Fawwaz demam sekejap je.. dalam 2 hari dan tak makan ubat pun. Yang pertama memang jenis susah nak makan.. dan yg kedua, demi abi balik membawa ubat je, terus kebah tak lama tu..
Tapi... seperti dijangka, perangai selepas demam memang menguji kesabaran. Tapi yg membuat daku lebih letih dan trauma ketika menjelang malam ialah ulser di mulutnya tu. Pertama kali kena. Dengan mulut yg kering macam melepuh, dia mengadu sakit. Kita nak tengok dan periksa, mm jangan harap dia bagi. Sesekali je dia bagi pegang, tapi tak bagi belek. Tidur malam tak sampai 1 jam, mesti bangun menangis bersungguh2 sambil pejam mata. Kadang dia buat umi macam musuh, ditendang2, kadang abi pun kena huhuhu! Sebab dia tak sedar, kalau sedar matapun kuyu sebab tak cukup tidur, umi pun sabar je menghadapi kerenahnya. Sampai 2 hari 2 malam mak jadi burung antu.. baru je nak lelap, dia dah bangun dulu menangis. Ada sekali aku geram, kujolok mulutnya.. terus kena marah ngan boss! hahahh..
Sebenarnya sejak demam haritu, dia macam selera nak makan itu ini.. tapi demi masuk mulut dia terus tolak. Alaa.. macam kita juga, kalau demam tak sedap mulut. Bila dah tak demam, dia menangis pulak tiap masuk makanan.. sakit katanya. So, kita belikanlah dia makanan sejuk dan lembut macam caramel.. pastu yogurt yg dia suka selalu tu. Pun tak jalan... Betul2 susu je yg jalan.
Sampailah semalam, on the way nak ke souk, dia baring kat pangku kita.. dia bagi tengok dalam mulut dia. Nah! Ada satu 'kawah' le kat situ.. orang jawa kata "lumpangen", kat bibir dalam. Patut pun... Tapi umi dia blank je, abi toksah kata la.. :) Sampai rumah, umi tanya en google, taule benda nama "bonjela" tu.. Tertinggal aku kan!! Belajar tinggi2, bonjela pun tak tau hahaha.. Yelah, dah tak pernah kena.. Saya sendiri kalau kena, letak garam je.. super extreme! Maka abi pun kenalah keluar beli...
Nak letak benda ni pun satu perkara.. kena tunggu dia tidur. Bila dah tidur, segeralah umi sapu sikit... mmm terkejutle dia! Dahle tidur terganggu je, baru lena pun kena ganggu hehe. Berpusing2 dia tak karuan.. Umi buat2 bodoh tanya "kenapa?" Apalah kan.. takut kena hantam ngan budak kecik!
Tapi adalah hasilnya sikit... Malam tadi saya dapat tidur yg berkualiti walau masik kena jaga sekejap2 dan masih berkemah depan TV. Walau dia sesekali jaga, nangisnya kurang.. Alhamdulillah. Pagini dah boleh makan donut entah berapa biji.. lepas geram la tu! Dah beberapa hari tak makan.. Masih mengadu sakit, tapi agak tenang... Nak kena tunggu dia tidur lagi... kenalah sapu sikit lagi.. Kawan saya bagi petua, sapu MINYAK MASAK di luar (muka) dan gosok sampai lembut...
Tapi... seperti dijangka, perangai selepas demam memang menguji kesabaran. Tapi yg membuat daku lebih letih dan trauma ketika menjelang malam ialah ulser di mulutnya tu. Pertama kali kena. Dengan mulut yg kering macam melepuh, dia mengadu sakit. Kita nak tengok dan periksa, mm jangan harap dia bagi. Sesekali je dia bagi pegang, tapi tak bagi belek. Tidur malam tak sampai 1 jam, mesti bangun menangis bersungguh2 sambil pejam mata. Kadang dia buat umi macam musuh, ditendang2, kadang abi pun kena huhuhu! Sebab dia tak sedar, kalau sedar matapun kuyu sebab tak cukup tidur, umi pun sabar je menghadapi kerenahnya. Sampai 2 hari 2 malam mak jadi burung antu.. baru je nak lelap, dia dah bangun dulu menangis. Ada sekali aku geram, kujolok mulutnya.. terus kena marah ngan boss! hahahh..
Sebenarnya sejak demam haritu, dia macam selera nak makan itu ini.. tapi demi masuk mulut dia terus tolak. Alaa.. macam kita juga, kalau demam tak sedap mulut. Bila dah tak demam, dia menangis pulak tiap masuk makanan.. sakit katanya. So, kita belikanlah dia makanan sejuk dan lembut macam caramel.. pastu yogurt yg dia suka selalu tu. Pun tak jalan... Betul2 susu je yg jalan.
Photo ihsan Wikipedia