Semoga bahagia ke akhir hayat.. :)
"It's too high.. I can't see (it).." Untuk perkara lain pula. Masih di tempat sama. Depan laptop ni..
Dia tengah mengadap skrin Baraem.tv. Macam2 kat situ.. ada game, ada puzzle, drawing tools dll. Saya pun datang membantu...
"Terima kasih..." Lembut je ucapnya.
"Sama-sama.." Jawab saya tersengih-sengih suka.
Memang lemah hati tiap kali dia berbudi bahasa dengan saya. Kadang2 cakap terima kasih, kadang2 thank you, syukran.. ikut keadaanlah! Hilang segala bengang dengannya sedari pagi (sebab tak mau ke sekolah), kemudian melalak2 dan meragam tak tentu pasal di BBB waktu makan tengahari tadi. Sakit badan mak kejap 'berlawan' di dalam kereta sambil memandu. Saya balik dengan perut yg lapar semula dan fikiran yg kosong. Ya Allah... berikanlah hambaMu ini kekuatan jiwa.
Sebab tulah kadang2 saya tahan duduk di depan FB lama2. Kadang2 merapu je.. Tapi ada teman nak bersembang walau hanya melalui tulisan. Di situ ada penasihat, ada penglipur lara, ada teman suka duka. Maklum, saya ni banyak bersendirian. Macam juga masa di Bahrain dulu. Bezanya, saya masih boleh memandu keluar jika rasa bosan, tak macam di Bahrain memerap je. Ada ketika saya perlu en suami di sisi, banyak ketika saya suka lagi berjauhan begini hehehe. Jangan pula salah sangka.. Sebabnya, macam selalu saya kata, saya dah trained diri saya macam tu sejak awal perkahwinan. Bior jauh tapi bau bunga.. *wink*.
Tapi bila anak membuat hal, saya perlukan 'a shoulder to cry on and to rely on'. Tak mampu nak mengatasi sorang2. Namun, tak pasti ye.. Pada satu ketika, saya bersemangat untuk mencari penawar atau membawa Fawwaz berjumpa pakar. Dan saya rasa, tiada kata2 semangat seperti yang saya harapkan darinya. Saya hentikan sesi2 perjumpaan tersebut secara mendadak. Sebenarnya dalam hati berkata "saya tak akan mengambil kisah lagi! Biar orang lain pula 'take charge' di masa akan datang jika bermasalah.." Jadi, bila si anak tak mau sekolah, atau tak fokus dan tak faham cakap cikgu, boleh ke saya tak kisah?. Biarlah saya diam dulu... Saya buat apa yg termampu je setakat ni. Saya risau.. saya berdoa siang dan malam.. dalam waktu yg sama, saya pasrah! Saya berharap sesuatu yg 'miracle'..
Bila kawan2 ramai yg berkata ini dan itu, juga berkongsikan pengalaman anak2 mereka, saya sedikit lega. Anak2 mereka pun ramai juga yg lebih kurang macam Fawwaz dan kini terbukti mereka berjaya dalam pelajaran. Lalu saya berpendapat, "anak-anak GENIUS memang begitu..". Ini kata2 yg InsyaAllah doa... Dari sisi cerita lain, Fawwaz memang mempunyai abang dan kakak2 yg lain yg sudah melepasi tahap ujian besar zaman persekolahan dan universiti. Peperiksaan PMR ke SPM mereka semuanya straight A's. Dalam itu meletakkan satu pengharapan besar juga tekanan kepada saya untuk mengekalkan rekod tersebut, walau masih terlalu awal. Mungkin sebab tu abi dia pun 'cool' aje, sebab pengalaman lalu dah terbukti memberangsangkan. Cuma saya yakin, perangai anak yg terakhir ini agak memeningkan kepala en abi hehehe.. orang kata extra!! Yang penting, doa mama Fawwaz akan menjadi anak yg soleh.
OKlah... dalam saya terus berharap akan pencapaian anak, saya juga berharap untuk pencapaian diri sendiri. Pagi ini saya bangun dari tidur dengan semangat "AKU MAHU MENJADI AHLI SYURGA!". Saya mahu lebih positif terhadap kehidupan ini. Akan ku lawan segala bisikan2 jahat yg sering menerpa di telinga ini. Ya Allah, semoga Kau bukakan segala pintu kebaikan buat diriku ini. Tidak lupa kupinta, bukakanlah pintu rezeki yg luas dan terang buatku. Kurniakan kepadaku rezeki yg halal supaya tidak terhalang tujuanku menjadi AHLI SYURGA. Rabbi Yassir wa tuassir.. Amin!
No comments:
Post a Comment