Alhamdulillah... senangnya mama nak suruh Fawwaz tidur sekarang ni. Sejak Abi bagi rules supaya tidur pada pukul 10 malam, rupanya tugas mama menjadi mudah.
Pukul 10.15 mlm mama akan tutup TV.. Kalau dulu Fawwaz akan marah atau tak setuju selagi belum pukul 11 malam ke atas, kali ni Fawwaz cool je.. Tanpa bicara, walau baru je nak mula main supercow, Fawwaz akan lari masuk ke bilik.. Bukan bilik mama, tapi bilik Fawwaz sendiri.
Ya! Fawwaz dah boleh tidur sendiri di bilik sejak seminggu dua lepas. Lepas mama bacakan doa tidur dan bagi good night kiss, mama akan tinggalkan Fawwaz sendiri melayan perasaan sampai tertidur dan bangun keesokannya. Macam ni lah budak baik dan bijak! Kan lebih selesa tidur di atas katil dan tilam, dari tidur di depan TV atas comforter tu... Dan sejak 2 hari lepas (selepas seminggu lebih meragam), Fawwaz bangun dengan lebih segar dan ceria. Dan mudah diajak ke sekolah. Cuma part beratur je Fawwaz masih pantang!
OK lah.. setakat ni mama bagi 4 1/2 bintang.. lagi 1/2 tu mama saja reserve. Moga anak mama semakin baik untuk setiap hari yang mendatang. Sweet dream!
Wednesday, April 25, 2012
Sunday, April 8, 2012
Minggu Yang Mencabar
Dah masuk bulan ke-4... Bulan 2 & 3 nampak macam dah OK. Tapi sejak minggu lepas, mama terpaksa mengharungi semula cabaran menghantar anak mama ke sekolah. Ya Allah.. semoga tabah dan kental jiwa mama Fawwaz ni.
Sejak hari Khamis lepas, Fawwaz tak mau ke sekolah. Walau dah lengkap berpakaian dan siap bersarapan. Demi nak keluar rumah je, macam-macam alasan keluar. Hari Jumaat pula, dari rumah dan sepanjang perjalananan ke sekolah menangis. Sampai di sekolah, rupa-rupanya sekolah cuti untuk semua sesi tadika dan SRA.
Hari ni, walau pelbagai alasan Fawwaz beri, mama berjaya juga hantar sampai depan pagar sekolah. Malangnya Fawwaz tak mau keluar sampai menangis-nangis. Sungguh-sungguh tak mau keluar. Kebetulan hari Isnin ialah hari perhimpunan dan mama tengok murid-murid semua sampai duduk di dataran sambil dengar apa ustaz dan ustazah cakap. Nampaknya kena tunggu lama. Puas mama pujuk, Fawwaz berdegil tak mau keluar juga.
Mama tutup pintu dan start enjin. Geram mama, jalan juga jari mama kat peha Fawwaz. Maaflah, mama tak berdaya melawan stress ni. Mama cuba kawal diri waktu memandu. Mama cuba bawa Fawwaz ke tadika mbah di Seri Kembangan tu. Kalau Fawwaz mau, mama tak kisah hantar jauh pun. Mama pulak tak bawa HP untuk hubungi sesiapa. Sampai je di situ, Fawwaz tak mau keluar juga.
Mau tak mau, mama pandu balik ke rumah. Dalam kepala mama macam nekad nak unsubscribe Astro sebagai hukuman. Biar stop sahaja Disney Junior tu! Mama dan abah pun jarang dapat peluang tengok TV. Sebagai hukuman hari ini, duduk je lah dalam bilik tu. No TV, no game! Tau pula bila mama marah tu.. Diam je, tak demand apa2 macam selalu.
Mama bukan nak straight sangat supaya Fawwaz ke sekolah, sebab baru nak masuk 5 tahun je. Tapi kalau tak pergi sampai ke sudah, siapa yang rugi nanti? Kawan-kawan dah boleh buat macam2. OK lah, mama tak patut buat perbandingan. Cuma, seperti tujuan asal, mama nak Fawwaz berkawan dan faham bahasa kawan2. Dan kalau di rumah Fawwaz mau ikut apa kata mama untuk belajar pelajaran asas, mungkin mama tak risau sangat nak hantar ke sekolah. Fikiran mama boleh relaks macam abi tu..
Sekarang ni, mama tak tau apa yang Fawwaz fikirkan. Macam abi cakap, kena faham.. Memang susah nak faham sebab Fawwaz masih belum pandai nak deliver apa yang dalam hati dan fikiran Fawwaz. Yang selalu Fawwaz beritahu cuma 'cikgu' dan 'buku', tanpa ayat. Apa yang tak seronoknya di sekolah tu. Masa ni mama rasa, biar abi je fikirkan.. Mama nak masak. Nak baking. Nak terapi diri..

Subscribe to:
Posts (Atom)