak... Waktu rehat 9.30 pg, mama datang lagi tengok.  Kalau tau, mama tak datang dekat, sebab Fawwaz terus rely kat mama untuk basuh tangan.  Tapi mama cuba juga menghilangkan diri.. lepas Fawwaz habiskan donut, baru mama datang.  Bagusnya anak mama... Cuma belum pandai main sama.  Mujur kawan2 Fawwaz pandai dan matang.. ajak Fawwaz main kejar2 dan nyorok2.  OK lah tu.. kejap lagi mesti mesra.

Mama pun dah jadi 'cikgu' tak bertauliah..  Kawan Fawwaz ada yg panggil mama cikgu.. Mama bersembang dengan kawan2 Fawwaz tadi... Lepas tu tolong bawa ke kelas bila ada yg patah balik (cikgu, awat tak check satu2 anak murid?..).  Tolong hantar air yg tertinggal.. Seronok mama jadi pembantu cikgu (nanti mama apply jawatan tu ye..hehe)  Mama rasa seronok tengok gelagat budak2 tadika.  Comel je.. Walau nangis dan melalak, tetap comel! Macam anak mama jugak..hehehe!

Balik dari sekolah mama rasa Fawwaz cukup penat.  Baru sampai traffic light TPM Fawwaz dah senyap.  Tidur rupanya.  Sampai atas rumah pun masih tidur hingga pukul 2 lebih... Wahh lamanya dia tidur.  Malam ni jawabnya sampai pukul 12 lagilah Fawwaz jaga.. Sabor jelah!  Takpelah.. janji esok bangun macam biasa dan tak buat hal.  OK?!!
Makin kurus anak mama... nampak tulang je.  Puas mama pujuk makan.  Harini treat pasta carbonara pun makan ala kadar je.. ish ish!  Pasal seronok sekolah ke?

p/s:  hari ni mama extra seronok.. Selain Fawwaz berperangai baik, mama puas bersembang (ber'fb') dengan kawan2 sekolah lama mama... sekolah menengah dan rendah.  Seronoknya dapat jumpa dorang ni.. Cerita pun lain2 sebab sekolah rendah di kampung dan sekolah menengah di KL.  Terima kasih FB.

Friday, January 6, 2012

Day Three

Hari ni ke sekolah tanpa abah.. Sampai takat mandi, semuanya OK.  Bila nak pakai baju, mula kata nak tidolah... Baring balik.  Lepas tu tak bagi tutup TV.  Mulalah tuu... Tak mau pakai kasut sekolah atau kasut sarung yg lain.  Pakai stokin tapi nak kasut angry birds yg ala2 crocs tu.  Hantam sajalah labuu...

Taknak keluar kereta.  Sejak dari awal tadi dok sebut "mango" je.. Apa nak makan mango ke? Takdelah pulak mama dengar Pororo sebut mango pagi tadi.  Yelah, nanti mama beli... Macam2 alasan taknak turun tu.  Tapi akhirnya turun juga selepas main nyorok2.  Tu pun duk luar pagar tak nak masuk lagi.  Mama terpaksa tinggal dan menyorok lagi sampai pak guard menyelematkan dan serahkan pada cikgu.  Ada seorang pembantu guru tu yg agak pandai diplomasi.  Diajaknya Fawwaz masuk bilik guru dan Fawwaz pun ikut je.  Mama dengar dia cakap English dan tengok Fawwaz angguk2.  Entah apa yg dia cakap... tapi legalah kejap.  Lesap dengan seorang lagi budak nangis kat dalam tu.

Pagi ni ada sesi bercerita kat dalam dewan.  Masa nak masuk dewan mama tengok Fawwaz menggeliat nak buat hal balik.  Tapi cikgu dukung dia... amboi!!  Tadi cikgu cerita Fawwaz cakap nak tido sambil pejam mata!  Hahaha... itu jelah modal kamu ye!  NAK TIDO!  Cuma mama belum nampak cikgu kelas Fawwaz berkarakter macam yg lain2 ni.  Takpe, mungkin dia dgn caranya tersendiri.  Tak macam cikgu lagi satu yg suaranya nyaring bila menyanyi.  Happening gitu kelas sebelah... Mama rasa cemburu pulak!  Guru besar tak usah cakap.. Walau suaranya sangat kuat dan tegas, namun ada aura.  Mama suka...

Lepas waktu makan, Fawwaz dah OK.  Harini mama kenal sorang kawan Fawwaz yg duduk bersebelahan dan suka tolong Fawwaz (juga terikut2 main mcm Fawwaz).  Namanya Ahmad Saifullah.  Saifullah ni nampak matang dari Fawwaz.  Hari ke-2 dah bawa diri sendiri naik van Pak Lang yg mama rasa sgt popular di situ.  Mama pun sempat sembang2 dengan cikgu dan menerangkan keadaan Fawwaz supaya cikgu lebih faham dan boleh bantu mama.  Cikgu kata pernah ada murid yg macam tu... yg dalam dunianya sendiri.  Tapi lepas 6 bulan, dah OK.  Alhamdulillah kalau gitu.  Sangat besar harapan mama... Concern mama bukan pasal tingkahlaku, tapi tahap pemahaman anak mama ni...

Balik dari sekolah, Fawwaz nampak kepenatan.  Lepas makan donut makanan kegemaran Fawwaz sebanyak 2 ketul, dan minum susu sebotol, tertidur atas sofa lebih 3 jam.  Pulun habis ye!  Hari ni hari donut... tak tau berapa ketul dah masuk perut Fawwaz.  Punya hebatla gaya tidur tu hehe..

Minggu depan satu lagi cabaran.  Harap2 tak mencabar sangat.. Sebab cikgu2 kata, selalunya kalau lepas cuti, balik haru biru... ahaks!!  Tapi keseluruhannya, mama tengok kawan2 Fawwaz baik2 belaka dan cerdik.  Takde yg hyperactive apalagi yg ganas.  Semua biasa2 je dan dengar cakap cikgu.  Setakat menangis dan meragam tu bab lain terutama yg anak sulung.  Adalah juga yg terkeluar perkataan "bodoh".  Yg ni memang sejak hari pertama dulu mama dengar..  Mama harap Fawwaz tak absorb perkataan yg ni ye!  Kalau tidak, mama akan sapu mulut tu dgn sambal belacan... macam kat kg hari tu.. ;D

Thursday, January 5, 2012

Hari Kedua

Hari ni Ahmad Fawwaz bangun pagi dengan penuh semangat, macam selalu tu.  Selain suruh buka TV, order susu sebotol.  Lepas tu mandi dan sarapan pagi dengan cereal kegemarannya.  Cuma bila dah sampai sekolah, antara ayat2 nak buat hal tu ialah "tido! (nak tidur" dan "car!" (nak balik la tuu...naik car).  Tapi lega hati mama, bila dia nak beratur dan masuk kelas.  Duduk di tempatnya sambil tersengih.  Mama keluar dan nyorok di balik dinding.  Stay depan kelas juga sebab suka pulak nak mengintai dan tengok gelagat bebudak.  Masih ada yang menangis sampai ke sudah.  So, mama bersyukur sangatlah..

Cuma Fawwaz masih tak mau belajar dan tak kisah cakap cikgu.  Kejap2 duduk atas meja, kejap2 berdiri atas kerusi.. yg mana cuma dia je buat macam tu.  Sesekali kawan sebelah terpengaruh, ikut join dia merangkak bawah meja.  Masa nilah mama rasa macam pembantu guru, tolong suruh bebudak duduk elok2. hehe!!

Kertas kerja Fawwaz tak berubah pun.. tak bertulis.  Manakan tidak, pegang pensil pun tak mau.  Sedih mama tau.. Sebab bukan mama tak pernah ajar pegang pensil.. cuma Fawwaz tak pernah nak ikut dan mama pulak tak cukup tegas, tak cukup sabar, tak cukup usaha... selalu beralah bila anak tak ikut cakap.  Akibatnya, budak2 lain dah boleh melukis dan ikut arahan guru, anak mama buat dek je... Semua kawan2 disuruh melukis kat board, kecuali Fawwaz dan budak2 yg menangis ehehh.. Tadi mama konon nak ajar melukis macam yg cikgu suruh tu, tapi Fawwaz suruh mama lap! (padam). Adoh... kalau dah gitu, mama cabut je keluar... :P

Takpelah... mama kena lebih usaha dan tak berhenti berdoa kepada Tuhan.  Supaya Fawwaz terang hatinya.  Mama hairan juga, kalau TV yg ajar, laju je ikut.  Satu2 yg katun tu sebut/ajar, Fawwaz boleh ikut.  Kalau cikgu cakap, Fawwaz boleh macam tak dengar je.  Ke, Fawwaz tak faham dan tak minat Bahasa Melayu?  Nampak cikgu macam zero je!  Kalau mama hantar ke sekolah medium English, nanti risau pulak tak reti cakap melayu? Padahal sekarang mama & abi cakap melayu je dengan Fawwaz.

Kejap tadi mama ajar tulis angka yg memang menjadi minat Fawwaz.  Suruh sebut satu, dua... Nak juga dia sebut one, two, tree... sampai 30 tu!  Adoii... tersalah step ke selama ni? Lebih menekankan English... Mama pulak konfius..  Nilah akibat mamanya sendiri pun tak berapa nak cukup ilmu kanak2.  Yelah.. hidup pun banyak sendiri, takde nak timba2 pengalaman orang yg lebih berpengalaman sangat... Banyak on theory je.  Kadang2 mama stress dan nak salahkan kehidupan yg banyak moving here and there dulu.  Dari Fawwaz umur setahun mama duk cita2 nak masukkan ke playschool..abi pun setuju.  Akhirnya membawa ke usia 5 thn baru termakbul cita2 mama nak sekolahkan Fawwaz dan campurkan dengan budak2 lain.  Takpelah, tak usah dikesalkan peristiwa semalam.  Nanti hati ni nak marah je.. Nak cari salah orang lain.  Biar mama redha dan terus berusaha untuk membimbing Fawwaz kepada yg lebih baik.

Mama rela berkorban demi Fawwaz... Mama dah tak fikir nak kerja untuk sementara waktu ni.  Terutama bila lihat cara Fawwaz di sekolah.  Biar mama hidup sederhana, dah bukan rezeki mama..  Walau hati ni sering meronta2 nak keluar dari kepompong.  Moga2 Allah tunjukkan mama jalan demi kehidupan yg lebih positif.  All for you my dear baby... :)

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Dah Berlalu

Hehehh.. suka hati mama harini.  Walau di awal pagi mula nak hilang sabar.  Dalam banyak2 hari, pagi ni dia paling malas nak bangun.  Pastu taknak mandi la, tak nak itu la..mmm macam2!  Mana taknya, malam semalam dah pukul 12 baru nak tidur.  Mujurlah juga siapnya on time.. sampai sekolah on time.  Ini semua berkat solat hajat mama beberapa malam.  Dan mama takkan berputus asa untuk meminta kepada Allah.

Walau apapun, syukur dan terima kasih sebab anak mama tak meragam terus.  Setakat masa bangun tidur dan nak mandi je.  The rest semua OK.  Nak beratur, nak masuk kelas, nak duduk.. Walau anak mama tak paham apa cikgu cakap dan suruh buat.  Cikgu panggil dia buat 'dek' je..  Cikgu suruh pegang pensil dia pun buat dek.. boleh kata serba serbi buat tak tau.  Sekadar berkelakuan baik dan tak menangis dah cukup buat mama lega.  Harini buat pertama kali dia nak makan karipap ekeke.. Agaknya sebab tengok kekawan makan.

Tetiba mama rasa nak jadi cikgu tadika.  Kalau mama jadi cikgu tadika, mama nak buat suasana yg ceria.. Dimulakan dengan bermain2, melompat2 sambil mengira, dan macam2... bukan duk ajak bercakap macam dengan budak darjah 3.  Hehe... mama ni suka high expectation kan!!  Baru hari pertama.... saborrr!!!

Harap2 esok Fawwaz nak pergi ke sekolah lagi dan semakin faham dengan kata2 cikgu.  Agaknya cikgu nak kena cakap ala2 Baraem atau Disney Junior kot ye.. ahaks!  Takpe, mama bukan nak berharapan tinggi sangat di permualaan ni.  Cukup setakat Fawwaz boleh dapat kawan dan bersosial, faham cakap cikgu, dan lambat laun boleh bertutur dengan lancar.  Mama tak risau yg lain sebab Fawwaz dah pandai mengira, dah kenal huruf dan angka, pandai mengodeh komputer, selalu tolong mama tutup pintu, pembersih.. cuma tak mau pegang pensil.  Cukup setakat tu KPI mama utk semester pertama ni.. okeh?!!

 Peristiwa bergambar harini.. kualiti x menarik sbb pakai hp biasa je.. ;)

 Berbaris saf depan sekali... pasal mama yg letak kat situ.  Tapi maintain tak gerak mana dan cari mama atau abi.  Cuma mula tak selesa dan menggelisah bila ustazah bercakap kuat guna microphone 

 Mula2 masuk macam nilah... sorok muka bawah meja hahahaaa.  Budak lain maintain je!

Dah mula nak duduk elok.. tapi buat kerja sendiri lak

Kejap tadi masa dinner borak ngan abi pasal kebersihan sekolah terutama di kantin.  Mama rasa nak bawa clorox je esok untuk tuang kat sink kantin tu hehehe!  Ada tak orang buat macam tu?  Lepas tu rasa nak bawa kain lap untuk lap meja kantin.  Adoi!! Susah hati mama ni... Masa pilih sekolah ni alasan yg utama ialah dekat dengan rumah, Islamik (untuk memudahkan mama membentuk perkara2 yg lain) dan ada kawasan sendiri yg selamat.  Sekarang, dalam kepala ni duk legar2 je untuk plan B.  Apa2 pun biar tunggu habis 1 semester... 

Tuesday, January 3, 2012

Masanya Tiba Jua

Wah!  Dah besar anak mama.. esok dah nak masuk tadika.  Tadika 5 taun daa..hehehe!  Rasanya semua yg kenal rapat dgn anak mama terfikir2 macamanalah esok.  Mau tak dia masuk sekolah.. Sama macam mama, berdebar2 rasanya.  Walau dah beberapa kali ajak dia ke sekolah tu dan nampak dia OK je.  Kalau tak suka, sure tengok pagar pun dia tak mau!

Selain suspen dia tak mau masuk sekolah, mama pun suspen dia nak menyarung baju sekolah ke tidak.  Yelah, Fawwaz ni lain sikit.. tak semua baju atau T shirt dia nak sarung.  Setakat ni ada tak kurang 5 helai t'shirt baru dia tak nak pakai, terutama baju hasil dari melancong mcm cop Bahrain, Jordan, Oman dsb.. Memang pelik sikit budak nih..  Esok ni akan bermula dgn t'shirt putih kosong dan seluar sukan biru je sebab uniform belum siap (design baru).  So, harap dia nak pakaila sebab takde corak dan selalu takde problem dengan baju putih yg kosong.

Abi pun dah semangat.. siap dah tentukan nak pakai baju apa dan apa nak cakap (nak buat video shoot kononnya).  Hahaha... lain macam je semangatnya kan! Tengok jelah esok..  Mama yg nak kena buat sembahyang hajat, supaya dia tak buat hal macam selalu.  Moga2 Allah lembutkan hati dia kan...

Inilah dia bila ada anak seorang... yg biasa memanjakan dirinya sendiri.  Mama pun tak pasti suka bagi manja atau mama sekadar melayan kerenahnya yg macam2 selama ni.  Dah tak kuasa nak...  Tapi sesekali naik sheh dan hilang sabar, Malaikat pun lari tak sanggup tengok agaknya!

Harap2 Ahmad Fawwaz faham dengan arahan cikgu dan ikut cakap cikgu.  Jangan memandai2 macam mama dulu... Cikgu suruh tulis 'i', mama tulis 'u'.. sebab i (small letter) tu penat sikit nak buat rasanya.. Cikgu tak bagi pegi kedai, mama lari2 dengan kekawan pegi kedai Anchok beli eskrim batang.. Tu sebab atok mama bagi sekolah tadika 1/2 tahun jeh.. hahaha!!!  Kisah lama yg masih segar di ingatan... ^_^