Rupanya dah lama ummi tak update blog Fawwaz. Tapi sebenarnya dah banyak juga ummi tulis tentang Fawwaz, di blog sembang ummi. Malam ni Fawwaz tidur awal. Baru je masuk pukul 8, Fawwaz dah senyap di atas sofa. Mungkin hari ni Fawwaz guna tenaga ekstra, tu yang cepat penat.
Rupanya dah banyak perkara Fawwaz lalui. Banyak penemuan, rawatan dan terapi sudah dilalui. Alhamdulillah, kali ini urusan tidak sesukar beberapa tahun lalu. Waktu kita berulang ke Hospital Ampang untuk rawatan yang sama. Fawwaz hari ini sangat bekerjasama. Sangat suka dengan doktor. Sangat teruja bila diajak berjumpa doktor.
Sepanjang 2 bulan, sebenarnya macam-macam dah Fawwaz lalui. Bermula dengan mandi ais di Attitude Therapy, pertemuan dengan doktor di klinik kesihatan Jitra, kemudian dirujuk ke Pakar Kanak2 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Lepas tu dapat appointment dengan Klinik Psikiatri di hospital lama, sebelum dapat berjumpa dengan psikiatris kelmarin (1/10). Rawatan OT (occupational therapy) menyusul sebelum tu. Begitu juga terapi percakapan (speech therapy) yang baru berjalan sekali.
Setakat ni, yang dah buat beberapa kali dan hampir setiap minggu ialah OT. Kali ni ummi nak cerita tentang rawatan OT untuk Fawwaz. OT ni buatnya di Hospital Jitra yang tenang itu. Fawwaz suka tempat tu dan akan masuk ke bilik rawatan dengan gembira. Ummi akan tunggu di luar menonton sinetron Indonesia & Filipina sambil membaca majalah... hehe!
Sekarang setiap hari ummi kena brush Fawwaz dengan sejenis berus khas untuk memperbaiki tahap sensory nya. Kemudian kena betulkan sendi tangan dan wrap ketat-ketat.
Semalam.. teacher cadangkan beberapa aktiviti untuk ummi buat di rumah..
1. Brushing seperti biasa
2. Buat puzzle - tak perlu banyak, cukup dengan yang 20 keping dahulu
3. Ummi buat titik2 dan sambung beberapa titik tu (buat corak) dan Fawwaz tiru
4. Angkat 2 kerusi yang diletakkan sesuatu di atasnya spt abjad dll. Fawwaz kena angkat dari point satu ke point dua
5. Arahan untuk mengambil barang cth abjad atau nombor di tempat yang agak berjarak. Minta ambil 2 atau 3 barang serentak
Teacher juga mengatakan yang level frustration Fawwaz agak tinggi. Contohnya apabila disuruh membuat puzzle, Fawwaz akan tekun menyelesaikannya. Tetapi, jika ada yang Fawwaz tak boleh buat, Fawwaz cepat give up atau minta ditolong.
Ini sama keadaannya bila di rumah. Bila sedang main game, selalu Fawwaz marah bila tak dapat menggerakkan benda.. Dia akan kata "tolong! tak boleh!!!"
Yang umi kena cari juga berdasarkan cadangan trainer pertama masa di HSB (sebelum dirujuk ke Hospital Jitra) ialah bola besar, yoga mat, checkered mat, dan lain-lain. Moga-moga langkah ummi bisa panjang lagi demi Fawwaz.
Thursday, October 3, 2013
Sunday, August 18, 2013
Treatments & Appointments
Sepanjang bulan puasa dan beberapa hari sebelumnya dan pelbagai temujanji dan rawatan dilakukan buat Fawwaz. Selepas perjumpaan pertama di Attitude Therapy, umi dan abi mendapat jemputan guru besar pula untuk berbincang tentang masa depan Fawwaz. Macam terancang pula. Perbincangan dengan guru besar membawa kepada langkah yang lebih panjang, pantas dan yang seumpama.
Mula-mula umi dan abi bawa Fawwaz berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Jitra, sebelum mendapat temujanji ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star. Di HSB, bertemu dengan doktor pediatrik yang mengambil masa panjang juga untuk sesi temubual. Selepas itu baru doktor keluarkan surat untuk dirujuk ke pakar psikiatri pula yang terletak di hospital lama pada 5/8/13. Dari doktor klinik psikiatri, dapatlah tarikh temujanji untuk berjumpa pakarnya yang agak lama lagi iaitu 1/10 nanti... huhuhu! Lamanyaaa...
Sebelum ke klinik psikiatri, umi terlebih dulu bawa Fawwaz buat treatment di Attitude Therapy selama 3 hari. Sepatutnya untuk treatment tu, Fawwaz kena mandi ais sebanyak 3 kali. Tapi disebabkan hari terakhir Fawwaz tak mau, umi kena gantikan... Di AT, untuk mandi ais tu, pada hari yang sama umi kena buat solat hajat... Sewaktu proses penyiapan diri untuk mandi pun kena baca Al Fatihah, ayat kursyi dan selawat. Memang sejuklah... kesian Fawwaz. Alhamdulillah, adalah nampak hasil positif untuk beberapa perkara.. Namun autism dan tahap kesedarannya masih memerlukan rawatan susulan untuk beberapa kali lagi.
Hari ni umi membuat beberapa lagi temujanji. Bermula dengan bahagian pemulihan (rehabilitasi) pada 21/8 esok dan speech therapist pada 23/9. Wow! Memang penuh saja jadual pakar2 ni.. Nampanya memang sukar nak dapatkan tarikh terdekat. Memang nak kena buat contingency plan. Jadi, mungkin esok atau lusa umi akan cuba melawat NASOM tu untuk dapatkan gambaran.
Umi berdoa semoga umi mendapat kekuatan untuk melakukan semua itu. Walau umi pernah menyerah kalah dan rasa merajuk, akan umi kikis semua tu. Kerana, kalau bukan umi yang kena lakukan, siapa lagi? Umi yakin, Allah akan sentiasa berada di sisi kita selagi kita redha dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepadaNya.

Saturday, June 29, 2013
Diagnosis
Heh.. tak mau gelak sendiri! Itulah ayat yang umi baru lepaskan tadi dan banyak kali sebelum ni... Bukan apa, umi risau kalau tengok Fawwaz senyum dan gelak sorang2. Umi tak tau apa yang Fawwaz gelihati tu..
Hari ini kita melakukan langkah pertama ke arah penyembuhan Fawwaz, In shaa Allah. Awal pagi, umi, abi dan Fawwaz dah bertolak menuju ke Ipoh. Tiba2 umi nekad nak bawa Fawwaz ke klinik Attitude Therapy. Umi kata kat abi, kalau abi sibuk, umi pergi sendiri pun takpe. Alhamdulillah, abi ambil keputusan nak ikut. Bukan apa, sebab dah makan tahun umi cuba yakinkan abi untuk merawat Fawwaz. Umi tak mau semangat umi hilang sekali lagi..
Tadi kita berjumpa dengan Dr Hj Aishah yang sangat lembut dan menyenangkan pertuturannya. Setelah umi menceritakan tentang masalah Fawwaz, dr buat pemeriksaan melalui umi.
Ayat pertama yang keluar dari Dr selepas pemeriksaan agak mengujakan. Dr kata "pandai budak ni!". Ya, Dr bagi 100% untuk IQ Fawwaz. Yelah, markah utk ujian ni bukan yg macam Einstein tu. Tapi mana tau, kalau akan datang IQ tu melebihi Einstein... hehe.
Untuk EQ, agak rendah sikit iaitu 70%. Dan semakin rendah untuk yang lain2. Untuk tahap kesedaran cuma 20%, skill 40%, dan lain2 yang kebanyakan tak sampai 50%. Dr kata ada sedikit autism iaitu 15% dan boleh hilang (sembuh). InsyaAllah ye... Umi berdoa sangat2. Ada lain2 lagi yang Dr diagnosed, tapi umi tak mau sebutkan di sini. Bimbang boleh mendatangkan fitnah. Namun umi insaf, dan berharap boleh diubati dengan izin Allah.
Dr mencadangkan supaya Fawwaz dimandikan ais bersama garam yang khas untuk 3 hari berturut. Bermakna 3 hari tu, kita kena lakukan di klinik. Boleh juga dibuat di rumah jika ada peralatan sesuai. Cuma sekarang belum boleh nak confirm masanya sebab abi nak ke Bahrain minggu depan. Ruang mandi di klinik juga sedang diubahsuai. Paling awal kita boleh pergi 3 minggu lagi..
Perubatan ni adalah secara Islam dan dr sarankan abi dan umi buat solat hajat untuk menghapuskan segala unsur2 yang mengganggu, di samping doa Dr sendiri. Dan sudah beribu pesakit seumpama ni yg Dr dah rawat. Umi beritahu Dr, setiap malam umi pasangkan surah Ruqyah dan nampaknya Fawwaz mudah tidur. Dr setuju dan katanya memang kena lakukan pelbagai cara dalam satu masa supaya lebih efektif.
Semoga anak umi tidur lena.. esok jangan meragam tak nak ke sekolah ye! :)

Tuesday, June 18, 2013
Fawwaz Sesudah Cuti
Ummi memang susah nak keluar jauh-jauh. Lagi pulak ummi belum ada feel nak berjalan shopping di tempat ni. Tapi, nak tak nak, suatu hari nanti ummi akan mahir juga perjalanan di sini.
Tadi tengahari, ummi sembang kejap dengan cikgu. Umi nak minta pertolongan cikgu untuk rakam video Fawwaz di kelas. Cikgu pun ada beri pandangan. InsyaAllah, semoga harapan umi nak bawa Fawwaz buat diagnosis dengan pakar termakbul. Sebab ni dah kira masa kritikal untuk Fawwaz cope up dengan pelajaran asas sebelum masuk tahun 1.
Tadi, kata cikgu, sejak lepas bercuti Fawwaz semakin aktif. Aktif maksud cikgu ialah agresif dan tiada penumpuan. Umi pun sebenarnya sedar akak perubahan ni. Perubahan di rumah lebih kepada kurang minat Fawwaz kepada aktiviti belajar. Dah tak mau pegang doodle board apatah lagi pensil dan warna. Sekarang kalau tak di meja komputer, Fawwaz akan fokus kepada TV. Tapi memandangkan ada unsur pelajaran pada katun tu, umi biarkan dulu. Sesekali umi akan bersoal jawab tentang aktiviti, warna, perbuatan dan lain-ain berdasarkan katun tu. Contohnya ada COW di situ. Fawwaz tau itu cow. Ummi akan tanya "how to spell cow" atau "let's spell cow". Setakat ni, benda-benda macam tu yang ummi buat supaya menoton itu membawa manfaat.
Fawwaz agak takut dengan katun ni.. Kalau ada iklannya, cepat2 dia tutup TV.. :D
Nota:
Panggilan Fawwaz terhadap mak berubah2.. Mula2 umi, jadi mama, lepas tu mummi... sekarang jadi ummi semula dan nampaknya kekal. Alhamdulillah...
Tuesday, April 16, 2013
Professor!
Sedang mama melipat kain, tiba-tiba Fawwaz bersuara. Ajak mama bersembang. Tak jelas apa butirnya, yang mama dengar macam perkataan 'professor'. Teruja pulak mama dengar.
"Professor?". Mama tanya Fawwaz
"Yes... professor xxxxx.. ball" Tak jelas juga. Yang dengar perkataan professor dengan ball je
Mama pun bangun sebab nak tau. Pergi dekat meja game..
Owhhh.... mamat kat game tu ye. Dan memang itu watak professor dalam game.
Kadang-kadang mama rasa macam Fawwaz dah pandai baca, walau mama berilusi je. Kalau tak, camna Fawwaz tau nama benda2 kecik tu, padahal volume pun tak kuat.
"You are genius! You know he's a professor... Nanti belajar pandai2 sampai jadi professor ye.."
Moga2 kata-kata mama menjadi doa yang makbul petang tadi...

Sunday, April 14, 2013
Baju Sukan Sekolah
Setiap kali masuk minggu baru dan hari pertama sekolah, mama akan rasa sedikit stress. Lebih2 lagi kalau abi takda. Kalau jatuh hari Ahad, cabarannya ialah nak menyiapkan Fawwaz awal dan tiba di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Fawwaz kena masuk perhimpunan sekolah bersama kakak2 dan abang2 senior. Dan selalunya Fawwaz akan masuk ke kawasan sekolah dengan pelbagai alasan. Fawwaz akan hanya berdiri di tepi dinding sampailah ada cikgu yang berjaya bawa Fawwaz masuk (selain cikgu kelas).
Hari ni sekolah bermula pada hari Isnin sebab semalam cuti. Cabaran hari ni ialah untuk memaksa Fawwaz menyarungkan T Shirt sukan yang Fawwaz tak pernah suka. Sekali je Fawwaz pakai masa nak ambil gambar kelas. Hari tu Fawwaz pergi dengan 'moody'nya. Kali ni, mama berdoa sedari semalam supaya Allah lembutkan hati Fawwaz hanya untuk menyarung baju tu. Namun sampai keluar rumah pun, Fawwaz masih taknak pakai.
Jadi, pagi ni mama beri 2 pilihan saja. Membawa baju sukan tu dan baju lama warna biru yang Fawwaz dah tak mau pakai. Sampai separuh jalan Fawwaz tak berbaju, cuma pakai seluar sukan lengkap sampai kasut. Bila dah dekat sekolah tu, tiba-tiba Fawwaz bersuara nak pakai baju. Mama hentikan kereta kat tepi jalan dan senyum berjaya. Dengan relanya Fawwaz pakai baju tu. Lega sangat. Segalanya lancar sampailah Fawwaz masuk ke kelas.
Mama balik semula ke rumah dengan senyuman gelihati dan penuh syukur. Terima kasih ya Allah. Doa mama untuk Fawwaz memang selalu Allah makbulkan dengan apa cara pun... Kenalah mama belanja Fawwaz pasta carbonara Pizza Hut tengahari nanti :))

Tak tau apa yg tak menarik di mata Fawwaz. Umi tengok hensem je Fawwaz pakai baju nih... :D
Wednesday, April 10, 2013
Apabila 'Mouse' Tiada..
Sejak mouse rosak, prestasi Fawwaz semakin baik. Fawwaz dah tak melepak dan berebutkan netbook ni lagi. Jadi, mama rasa dah tak mau guna mouse lagi walau jari telunjuk mama tak berapa gemar dengan 'tugas' terbaru ni :D
Sekarang Fawwaz suka menyiapkan kerja-kerja sekolah yang tertunggak sejak tahun lepas. Masa di Tadika Kasyiful Ulum, memang banyak buku-buku dan kertas tugasannya. Ada banyak matapelajaran termasuk BM, English, matematik, pendidikan seni, bahasa Arab, Jawi, Quran/Iqra', dan lain-lain. Mungkin lebih sepuluh buku.. Mama pun tak kira. Buku-buku tu masih banyak yang kosong samada tak sempat atau ada yang Fawwaz tak mau buat. Biasalah anak mama ni... Perangainya dibawa sampai sekarang.
Jadi, Fawwaz akan keluarkan semua buku-buku tu dan mengisi mana yang kosong. Nanti kalau dah siap tu, baru mama nak belikan buku2 yang baru. Lagipun Fawwaz baru nak mahirkan pegang pensil dan juga baru tumbuh minat nak menulis terutamanya yang berkenaan huruf. Cengkaman pun belum kuat. Satu kejadian tadi, masa buat kiraan dalam BM dan kena menuliskan angkanya di dalam kotak, Fawwaz confuse kejap. Fawwaz kira semula dalam English, baru tau angka apa nak tulis.
Mama juga sama-sama menonton kartun dengan Fawwaz sambil menguji minda. Contohnya masa menonton katun 'Jake and the Neverland Pirate' tadi, mama tanya semua watak yang ada. Memang Fawwaz hafal betul! Ada Jake, Cubby, Izzy, skully, Captain Hook, Mr Smee dan sapa entah lagi. Mama pun tak dapat tangkap sangat dan mama check kat Google untuk pastikan betul ke tidak :)
Macam malam semalam, waktu nak tidur, mama konon2 bercerita sambil melukis. Ringkas je. Mama sebut dan lukis budak perempuan, bakul, epal, pokok, rumah, hutan, nenek dan serigala dalam bahasa English. Pantas Fawwaz cakap "red hood". Walau tak penuh, Fawwaz tau itu cerita Little Red Riding Hood yang mama tak pernah cerita pun. Buku berkenaan pun takde. Entah bila Fawwaz tengok pun mama musykil. Nak kata dalam rancangan Disney Jr tu, takde pulak. Tapi, mesti Fawwaz pernah tengok sekali dua sebelum ni yang mama tak sedar.
Mama duk fikir, macamana nak buat ingatan Fawwaz terhadap apa yang mama ajarkan ni mudah diingati macam Fawwaz mengingati karakter dan jalan cerita katun-katun tu...

Tuesday, April 2, 2013
ANT..
Mama dah puas pujuk Fawwaz siapkan kerja sekolah yang cikgu beri sebelum cuti. Cuma separuh siap dari yang berhelai-helai. Apa yang tak siap tu? Ialah tugas untuk menyambungkan titik-titik pada beberapa huruf iaitu C, C terbalik (dah siap), circle (siap), O, d dan b. Memang liat sungguh Fawwaz kalau disuruh menulis huruf sampai 4-5 mukasurat. Setiap huruf, satu mukasurat. Mama dah tak larat nak suruh. Fawwaz lebih sanggup tak main game, tak minum susu, tak makan dari menyiapkannya. Dan Fawwaz akan tulis huruf-huruf tu di tempat lain iaitu doodle board kesayangan Fawwaz. Bukan dia tak tahu cuma dia tak mau. Mungkin tak rajin atau nak protes... :)
Sekarang ni, apa yang dia lukis, Fawwaz akan cuba mengeja pula. Fawwaz akan tiru apa yang mama tulis di laptop. Atau Fawwaz akan eja ikut apa yang terlintas. 2-3 hari ni mama seronok tengok lukisan baru Fawwaz. Bukan setakat dinosaur sahaja, tapi Fawwaz dah pandai lukis semut. ANT yang Fawwaz tengok hari-hari di Word World.. Mmmm.. boleh tahan :D

Tuesday, March 19, 2013
Tadika Corner
Sedikit demi sedikit mama siap tadika corner kat tepi pintu ni. Sebab ruang tamu yg luas dan takde apa2 untuk di letak, abi cadangkan buat mini tadika sendiri kat situ. Untuk menggilap sendiri potensi sebenar Fawwaz dalam pembelajaran. Cuma mama tak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu yg lebih ceria.. hehe!
Jadinya, balik dari sekolah, demi masuk je rumah mama selalunya akan terus mengajar Fawwaz. Sebab, selalunya, mood Fawwaz di waktu itu baik sangat2! Tengahari tadi Fawwaz belajar suku kata "a" - ba ca da fa. Selain menyebut hari-hari dalam English. Agenda disambung oleh Kak Ngah yang datang dengan abi selepas tu... Nampaknya Fawwaz pun seronok tunjuk kebolehan depan KN. Jadi, hari ni sangat banyak ilmu di kepala Fawwaz. Mama sudahi dengan bacaan Al-Fatihah sebelum tidur :)

Sunday, March 17, 2013
Syukur Ya Allah..
Allah memang selalu makbulkan doa mama.. Kuncinya, kena yakin apabila meminta pertolongan Allah... Dan pagi tadi, selepas cuti 3 hari, Fawwaz dah jerit2 tak mau sekolah. Mama diam je sambil buat kerja rumah. Dalam hati mama tak putus2 doa dan minta pertolongan Allah.
"Allahumma yassir wala tu'assir.."
Mama cuba nak sarung seluar sukan, Fawwaz dah mula nak meragam. Mama cool down dulu dan siapkan diri mama je di atas. Mama turun, sikat rambut Fawwaz pelan2 sambil berdoa. Kemudian sarung seluar dan t'shirt. Semuanya step-by-step dan bukan serentak. Mama hidupkan enjin kereta, pasang CD kegemaran Fawwaz, baru sarungkan stokin sambil baca doa terang hati..
"Allahummaftah alaina hikmataka..." dan "Rabbish rahli sadri.." dan hembus muka Fawwaz yg tersengih tu.. :)
Dan waktu ini, Fawwaz dah berada di sekolah. Tadi mama tinggalkan je Fawwaz di depan pintu sebab hari2 memang macam tu. Pandai2 lah Fawwaz nak masuk kelas sebab kalau mama tunggu, tak tau berapa lama.. Balik nanti mama akan buat kelas tambahan untuk Fawwaz.. Itulah usaha mama yg tak pernah putus.

Fawwaz seronok main pasir dan berenang di pantai.. Hujan2 pun masih nak 'swimming'...
Thursday, March 14, 2013
Menulis huruf
Selepas insiden muntah malam semalam, mama sentiasa pastikan Fawwaz makan. Alhamdulillah, Fawwaz masih boleh ke sekolah pagi tadi dan cikgu cakap Fawwaz tak muntah pun..
Sebelah petang, mama mulakan projek mini tadika di ruang tamu ni. Dan Fawwaz pun berminat untuk sama2 dengan mama, melukis dan menulis. Fawwaz dengan 'best friend'nya doodle board. Tiba2 mama teruja. Fawwaz tulis huruf 'A'. Mama ambil gambar. Lepas tu tulis 'B' dan sampai 'Q'. Lepas tu dah penat.. Setiap kali tulis, mama kena ambil gambar.
Untuk mama2 yang lain mungkin dah jadi perkara biasa bila anak yg dah nak masuk 6 tahun menulis A, B, C... Tapi mama Fawwaz lain. Inilah pertama kali Fawwaz buat di depan mama. Selama kini bila mama nak ajar, Fawwaz langsung tak mahu. Dah makan tahun usaha mama ni.. Buku tulis Fawwaz kat sekolah sebelum ni pun kosong. Tandanya cikgu pun tak boleh ajak Fawwaz menulis. Walau setakat guna doodle je, Fawwaz tak tiru mana2 pun. Paling2 Fawwaz tengok sekejap yg di dinding tu untuk huruf 'G' dan 'K'. Mungkin keliru sikit.. Dah sampai huruf Q tadi, Fawwaz sambung dengan lukisan robot dan dinasour macam biasa... hehe!
Selepas terbaca ada satu website tentang pembacaan fonetik, mama dapat idea untuk ajar Fawwaz. Balik dari sekolah tadi terus ajar Fawwaz 'a e i o u'. Kalau ikut pembacaan mama tadi kena sebut 'a' sebagai 'aa' bukan 'ei'. Dan begitu juga dengan huruf2 lain. Jadi, tadi mama dah mulakan dan Fawwaz pun ada mood untuk ikut.
Petang pula, mama ajar Fawwaz baca Al Fatihah dan surah An Naas. Setakat ni mama ajar Fawwaz menghafaz dari Al Fatihah hingga surah Al Ikhlas. Cuma Fawwaz memang pelat dan banyak juga mainnya. Semoga akan terus baik di masa akan datang. Biar lambat asal tidak give up.
Sebelah petang, mama mulakan projek mini tadika di ruang tamu ni. Dan Fawwaz pun berminat untuk sama2 dengan mama, melukis dan menulis. Fawwaz dengan 'best friend'nya doodle board. Tiba2 mama teruja. Fawwaz tulis huruf 'A'. Mama ambil gambar. Lepas tu tulis 'B' dan sampai 'Q'. Lepas tu dah penat.. Setiap kali tulis, mama kena ambil gambar.
Untuk mama2 yang lain mungkin dah jadi perkara biasa bila anak yg dah nak masuk 6 tahun menulis A, B, C... Tapi mama Fawwaz lain. Inilah pertama kali Fawwaz buat di depan mama. Selama kini bila mama nak ajar, Fawwaz langsung tak mahu. Dah makan tahun usaha mama ni.. Buku tulis Fawwaz kat sekolah sebelum ni pun kosong. Tandanya cikgu pun tak boleh ajak Fawwaz menulis. Walau setakat guna doodle je, Fawwaz tak tiru mana2 pun. Paling2 Fawwaz tengok sekejap yg di dinding tu untuk huruf 'G' dan 'K'. Mungkin keliru sikit.. Dah sampai huruf Q tadi, Fawwaz sambung dengan lukisan robot dan dinasour macam biasa... hehe!
Petang pula, mama ajar Fawwaz baca Al Fatihah dan surah An Naas. Setakat ni mama ajar Fawwaz menghafaz dari Al Fatihah hingga surah Al Ikhlas. Cuma Fawwaz memang pelat dan banyak juga mainnya. Semoga akan terus baik di masa akan datang. Biar lambat asal tidak give up.
Sunday, March 10, 2013
Belajar Huruf
Masa mesyuarat AJK, abi cakap cikgu melaporkan di kelasnya terdapat 12 orang yang belum kenal huruf. Tapi tak pasti di kelas Fawwaz. Mama dan abi terfikir juga kalau Fawwaz akan dikategorikan sebegitu. Memandangkan Fawwaz jarang nak ikut arahan cikgu dan memang tak mahu menulis. Kalau cikgu tidak memberi arahan mengikut keinginannya, memang sukar untuk mendapatkan kerjasama.
Sebenarnya dah lama Fawwaz kenal huruf ni. Masa 4 tahun Fawwaz dah mahir huruf dan angka dengan pelbagai bahasa iaitu English, Arab dan Melayu. Cuma bila dah balik ke Malaysia, mama buntu macamana nak kembangkan lagi. Dah hantar ke sekolah pun masih kurang membantu. Sebabnya, sama macam di rumah, kat sekolah pun kurang bekerjasama. Fawwaz tetap dengan dunianya sendiri. Mama dan cikgu sama, tak boleh nak bertegas dan mudah kasihan.

*******************************
Sambil menyingkap album lama...
Buku ni yg banyak membantu Fawwaz mengenal huruf dari A ke Z..
Tapi dah hilang waktu Fawwaz bawa ke sekolah lamanya dulu
Meja tulis je yang cantik... mata pandang TV
Makan sambil mengadap katun dalam bahasa arab...
Kalau konsisten masa tu (tak ulang-alik ke M'sia) pasti dia pandai betul bahasa ni... :)
Satu ketika mama sangat risau dengan kegemarannya menterbalikkan mainan macam ni
Ikut bacaan, ia adalah symptom autisme...
Tapi mama diamkan saja, bimbang abi marah..
Oh My English!
Semalam waktu gotong royong prasekolah, mama tercuri dengar sorang kawan perempuan memanggil Fawwaz. Dia nak ajak main. Mama tergelak bila kawan tu cakap "come Fawwaz!". Gelak sebab dari ayat singkat itu, mama tau yang kawan2 pun kena cakap English dengan Fawwaz.. Bukan cikgu je kena, tapi kawan2 lain. Baguslah sebagai galakan kepada kawan2 Fawwaz juga, selain dari cikgu2 yang mengajar Fawwaz. Maknanya akan ada multi language di situ. Mama juga dengar ada ibu2 dari kalangan guru2 di situ menegur Fawwaz dalam English. Kalaulah mereka tau Fawwaz pernah berbahasa Arab sewaktu di Bahrain... :D
Pagi tadi Fawwaz mogok di sekolah. Tak mau masuk ke perhimpunan walau cikgu memujuk. Lama2 mama tinggalkan terus dan serahkan pada cikgu. Masa mama masuk kereta (selepas berbual2 dengan K.Ros cikgu sekolah menengah), mama tengok Fawwaz dah masuk ke perhimpunan. Syukur, hilang risau mama...
Tadi cikgu Faizah kata, Fawwaz tak pernah nak makan waktu rehat. Mama kata biarkan, sebab Fawwaz memang macam tu. Cuma suka roti dan tak makan nugget. Atau lebih kepada tidak menyukainya sebab mama tak ajar. Setakat ni burger je yg lepas dan menjadi kegemaran. Lepas tu, cikgu cakap Fawwaz suka cakap "I'm hungry!" dan "sakit perut". Itu memang ayat2 favourite Fawwaz. Hungry sebab memilih makanan dan membawa ke sakit perut atau mungkin masuk angin (kembung). Mama sedaya upaya menyediakan makanan2 kegemaran Fawwaz. Adakala berjaya dan adakala tidak. Akhirnya Fawwaz akan sakit perut. Memang sukar sedikit, tapi mama sentiasa mencuba. Kejap lagi mama kena belikan pasta di Pizza Hut supaya selera Fawwaz datang balik. Itu makanan yg tak pernah kena tolak. Dah cakap English, kenalah makan western... hehehe!
Harap2 anak mama sentiasa sihat dan ceria. Melalui perkembangan otak dan minda yang memberangsangkan. Mama dah merangka pelan dengan abi untuk lebih melakukan sendiri selepas ini. Sebab dari segi psikologi, mama lebih faham. Cuma mama tak tau macamana nak bertegas dan membentuk disiplin yang lebih baik. Yang itu mungkin tugas abi walau karakter abi lebih lembut.

Monday, February 25, 2013
Macam Tuan...
Pagi tadi mama tergelak sekejap tengok tingkah laku Fawwaz dan kawan2 Fawwaz. Hari ni Fawwaz sampai awal sikit dari kebiasaan. Hari pun hujan. Cikgu belum sampai.
Lepas Fawwaz buka kasut dan susun, 2-3 orang kawan2 Fawwaz menyambut Fawwaz masuk ke dalam kelas sambil memegang badan Fawwaz (macam orang besar je). Fawwaz ikut.. Lepas tu sorang kawan Fawwaz tarikkan kerusi dan suruh Fawwaz duduk. Fawwaz duduk sambil tersenyum2.
Itu yang mama rasa nak tergelak. Samada Fawwaz macam tuan, anak tuan atau kawan2 Fawwaz yang berfikiran matang dan caring. Mama rasa dorang tengok Fawwaz macam adik dorang. Mama teringin nak belajar dengan mama2 dorang. Tapi takpelah... Fawwaz pun banyak perkara yg boleh diharap di rumah. Dan memang ada sedikit mama 'spoilt' kan Fawwaz dengan melakukan banyak perkara yang Fawwaz sepatutnya buat sendiri... :)
Wednesday, February 20, 2013
Game Rosak!!
Kalau game dah rosak, mama memang kena menjawab saja... Tapi sebenarnya bukan game yg rosak, mouse tu yang dah penat bekerja. Mouse yg rosak sebab Fawwaz duk picit2 saja, walau cuma tengok youtube. Dan petang ni mama memang taknak bantu..
Disebabkan itu, Fawwaz meragam. Lepas je mandi, macam2 Fawwaz buat. Mama pulak macam hilang sabar. Tapi mama pastikan tak menggunakan tangan untuk menyakiti Fawwaz. Mama tepuk juga mulut Fawwaz tapi cepat2 sedar yang mulut Fawwaz sensitif. Mudah berdarah. Jadi mama guna air je. Dan Fawwaz makin tak terkawal. Makin tak faham apa yang Fawwaz nak. Sudahnya mama guna teknik lain.
Mama diam je, kunci mulut. Tak pandang muka Fawwaz. Mama turun ke dapur dan tinggalkan Fawwaz yg tetap mengekori mama dengan tangisan. Mama ambik laptop dan simpan dalam kabinet yang tinggi. Entah apa yg Fawwaz jeritkan, mama pun tak cuba nak dengar. Mama cuci benda2 dalam sink termasuk botol2 susu. Nampak botol, Fawwaz terus minta susu. Mama diam juga, tapi mama siapkan susu tu. Mama tengok Fawwaz dah 'cool down' dan duduk kat bangku kecil tunggu susu siap. Mama bacakan Al Fatihah dan ayat 3 kul. Mama tiupkan kat susu. Lepas tu mama bagi Fawwaz minum. Mama terus naik atas lagi tunggu Maghrib.
Lepas minum, Fawwaz naik. "I am sleeping.." Kata Fawwaz. Mama sarungkan baju dan seluar tidur. Mama peluk dan cium pipi Fawwaz dengan maksud mama sayangkan Fawwaz. Fawwaz dah kembali elok. Sebelum mama solat, mama siapkan tempat tidur. Dan bila mama habis solat, Fawwaz dah lena... Selamat tidur anak mama. Esok bangun awal ye.. Nak sekolah :)

Wednesday, February 6, 2013
Kena Cubit Ke?
Dalam beberapa hari lepas mama noticed ada lebam di pinggang Fawwaz. Belah tepi. Fawwaz kata sakit. Mama duk fikir2 yang lebam tu disebabkan tersadung kat bucu meja. Kan Fawwaz suka terkinja2 kat area meja ni dan selalu 'accident'.
Bila mama bagitau abi, dia buat muka berkerut. Buat pertanyaan meragukan. Membuatkan mama berfikir dua kali untuk membuat final conclusion. Kemudian mama check lagi sambil membuat sedikit analisis.
Ianya seperti lebam bekas cubitan. Sebab ada dua kesan lebam dan di tengah2nya tak lebam. Satu cubitan besar dan kuat! Tapi mama tak mau fikir macam2, walau tetap berfikir juga. Tak mau tersilap tuduh. Mana tau betul2 tersadung! Cuma abi macam pasti yang Fawwaz kena cubit dengan kuat oleh seseorang. Mungkin Fawwaz ada buat kesalahan waktu itu yang buat orang marah.
Ada logiknya juga. Mama pun selalu juga hinggap jari jemari kat Fawwaz bila 'out of control'. Tapi tak pernah berbekas apatah lagi lebam yg berhari2 sampai sekarang. Mesti kuat kenanya, kata abi. Rasanya dah lebih 3 hari, atau 4 dan 5. Masa mula2 kejadian mungkin tak nampak sangat.
Kesian Fawwaz. Memanglah Fawwaz jenis tak boleh diam. Asyik nak tawaf je. Mungkin terusik apa2 ke.. Dan yg paling kesian, Fawwaz tak pandai mengadu. Fawwaz tak tau mengadu. Yang ada Fawwaz mengadu di suatu hari ialah "Fawwaz nanges..". Bila mama tanya kenapa? Fawwaz dah tak tau nak bercerita.
Mama takda nak salahkan sesiapa sebab mama takda bukti. Tapi lepas ni mama kena selalu check badan Fawwaz. Bukan mama nak manjakan sangat. Tapi mama bertanggungjawab atas apa jua yg berlaku. Fawwaz tak macam kawan2 lain yang boleh bercerita dan faham apa yang berlaku. Fawwaz ada kekurangan yang merupakan anugerah Allah untuk orang seperti mama. Apabila mama bersabar, Allah memberi ganjaran pahala yg besar.. Namun mama tak putus asa. Mama akan terus berusaha dan berdoa agar Fawwaz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.. :)

Saturday, February 2, 2013
I Don't Know School!!
Sebenarnya Fawwaz nak cakap "I don't want school". Sekian lama, anak mama masih confuse nak cakap "don't want" dengan "don't know". Kadang2 bila Fawwaz sedar, cepat2 dia betulkan.
Mama paling nak elak kalau pagi2 Fawwaz cakap don't know school atau no sekolah! Mama akan rapatkan mulut sambil berdoa di dalam hati. Paling2 mama doa "Allahumma Yassir Wala Tu'assir". Setakat ni, dengan cara itu, agak lancar. Mama iyakan aje kalau Fawwaz kata tak mau sekolah. Dalam waktu yg sama, mama akan buatkan susu, hidangkan sarapan roti atau cereal, sarungkan seluar, baju dan stokin. Sampailah di dalam kereta, mama setujukan aje bila Fawwaz kata no sekolah! Bila nampak bumbung sekolah, mood Fawwaz akan bertukar ceria.
Tapi pagi ni, Fawwaz tak ceria pun bila tengok sekolah. Tetap cakap tak mau sekolah. Fawwaz siap kunci pintu kereta. Tapi akhirnya Fawwaz buka juga dan melangkah ke sekolah dengan penuh helah. Mama hantar sampai dekat dewan, sebab hari ni ada perhimpunan dengan abang2 dan kakak2. Puas mama pujuk tapi tetap macam tu. Disebabkan Fawwaz tak mau ke dewan, mama tinggalkan Fawwaz di tepi dinding lorong nak masuk ke dewan. Mama pesan kat pengawal supaya tengokkan Fawwaz. Mama tak sampai hati tinggalkan terus. Mama tengok dari kereta Fawwaz berdiri di situ. Sampailah cikgu datang, dan Fawwaz ikut masuk.
Mama akan sentiasa doakan Fawwaz menjadi anak yang terang hati, cerdik, soleh, cemerlang dan berjuang demi agama Allah. Amin.
Tuesday, January 1, 2013
Hari Pertama Sekolah - 01.01.13
Pagi ni mama tak perlu nak kejutkan Fawwaz. Mama keluar dari mandi je, Fawwaz dah buka mata dan ajak turun. Lepas solat, mama buatkan dulu susu untuk pembuka semangat :D
Segalanya berjalan lancar dan tersusun. Dari bangun, mandi, sarapan terus ke sekolah. Masuk kelas mama carikan kerusi dan Fawwaz tak banyak soal pun, terus duduk diam. Mama sibuk uruskan pembayaran dll. Lepas salam, mama keluar dan tinjau2 sekejap. Terus balik rumah. Pukul 11.30 mama dah sampai ke sekolah. 1/2 jam kemudian baru pintu pagar terbuka dan ibu bapa masuk. Nampaknya, setakat hari pertama ni tenang je keadaan.
Bila masuk je, mama tengok semua kawan2 dah berbaris. Tapiii..... Fawwaz macam buat tak endah je! Kemudian semua kawan2 bersila. Mama cari2 Fawwaz kat mana. Adohhh! Nak tergelak campur sedih tengok Fawwaz sorang2 duduk kat kerusi tepi tingkap. Ni mesti special case!
Masa nak ambil anak sorang demi seorang, tiba giliran mama.. Sebelum tu Fawwaz dah nampak mama dan jalan ke pintu. Cikgu tak tau dan cakap "Your mummy is not coming yet..". Wahhh! Cikgu kena speaking lak kat Fawwaz. Maknanya, cikgu dah alert lah tuu.. Lepas tu cikgu cakap kat mama, tadi masa sesi bertanyakan nama, Fawwaz tak mau jawab. Baik cakap melayu atau English... huhuhu.
Moga2 esok semakin baik buat Fawwaz. Mama doakan hari2, setiap masa terutama selepas solat. Sekurang2nya dalam sebulan ni, selain boleh sebut nama sendiri, boleh juga sebut nama abi, mama, umur dan lain2 yang asas.
Subscribe to:
Posts (Atom)