Thursday, March 14, 2013

Menulis huruf

Selepas insiden muntah malam semalam, mama sentiasa pastikan Fawwaz makan. Alhamdulillah, Fawwaz masih boleh ke sekolah pagi tadi dan cikgu cakap Fawwaz tak muntah pun..

Sebelah petang, mama mulakan projek mini tadika di ruang tamu ni. Dan Fawwaz pun berminat untuk sama2 dengan mama, melukis dan menulis. Fawwaz dengan 'best friend'nya doodle board. Tiba2 mama teruja. Fawwaz tulis huruf 'A'. Mama ambil gambar. Lepas tu tulis 'B' dan sampai 'Q'. Lepas tu dah penat.. Setiap kali tulis, mama kena ambil gambar.

Untuk mama2 yang lain mungkin dah jadi perkara biasa bila anak yg dah nak masuk 6 tahun menulis A, B, C... Tapi mama Fawwaz lain. Inilah pertama kali Fawwaz buat di depan mama. Selama kini bila mama nak ajar, Fawwaz langsung tak mahu. Dah makan tahun usaha mama ni.. Buku tulis Fawwaz kat sekolah sebelum ni pun kosong. Tandanya cikgu pun tak boleh ajak Fawwaz menulis. Walau setakat guna doodle je, Fawwaz tak tiru mana2 pun. Paling2 Fawwaz tengok sekejap yg di dinding tu untuk huruf 'G' dan 'K'. Mungkin keliru sikit.. Dah sampai huruf Q tadi, Fawwaz sambung dengan lukisan robot dan dinasour macam biasa... hehe!

 
 

Selepas terbaca ada satu website tentang pembacaan fonetik, mama dapat idea untuk ajar Fawwaz. Balik dari sekolah tadi terus ajar Fawwaz 'a e i o u'. Kalau ikut pembacaan mama tadi kena sebut 'a' sebagai 'aa' bukan 'ei'. Dan begitu juga dengan huruf2 lain. Jadi, tadi mama dah mulakan dan Fawwaz pun ada mood untuk ikut.

Petang pula, mama ajar Fawwaz baca Al Fatihah dan surah An Naas. Setakat ni mama ajar Fawwaz menghafaz dari Al Fatihah hingga surah Al Ikhlas. Cuma Fawwaz memang pelat dan banyak juga mainnya. Semoga akan terus baik di masa akan datang. Biar lambat asal tidak give up.


No comments:

Post a Comment