Tuesday, October 18, 2011

Demam

Suasana sepi dari suara orang.. Yg bising cuma suara katun "Ruzi wa Rumba" tu... Fawwaz demam sikit sejak semalam. Badannya hangat tapi takde idea macamana nak bagi makan ubat. Tak sampai hati nak guna kekerasan macam dulu2. Sebab bila dia demam, perilakunya amatlah baik sekali. Dah masuk ubat dalam botol + susu stroberi.. Tapi dia taulah dlm tu ada ubat! Hehe.. Akak ni macam orang dulu2 lak, bagi ubat campur susu..

Mainannya sekarang ialah iPad ni.. Sebab ada angry bird yg dia dah katam 9 level. Kejap2 berkepit ngan iPad, abinya dah seriau je takut jatuh macam selalu dia buat kat HP ku.. Pagi tadi abi dah angkut ke opis. Jadi, kejap2 dia tanyakan 'bird' dia.. Bila bagitau takde, merajuk dan buat pasal, siap 'mop' lantai dgn badan dia... Mak le yg jadi mangsa..huhu! Nak nangis mak ni tau... Tapi bila badannya dah kembali tak sedap, terus dia baik.. Diam je sambil baring2 depan TV.. Nak suruh demam lama sikit ke? Biar umi tenang sikit... Hehe kejamnyeee!!!!

Penat jalan2 weekend semalam kot. Meredah kepanasan mentari.. First weekend sejak balik hari tu, penuh dgn aktiviti jalan2 pagi, petang, siang & malam. Dari jogging bersama abi (umi kat rumah buat breakfast je.. :)), melawat binatang2 di Al Areen Wildlife Park, Manama Souk, dll.. Dan setiap kali sampai ke destinasi, dia tidur.. Jenuh nak kejutkan dan pujuk keluar kereta. Dugaannn...

Siap buka baju.. mana tak sedap tido  :)  Abi siap buka kerusi kat luar kereta... haha

"Umi ni dah tak larat nak berdepan dengan ragam rajuk Fawwaz tau... sekian lama, macam tu!"

Masa nilah teringatkan acik2 yg ditinggalkan kat M'sia tu.. Hanya dorang je ada ilmu menjinakkan Ahmad Fawwaz semudah ABC... Tak aci tau!!!

Takpelah... Umi redha je. Dah ni bahagian dan rezeki kita... Positif selalu! Pasti ada hikmahnya... GET WELL SOON MY DEAR!!! I love u...


Suasana Al Areen tenang dan cantik dipermulaan..

No comments:

Post a Comment