Sunday, April 8, 2012

Minggu Yang Mencabar

Dah masuk bulan ke-4... Bulan 2 & 3 nampak macam dah OK.  Tapi sejak minggu lepas, mama terpaksa mengharungi semula cabaran menghantar anak mama ke sekolah.  Ya Allah.. semoga tabah dan kental jiwa mama Fawwaz ni.

Sejak hari Khamis lepas, Fawwaz tak mau ke sekolah.  Walau dah lengkap berpakaian dan siap bersarapan.  Demi nak keluar rumah je, macam-macam alasan keluar.  Hari Jumaat pula, dari rumah dan sepanjang perjalananan ke sekolah menangis. Sampai di sekolah, rupa-rupanya sekolah cuti untuk semua sesi tadika dan SRA.

Hari ni, walau pelbagai alasan Fawwaz beri, mama berjaya juga hantar sampai depan pagar sekolah.  Malangnya Fawwaz tak mau keluar sampai menangis-nangis.  Sungguh-sungguh tak mau keluar.  Kebetulan hari Isnin ialah hari perhimpunan dan mama tengok murid-murid semua sampai duduk di dataran sambil dengar apa ustaz dan ustazah cakap.  Nampaknya kena tunggu lama.  Puas mama pujuk, Fawwaz berdegil tak mau keluar juga.

Mama tutup pintu dan start enjin.  Geram mama, jalan juga jari mama kat peha Fawwaz.  Maaflah, mama tak berdaya melawan stress ni.  Mama cuba kawal diri waktu memandu.  Mama cuba bawa Fawwaz ke tadika mbah di Seri Kembangan tu.  Kalau Fawwaz mau, mama tak kisah hantar jauh pun.  Mama pulak tak bawa HP untuk hubungi sesiapa.  Sampai je di situ, Fawwaz tak mau keluar juga.

Mau tak mau, mama pandu balik ke rumah.  Dalam kepala mama macam nekad nak unsubscribe Astro sebagai hukuman.  Biar stop sahaja Disney Junior tu!  Mama dan abah pun jarang dapat peluang tengok TV.  Sebagai hukuman hari ini, duduk je lah dalam bilik tu.  No TV, no game!  Tau pula bila mama marah tu.. Diam je, tak demand apa2 macam selalu.

Mama bukan nak straight sangat supaya Fawwaz ke sekolah, sebab baru nak masuk 5 tahun je.  Tapi kalau tak pergi sampai ke sudah, siapa yang rugi nanti?  Kawan-kawan dah boleh buat macam2. OK lah, mama tak patut buat perbandingan.  Cuma, seperti tujuan asal, mama nak Fawwaz berkawan dan faham bahasa kawan2.  Dan kalau di rumah Fawwaz mau ikut apa kata mama untuk belajar pelajaran asas, mungkin mama tak risau sangat nak hantar ke sekolah.  Fikiran mama boleh relaks macam abi tu..

Sekarang ni, mama tak tau apa yang Fawwaz fikirkan.  Macam abi cakap, kena faham.. Memang susah nak faham sebab Fawwaz masih belum pandai nak deliver apa yang dalam hati dan fikiran Fawwaz.  Yang selalu Fawwaz beritahu cuma 'cikgu' dan 'buku', tanpa ayat.  Apa yang tak seronoknya di sekolah tu.  Masa ni mama rasa, biar abi je fikirkan.. Mama nak masak.  Nak baking.  Nak terapi diri..

2 comments:

  1. Salam Cik Siti, semoga diberi ketabahan dalam menjalankan tugas sebagai ibu. just nak share dgn cik siti, sy pun ada anak tunggal lelaki now dah 4 yrs old, sama jugak mcm fawwaz - speech delay. Sy start realised masa umur dia 2 tahun. Memandangkan sy tinggal di oversea, nak refer speech n theraphy specialist makan masa bertahun, jadi saya cuba buat initiative yg mcm cik siti buat sementara tunggu theraphy. Umur dia 3 tahun sy start hantar play school .. alhamdulillah ada perubahan.. Dan kami suami isteri terpaksa korbankan TV untuk bantu anak kami. TV adalah satu sebab anak lambat bercakap, according to dr kat sini. So, kami memang tak bukak TV langsung. dah dekat 2 tahun kami tak tengok TV..dan hasilnya alhamdulillah, anak kami dah boleh create sentence, dah pandai memujuk, give instructions walaupun pelat2... harap cik siti cuba lah tips ni and kalau boleh game pun cuba elakkan... Selalu berinteraksi dgn dia, encourage him to talk, mcm selalu bertanya soalan. Dan selalu membaca kat dia, masa membaca tu, selalu tanya dia soalan...so buat dia mcm teman bercakap.. ehhe...inysAllah sy doakan fawwaz cepat2 bercakap..:-)

    -Ms L-

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ms L kerana membaca blog sy.

    Tinggal di oversea dan berulang alik Bahrain-M'sia dengan kerap sedikit sebanyak mengganggu program pemulihan Fawwaz. Sedangkan emosi ibu pun boleh terganggu :)

    Sekarang ni adalah positif development nya. Di sekolah mmg dia tak concentrate dan buat hal sendiri (menurut kata guru). Di rumah dia lebih selesa bercakap English dan mempelajarinya dari TV dan katun. Vocabnya semakin baik, malah selalu buat saya terkejut dan gelak. Tapi BM nya agak pelat. Saya fikir kalau dia berada di kelompok yg sama bahasa (English), minatnya belajar bertambah dan mungkin lebih faham apa cikgu cakap. Tapi saya tetap nak tekankan BM sebab nanti masuk sekolah rendah medium BM.

    Saya pun keliru samada TV tu membantu atau sebaliknya. Sebab kes dia ni, macam dia dapat bina ayat dan mengenal benda melalui TV. Sebelum ni yg mengganggu sedikit ialah di Bahrain dia akan tengok katun arabic. Baru nak faham arab sebulan dua, dah kena balik M'sia sebulan dua jugak.. Kesian.

    ReplyDelete