Alhamdulillah... senangnya mama nak suruh Fawwaz tidur sekarang ni. Sejak Abi bagi rules supaya tidur pada pukul 10 malam, rupanya tugas mama menjadi mudah.
Pukul 10.15 mlm mama akan tutup TV.. Kalau dulu Fawwaz akan marah atau tak setuju selagi belum pukul 11 malam ke atas, kali ni Fawwaz cool je.. Tanpa bicara, walau baru je nak mula main supercow, Fawwaz akan lari masuk ke bilik.. Bukan bilik mama, tapi bilik Fawwaz sendiri.
Ya! Fawwaz dah boleh tidur sendiri di bilik sejak seminggu dua lepas. Lepas mama bacakan doa tidur dan bagi good night kiss, mama akan tinggalkan Fawwaz sendiri melayan perasaan sampai tertidur dan bangun keesokannya. Macam ni lah budak baik dan bijak! Kan lebih selesa tidur di atas katil dan tilam, dari tidur di depan TV atas comforter tu... Dan sejak 2 hari lepas (selepas seminggu lebih meragam), Fawwaz bangun dengan lebih segar dan ceria. Dan mudah diajak ke sekolah. Cuma part beratur je Fawwaz masih pantang!
OK lah.. setakat ni mama bagi 4 1/2 bintang.. lagi 1/2 tu mama saja reserve. Moga anak mama semakin baik untuk setiap hari yang mendatang. Sweet dream!
No comments:
Post a Comment