Monday, February 25, 2013

Macam Tuan...

Pagi tadi mama tergelak sekejap tengok tingkah laku Fawwaz dan kawan2 Fawwaz. Hari ni Fawwaz sampai  awal sikit dari kebiasaan. Hari pun hujan. Cikgu belum sampai.

Lepas Fawwaz buka kasut dan susun, 2-3 orang kawan2 Fawwaz menyambut Fawwaz masuk ke dalam kelas sambil memegang badan Fawwaz (macam orang besar je). Fawwaz ikut.. Lepas tu sorang kawan Fawwaz tarikkan kerusi dan suruh Fawwaz duduk. Fawwaz duduk sambil tersenyum2.

Itu yang mama rasa nak tergelak. Samada Fawwaz macam tuan, anak tuan atau kawan2 Fawwaz yang berfikiran matang dan caring. Mama rasa dorang tengok Fawwaz macam adik dorang. Mama teringin nak belajar dengan mama2 dorang. Tapi takpelah... Fawwaz pun banyak perkara yg boleh diharap di rumah. Dan memang ada sedikit mama 'spoilt' kan Fawwaz dengan melakukan banyak perkara yang Fawwaz sepatutnya buat sendiri... :) 


Wednesday, February 20, 2013

Game Rosak!!

Kalau game dah rosak, mama memang kena menjawab saja... Tapi sebenarnya bukan game yg rosak, mouse tu yang dah penat bekerja. Mouse yg rosak sebab Fawwaz duk picit2 saja, walau cuma tengok youtube. Dan petang ni mama memang taknak bantu..

Disebabkan itu, Fawwaz meragam. Lepas je mandi, macam2 Fawwaz buat. Mama pulak macam hilang sabar. Tapi mama pastikan tak menggunakan tangan untuk menyakiti Fawwaz. Mama tepuk juga mulut Fawwaz tapi cepat2 sedar yang mulut Fawwaz sensitif. Mudah berdarah. Jadi mama guna air je. Dan Fawwaz makin tak terkawal. Makin tak faham apa yang Fawwaz nak.  Sudahnya mama guna teknik lain.

Mama diam je, kunci mulut. Tak pandang muka Fawwaz. Mama turun ke dapur dan tinggalkan Fawwaz yg tetap mengekori mama dengan tangisan. Mama ambik laptop dan simpan dalam kabinet yang tinggi. Entah apa yg Fawwaz jeritkan, mama pun tak cuba nak dengar. Mama cuci benda2 dalam sink termasuk botol2 susu. Nampak botol, Fawwaz terus minta susu. Mama diam juga, tapi mama siapkan susu tu. Mama tengok Fawwaz dah 'cool down' dan duduk kat bangku kecil tunggu susu siap. Mama bacakan Al Fatihah dan ayat 3 kul. Mama tiupkan kat susu. Lepas tu mama bagi Fawwaz minum. Mama terus naik atas lagi tunggu Maghrib.

Lepas minum, Fawwaz naik. "I am sleeping.." Kata Fawwaz. Mama sarungkan baju dan seluar tidur. Mama peluk dan cium pipi Fawwaz dengan maksud mama sayangkan Fawwaz. Fawwaz dah kembali elok. Sebelum mama solat, mama siapkan tempat tidur. Dan bila mama habis solat, Fawwaz dah lena... Selamat tidur anak mama.  Esok bangun awal ye.. Nak sekolah  :)

Wednesday, February 6, 2013

Kena Cubit Ke?

Dalam beberapa hari lepas mama noticed ada lebam di pinggang Fawwaz. Belah tepi. Fawwaz kata sakit. Mama duk fikir2 yang lebam tu disebabkan tersadung kat bucu meja. Kan Fawwaz suka terkinja2 kat area meja ni dan selalu 'accident'.

Bila mama bagitau abi, dia buat muka berkerut. Buat pertanyaan meragukan. Membuatkan mama berfikir dua kali untuk membuat final conclusion. Kemudian mama check lagi sambil membuat sedikit analisis.

Ianya seperti lebam bekas cubitan. Sebab ada dua kesan lebam dan di tengah2nya tak lebam. Satu cubitan besar dan kuat! Tapi mama tak mau fikir macam2, walau tetap berfikir juga. Tak mau tersilap tuduh. Mana tau betul2 tersadung! Cuma abi macam pasti yang Fawwaz kena cubit dengan kuat oleh seseorang. Mungkin Fawwaz ada buat kesalahan waktu itu yang buat orang marah.

Ada logiknya juga. Mama pun selalu juga hinggap jari jemari kat Fawwaz bila 'out of control'. Tapi tak pernah berbekas apatah lagi lebam yg berhari2 sampai sekarang. Mesti kuat kenanya, kata abi. Rasanya dah lebih 3 hari, atau 4 dan 5. Masa mula2 kejadian mungkin tak nampak sangat.

Kesian Fawwaz. Memanglah Fawwaz jenis tak boleh diam. Asyik nak tawaf je. Mungkin terusik apa2 ke.. Dan yg paling kesian, Fawwaz tak pandai mengadu. Fawwaz tak tau mengadu. Yang ada Fawwaz mengadu di suatu hari ialah "Fawwaz nanges..". Bila mama tanya kenapa? Fawwaz dah tak tau nak bercerita.

Mama takda nak salahkan sesiapa sebab mama takda bukti. Tapi lepas ni mama kena selalu check badan Fawwaz. Bukan mama nak manjakan sangat. Tapi mama bertanggungjawab atas apa jua yg berlaku. Fawwaz tak macam kawan2 lain yang boleh bercerita dan faham apa yang berlaku. Fawwaz ada kekurangan yang merupakan anugerah Allah untuk orang seperti mama. Apabila mama bersabar, Allah memberi ganjaran pahala yg besar.. Namun mama tak putus asa. Mama akan terus berusaha dan berdoa agar Fawwaz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.. :)


Saturday, February 2, 2013

I Don't Know School!!


Sebenarnya Fawwaz nak cakap "I don't want school". Sekian lama, anak mama masih confuse nak cakap "don't want" dengan "don't know". Kadang2 bila Fawwaz sedar, cepat2 dia betulkan.

Mama paling nak elak kalau pagi2 Fawwaz cakap don't know school atau no sekolah! Mama akan rapatkan mulut sambil berdoa di dalam hati. Paling2 mama doa "Allahumma Yassir Wala Tu'assir". Setakat ni, dengan cara itu, agak lancar. Mama iyakan aje kalau Fawwaz kata tak mau sekolah. Dalam waktu yg sama, mama akan buatkan susu, hidangkan sarapan roti atau cereal, sarungkan seluar, baju dan stokin. Sampailah di dalam kereta, mama setujukan aje bila Fawwaz kata no sekolah! Bila nampak bumbung sekolah, mood Fawwaz akan bertukar ceria.

Tapi pagi ni, Fawwaz tak ceria pun bila tengok sekolah. Tetap cakap tak mau sekolah. Fawwaz siap kunci pintu kereta. Tapi akhirnya Fawwaz buka juga dan melangkah ke sekolah dengan penuh helah. Mama hantar sampai dekat dewan, sebab hari ni ada perhimpunan dengan abang2 dan kakak2. Puas mama pujuk tapi tetap macam tu. Disebabkan Fawwaz tak mau ke dewan, mama tinggalkan Fawwaz di tepi dinding lorong nak masuk ke dewan. Mama pesan kat pengawal supaya tengokkan Fawwaz. Mama tak sampai hati tinggalkan terus. Mama tengok dari kereta Fawwaz berdiri di situ. Sampailah cikgu datang, dan Fawwaz ikut masuk.

Mama akan sentiasa doakan Fawwaz menjadi anak yang terang hati, cerdik, soleh, cemerlang dan berjuang demi agama Allah. Amin.