Allahumma yassir wala tuassir... Rabbi yassir wala tuassir... berkali2 mama membacakan ayat ini di dalam hati pagi tadi. Betapalah bimbangnya hati mama setiapkali hendak mempersiapkan Fawwaz ke sekolah. Dari semalam, kepala mama berlegar2 memikirkan apa akan jadi kepada anak mama ni. Semalam seharian mama duduk di sekolah sebab abi guna kereta untuk ke kelas arab di UIA. Pergi dengan abi, balik naik teksi. Dah petang, baru baru kereta MyVi K.Aimi tiba... untuk diguna abi hingga habis tempoh kelas.
Semalam mama intai Fawwaz di dalam kelas. Alhamdulillah Fawwaz nak masuk sebab di awal pagi masa perhimpunan tu Fawwaz dah buat 'show' yg buat mama tersipu2 termalu2 sebab semua pandang kita. Akhirnya cikgu favourite Fawwaz ajak masuk ke dalam bilik guru sebelum menghantar Fawwaz ke kelas. Masa mama intai sebelum waktu balik, Fawwaz duduk sendiri di meja membelakangkan cikgu. Dan di atas meja tu, penuh dengan botol air. Fawwaz kena denda ke? Sebab tak mau belajar... Mama tertanya2, tapi mama cuba cool je.. mungkin ada sebabnya Fawwaz duduk kat situ.
Sampai rumah mama tanya abi, betul ke cara tu? Abi macam biasa, relaks je.. Ish!! Sampai bila? Mama rasa macam tak kena je.. Mama risau kalau perkara ni berlanjutan walau kawan2 mama dah bagi kata2 semangat yg InsyaAllah things will be OK. Dah 3 minggu, belum ada peningkatan apa2.. Setakat ni cuma dah mula ada kawan2 untuk bermain. Itupun tanpa komunikasi.. Dan Fawwaz (mungkin) tak meragam di dalam kelas. Sebab memikir sangat, malam tu mama tak lena tidur... Mama asyik fikir nak tukar sekolah tapi di mana ya? Mama juga fikir sambil berharap yg anak mama tiada masalah lain (biarlah mama simpan dalam hati masalah apa tu.. takut jadi doa).
Pagi ni, dengan berkat doa mama yg berulang2 tu, tak banyak masalah nak bawa Fawwaz masuk ke kawasan sekolah. Mama memang cuba skip dari perhimpunan nak tengok macamana... Mama terus serahkan Fawwaz kepada cikgu favourite (yg sampai kini mama belum tau namanya...). Fawwaz terus je mengekori cikgu tu ke bilik guru selepas bersalam dgn mama dan mama cium dia. Leganya hati mama dan terus mama pecut ke UKM untuk jemput Cik Nya. Masa rehat, mama datang lagi kejap dan Fawwaz pun elok je cuma taknak makan dan minum. Kadangkala fikir, syukur juga sebab sekolah ni membenarkan mama menyibuk setiap waktu (tak taule kalau cikgu rimas!).
Kesimpulannya, hari ni kurang masalahnya dan mama harap Fawwaz semakin boleh menyesuaikan diri di dalam kelas. Hari ni di rumah, Fawwaz asyik mengulangkaji peta London di iPad je. Agaknya bercita2 nak pergi ke sana lagi ye.. heheh!! Membaca A-B-C.. (sejak abi balik, dah tak mau pula pegang pensil/warna pulak). Petang tadi, mama & abi bawa Fawwaz berjalan/jogging dari Anjung Hijau - taman - Anjung.. dan Fawwaz sangat happy dengan aktiviti ini walau akhirnya Fawwaz mengadu penat. Semoga anak mama membesar dengan suasana yg sihat...

Tempat ini sangat mendamaikan hati...
Tengok ikan dan sulahfah (turtle)..
No comments:
Post a Comment