Sunday, March 10, 2013

Oh My English!

Semalam waktu gotong royong prasekolah, mama tercuri dengar sorang kawan perempuan memanggil Fawwaz. Dia nak ajak main. Mama tergelak bila kawan tu cakap "come Fawwaz!". Gelak sebab dari ayat singkat itu, mama tau yang kawan2 pun kena cakap English dengan Fawwaz.. Bukan cikgu je kena, tapi kawan2 lain. Baguslah sebagai galakan kepada kawan2 Fawwaz juga, selain dari cikgu2 yang mengajar Fawwaz. Maknanya akan ada multi language di situ. Mama juga dengar ada ibu2 dari kalangan guru2 di situ menegur Fawwaz dalam English. Kalaulah mereka tau Fawwaz pernah berbahasa Arab sewaktu di Bahrain... :D

Pagi tadi Fawwaz mogok di sekolah. Tak mau masuk ke perhimpunan walau cikgu memujuk. Lama2 mama tinggalkan terus dan serahkan pada cikgu. Masa mama masuk kereta (selepas berbual2 dengan K.Ros cikgu sekolah menengah), mama tengok Fawwaz dah masuk ke perhimpunan. Syukur, hilang risau mama...

Tadi cikgu Faizah kata, Fawwaz tak pernah nak makan waktu rehat. Mama kata biarkan, sebab Fawwaz memang macam tu. Cuma suka roti dan tak makan nugget. Atau lebih kepada tidak menyukainya sebab mama tak ajar. Setakat ni burger je yg lepas dan menjadi kegemaran. Lepas tu, cikgu cakap Fawwaz suka cakap "I'm hungry!" dan "sakit perut". Itu memang ayat2 favourite Fawwaz. Hungry sebab memilih makanan dan membawa ke sakit perut atau mungkin masuk angin (kembung). Mama sedaya upaya menyediakan makanan2 kegemaran Fawwaz. Adakala berjaya dan adakala tidak. Akhirnya Fawwaz akan sakit perut. Memang sukar sedikit, tapi mama sentiasa mencuba. Kejap lagi mama kena belikan pasta di Pizza Hut supaya selera Fawwaz datang balik. Itu makanan yg tak pernah kena tolak. Dah cakap English, kenalah makan western... hehehe!

Harap2 anak mama sentiasa sihat dan ceria. Melalui perkembangan otak dan minda yang memberangsangkan. Mama dah merangka pelan dengan abi untuk lebih melakukan sendiri selepas ini. Sebab dari segi psikologi, mama lebih faham. Cuma mama tak tau macamana nak bertegas dan membentuk disiplin yang lebih baik. Yang itu mungkin tugas abi walau karakter abi lebih lembut.


No comments:

Post a Comment