Sunday, March 17, 2013

Syukur Ya Allah..

Allah memang selalu makbulkan doa mama.. Kuncinya, kena yakin apabila meminta pertolongan Allah... Dan pagi tadi, selepas cuti 3 hari, Fawwaz dah jerit2 tak mau sekolah. Mama diam je sambil buat kerja rumah. Dalam hati mama tak putus2 doa dan minta pertolongan Allah.

"Allahumma yassir wala tu'assir.."

Mama cuba nak sarung seluar sukan, Fawwaz dah mula nak meragam. Mama cool down dulu dan siapkan diri mama je di atas. Mama turun, sikat rambut Fawwaz pelan2 sambil berdoa. Kemudian sarung seluar dan t'shirt. Semuanya step-by-step dan bukan serentak. Mama hidupkan enjin kereta, pasang CD kegemaran Fawwaz, baru sarungkan stokin sambil baca doa terang hati..

"Allahummaftah alaina hikmataka..." dan "Rabbish rahli sadri.." dan hembus muka Fawwaz yg tersengih tu.. :)

Dan waktu ini, Fawwaz dah berada di sekolah. Tadi mama tinggalkan je Fawwaz di depan pintu sebab hari2 memang macam tu. Pandai2 lah Fawwaz nak masuk kelas sebab kalau mama tunggu, tak tau berapa lama.. Balik nanti mama akan buat kelas tambahan untuk Fawwaz.. Itulah usaha mama yg tak pernah putus.

Fawwaz seronok main pasir dan berenang di pantai.. Hujan2 pun masih nak 'swimming'...


No comments:

Post a Comment