Sunday, March 10, 2013

Belajar Huruf

Masa mesyuarat AJK, abi cakap cikgu melaporkan di kelasnya terdapat 12 orang yang belum kenal huruf. Tapi tak pasti di kelas Fawwaz.  Mama dan abi terfikir juga kalau Fawwaz akan dikategorikan sebegitu. Memandangkan Fawwaz jarang nak ikut arahan cikgu dan memang tak mahu menulis. Kalau cikgu tidak memberi arahan mengikut keinginannya, memang sukar untuk mendapatkan kerjasama.

Sebenarnya dah lama Fawwaz kenal huruf ni. Masa 4 tahun Fawwaz dah mahir huruf dan angka dengan pelbagai bahasa iaitu English, Arab dan Melayu. Cuma bila dah balik ke Malaysia, mama buntu macamana nak kembangkan lagi. Dah hantar ke sekolah pun masih kurang membantu. Sebabnya, sama macam di rumah, kat sekolah pun kurang bekerjasama. Fawwaz tetap dengan dunianya sendiri. Mama dan cikgu sama, tak boleh nak bertegas dan mudah kasihan.

*******************************
Sambil menyingkap album lama...

Buku ni yg banyak membantu Fawwaz mengenal huruf dari A ke Z.. 
Tapi dah hilang waktu Fawwaz bawa ke sekolah lamanya dulu

 Meja tulis je yang cantik... mata pandang TV

Makan sambil mengadap katun dalam bahasa arab...
Kalau konsisten masa tu (tak ulang-alik ke M'sia) pasti dia pandai betul bahasa ni... :)


Satu ketika mama sangat risau dengan kegemarannya menterbalikkan mainan macam ni
Ikut bacaan, ia adalah symptom autisme... 
Tapi mama diamkan saja, bimbang abi marah..


No comments:

Post a Comment